Friday, March 18, 2011

Temujanji di Rehab

Hari ni kami meneliti susunan temujanji adik yang sudah menjadi rutin kepada kami untuk dipatuhi. Kadang-kadang dalam ketelitian ada juga yang terlepas pandang terpaksa ditunda dan dapatkan temujanji baru.

Tarikh ini (15/3/11) adik telah dijadualkan untuk temujanji ulangan di Klinik Pakar Rehabilitasi, di klinik ini juga adik telah diputuskan untuk menjalani rawatan botox pada kakinya dan kena  menginap selama dua hari dua malam "wah... mcm kat hotel le pulak bunyinya.."bukan kat hotel da.. tapi di wad rehab hehehe...
wajah boring adik la nie....
Bosan menunggu

Seperti biasanya temujanji adik direkodkan jam 10.00 pagi dan kami datang lebih awal dari masa yang ditetapkan, Walaupun masa temu itu kami jangkakan tidak menepati seperti apa yang direkodkan pada kad temujanji adik.walau apa pun bertemu awal tetap menjadi harapan kami.

Setiba kami di klinik kami lihat barisan bangku yang disediakan penuh dengan pesakit yang sedang menunggu giliran. Melayu, cina, dan India semuanya ada.

Sambil berjalan mencari ruang bangku kosong kami lihat wajah-wajah yang suram dikalangan pesakit yang hadir semua mengambarkan kesedihan. Sudah lah kesakitan menganggu fikiran mereka di
tambah lagi dengan menunggu lama pulak tu.

"Apa nak dikatakan, tunggu tetap la tunggu." Begitu la satu harapan yang mengharapkan semula kilauan hidup seperti sebelumnya bagi yg pernah hidup normal.

Bagi yang upayanya kurang dari lahir mungkin mengharapkan simpati dan  ketabahan pada dirinya untuk meneruskan hidup.

Kami juga mengharapkan sinaran dari ilahi agar sentiasa menyinarkan kehidupan Adik.

Di kerusi kosong kami mulakan penantian sambil diperhatikan seorang lelaki berusia yang sedang berada diatas kerusi rodanya.Sekali sekala pak cik tu melemparkan senyuman bila melihat adik berjalan ke kerusi.

Kerusi yang belum cukup panas diduduki adik dah mulakan operasinya. Sudah menjadi kebiasaan pada adik kalau menunggu pada setengah jam pertama adik mula mempamirkan bosannya dan menjadi resah, lalu bangun meninggalkan kerusinya mencari haluan keluar dari ruang menunggu menuju ke gerai berdekatan.

"adik nanti dulu la.." panggil kak ngah yang sedang mengekorinya. Bermula pada itu adik mula lah tak duduk diam asyik keluar masuk je.

Kerenah dan telatah adik turut diperhatikan pesakit-pesakit lain.

"nur Amani nak kemana ni?" di sapa oleh jururawat bertugas.

Kami yang bergilir-gilir mengawasi adik mula rasa penat dan mengantuk pun ada,
"kalau la ada katil pasti rebah berlabuh melelapkan mata." usik abah kepada ibu.

Bayangkan setiap kali temu janji beginilah keadaan kami. Kurang beberapa minit je jam 1.00 tengahari
baru la kami dipanggil."Jumpa tak lama pun sekejap je, tunggunya punya la lama" kedengaran suara diantara pesakit turut menyuarakan.

Bila difikir-fikirkan kembali tentang temujanji nie sampai dah naik bosan pulak rasanya. Bukan bosan nak bawa adik untuk di rawat tapi bosan dengan menunggu giliran yang agak lama tapi apa pun kami
tolak fikiran negatif ini. kerana jalan-jalan tersebutlah yang banyak mengajar kita lebih
kepada sabar dan memahami kesusahan orang lain."Rasanya doktor pun kalau boleh ubat terus baik
dan tanpa pesakit datang lagi dia pun akan buat begitu." betul tak? Usaha tetap usaha.....

Friday, March 4, 2011

Nak daftar kad OKU, tapi pejabat kosong

Baru-baru nie kawan saya ada tanya kat mana nak dapatkan kad OKU, jadi saya jelaskan kalau nak buat kenalah pergi Pejabat Kebajikan Daerah Petaling di Subang Jaya. Tapi setelah beberapa hari saya di maklumkan pejabat tersebut kosong.
" Macamana ji? jumpa ke pejabat JKM?" tanya saya setelah beberapa hari baru jumpa beliau.
" takde la li..! dah berpindah ke pejabat baru di Sek U5. Awak tau je la dah saya mcm nie sampai-sampai tengok pejabat kosong nak turun balik aduhaii..." Jelas beliau sambil menunjukkan kertas makluman."

Untuk makluman kepada teman-teman yang ingin berurusan dengan Pejabat Kebajikan Daerah Petaling (PKDP) boleh lah berurusan di alamat berikut:

Komplek Kerajaan Daerah Petaling,
No1, Persiaran Atmosfera, Seksyen U5,
40150 Shah Alam Selangor D.E


Map utk ke lokasi


Wednesday, March 2, 2011

Solat tiang agama


Petikan rancangan 'Tanyalah Ustaz TV9 oleh Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz



Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Harapnya semua sihat-sihat selalu dan ceria disamping insan tersayang. Baru-baru nie saya ada meninjau blog kuliyah, blog yang menghimpunkan pelbagai ceramah.

Tetarik dengan ceramah Dato' Abu Hassan din yang bertajuk 'solat tiang agama' pekara yang tak lengkang dari mulut penyampai agama untuk mengingatkan kita dari kecil hingga besar, dari tak kawin sampai dah berkahwin, dari susah hingga dah senang, dari yang miskin hingga jadi kaya.
Marilah kita sama-sama refreshkan kembali minda kita letakkan solat menjadi utama dalam hidup kita supaya kesejahteraan kekal dalam hidup seharian... insyaallah.

sedikit petikan yang dapat saya catitkan. Kalau nak tahu lebih penuh klik je terus player di atas.

BismilaLahirrahmanirrahim,
Firman Allah dalam Surah Al-Isra' ayat 78 dan 79 yang bermaksud, "Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." sadhakallahulazim.

Muslimin, muslimat yang dirahmati Allah, berpandu pada maksud firman ini hari ini rancangan tanya ustaz akan membicarakan soal solat yang mana solat adalah tiang agama.
Dalam hadis Nabi, Nabi bersabda yang bermaksud:
"Sembahyang itu tiang agama barang siapa mengerjakan solat dia pasti menegakkan agamanya dan barang siapa tidak sembahyang atau solat dia meruntuhkan, merobohkan dan menghancurkan agamanya."

Banyak hadis-hadis lain yang membezakan antara muslim dan kafir yang bermaksud,
"Yang membezakan antara seorang muslim, seorang islam, seorang kafir adalah meninggalkan solat."
ertinya orang sembahyang itu orang islam, org tak sembahyang itu kafir

"Kadang-kadang terkejut gak yang ramai tak sembahyang kafir ke?"

Sebenarnya kafir ada dua, Ulama mengatakan kata Kafir ada dua

1) Kafir fasik - Yakni kafir dalam islam, masuk islam tetapi fasik dia asi meninggalkan solat.
2) Kafir funcur - kafir yang tak menerima islam.

Kesimpulannya orang yg sembahyang itu orang islam sebenarnya dan tak solat org yg kafir fasik.

Muslimin dan muslimat bila kita membicarakan tentang solat dalam kehidupan islam solat merupakan ibu bagi segala ibadah malah ulama2 ada mengatakan solat itu kunci bagi semua ibadat-ibadat yang lain, tanpa solat maka ibadat lain seperti Puasa kita, Zakat kita, Haji kita tidak diterima Allah.Sempurna solat kita baru ibadat-ibadat lain diterima.

Ada pengkaji di Malaysia menyatakan tidak sampai 1/6 rakyat Malaysia muslim tidak menunaikan solat. Bayangkan jika perkara begini benar-benar berlaku apa akan jadi kepada orang muslim kelak.. wallahualam.
Untuk mendengar penuh ceramah Ustaz sila klik player di atas tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...