Sunday, November 28, 2010

Adik Pergi Periksa Gigi

Rutin untuk ke Klinik Bedah Mulut & Maxilo-Fasial di Hospital Sungai Buloh dah menjadi pekara biasa bagi adik, walau bagaimana pun adik tetap ikut moodnya kadang ok kadang tidak.
Hari nie, pagi lagi ibu dah kejut dia "dik bangun dik,hari nie ada temujanji untuk gigi adik. Nak jumpa Dr.Mimi tak?"tanya ibu kepada adik.

Oleh kerana moodnya hari nie agak baik, senanglah sikit, dia pun bagi isyarat "aah..aah..aah"dgn jari kat telinganya tanda jumpa doktor. Dalam keadaan mood yang tenang adik pun menunggu selepas buat pendaftaran. Tunggu punya tunggu, punya la tunggu.. no giliran adik masih tak juga dipanggil hampir sejam setengah. Adik pun mulalah dengan timingnya, "aah..aah" sambil menunjukkan kepada pintu utk keluar.  Puas jugalah kak long dan kak ngah memujuknya.

nie la Dr.Mimi
"Hai...jumpa lagi, lama tunggu ye.. sian dia." sapa Dr.Mimi kepada adik. Dr.Mimi pun memang pandai pujuk adik, senang lah sikit. Dah periksa gigi pun ok, balik la kami. beginilah rutin setiap bulan. Nie baru satu temu janji ada banyak lagi. Husssh...apa nak buat, demi anak dan tanggungjawab yg allah kurniakan.



Saturday, November 27, 2010

Nur Amani Mulakan Rawatan

Hampir dua tahun setengah Amani tidak menjalani kehidupan seperti kanak-kanaknya yang normal.

Amani tidak berjalan dengan sendirinya apatah lagi berlarian dengan teman jiran sebayanya. Pergerakan satu tempat ke satu tempat pun sekadar mengesut sahaja.
Pertuturannya pun turut menjadi masalah kepadanya. “abaa..abaa..abaa” itulah sebutan awal yang  kami dengar dari mulutnya.  

Mula perasan akan keadaannya diusia lapan bulan  yang  tidak menjalani proses seperti bayi-bayi lain tidak menerap,tidak mara ,atau merangkak  walaupun dilahirkan normal. 

kami mula merasa bimbang keatasnya.

Bu kenapa adik tak buat aktiviti seperti kanak-kanak lain” tanya aku kepada ibu .
 

"Tu yang hairan nie...."
 
“Kalau ditiarapkan boleh la, tapi nak buat sendiri tak boleh” jawabnya.   

“Orang tua-tua kata budak begini selalunya lompat atau tinggal kerja” tambahnya lagi.
 
Jawapan yang membuat aku jadi lega sedikit .

Namun jawapan itu tidak dapat menahan kelegaan, perasaan tetap menjadi gusar  dan tidak mampu untuk menunggu lebih lama.

Lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pegawai perubatan untuk kepastian.

Kami terus merujuk klinik kanak-kanak dan ibu mengandung di Komplek PKNS,yang juga tempat rawatan ketika Amani dalam kandungan. 

Apa nak buat, ke klinik kerajaan je yang aku termampu.
  
Apa yang penting anak aku dapat dirawat, itu lah yang aku fikirkan.

Susulan demi susulan rawatan kami patuhi, akhirnya kami disarankan untuk rawatan pakar ke HTAR Klang.
Adik terima rawatan
aikk...Doktor nak check kaki adik ye...

Friday, November 5, 2010

Alkisah

Bismillahirrahmanirrahim,

 Syukur alhamdulillah dengan izinnya bermulalah coretan sederhana kisah Nur Amani a.k.a adik dan insan-insan lain senasib (oku) denganya. Blog ini dibina sekadar ingin berkongsi apa yang dirasai kepada semua. Serta menjiwai apa yang dirasai insan bernama OKU atau pun Istimewa.

 Mungkin juga apa yang disampaikan ini dapat dikongsikan dan memberi semangat kepada yang dianugerahkan insan yang mulia (oku) dari yang Esa.

Bila ujian sebegini dikurniakan, sudah pasti dibenak fikiran penuh dengan kata-kata yang tak terungkap. Kekadang hanya titisan air mata sahaja yang dapat mengunkapkan keredaan apa yang dianugerahkan.

"Ya Allah semuga kau bekalkan kami dengan kekuatan dan kesabaran demi insan yang kau anugerahkan"
 "tidak ada anugerahyang lebih baik selain peroleh sifat sabar" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim"
"oh si ayah, oh si ibu semuga keikhlasan mu syurgalah tempatnya"

 Bagi saya pengalaman mempunyai insan ini harus dikongsikan kepada semua supaya mereka dapat memahami akan perasaan serta keperluan insan mulia yang dinamakan OKU ini.

Tidak semua mahukan apa pun kekurangan pada dirinya. Namun, adakah semua orang pasti bahawa di hujung hayatnya nanti lengkap seperti yang dlahirkan.

Justeru itu apa jua yang dianugerahkan ada hikmah di sebaliknya. Hanya Allah (swt) sahaja yang maha mengetahui dan kita harus beryukur dan perlu menghargainya.

"Pedulikan apa orang nak kata, walaupun kadang kala pedih rasanya. Mereka tak rasa sudah pasti tak tahu" .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...