Friday, April 29, 2011

Hadiah buat Ibu dan Ayah


Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa. Itulah diantara bait ayat yang sering di ungkapkan.

Sebagai seorang anak sudah pasti sering memikirkan apakah perkara terbaik sebagai mengenang pengorbanan untuk kedua orang tuanya.

Bagi korang yang berkemampuan penyediaan ini enteng bagi korang. Mungkin kenderaan baru, atau emas POH KONG jadi pilihan ibu, melancong ke luar negara atau membawa menyempurnakan rukun lima untuk ibu dan ayah malah banyak lagi boleh disediakan.

Bagi yang sederhana mampu cukuplah sekadar hadiah kecil-kecilan aje... Make Your Own Gifts Here

Bagi seorang ibubapa yang penyayang mungkin cukup sekadar melihat kebahagiaan si anak pun satu hadiah buat mereka..

Tapi dalam pekara ini adakah kita tidak menghargai ibu dan ayah jika tidak melakukan pekara sebegitu, bagaimana pula yang tak mampu, sudah pasti merasakan mereka tidak menghargai jasa-jasa ibu dan ayahnya. Bagi yang dah tiada pula adakah kempunan nak menyumbang sebarang hadiah kepada orang tuanya?

Namun begitu Allah s.w.t lebih mengatahui, Kita masih berpeluang menghadiahkan ibu dan ayah kita dengan hadiah yang tiada bandingnya walaupun kita tidak mempunyai wang yang banyak malah jauh lebih bernilai.
berbanding hadiah-hadiah yang kita impikan yang bakal ditinggalkan jua.

Hadiahnya disini ke?
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Tapi disini
Abu umamah r.a berkata, Telah bersabda Rasulullah s.a.w 

"Belajarlah kamu Al-quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala orang itu amat memerlukanya" Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan bertanya, "kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab. "siapakah kamu?" Maka berkata Al-quran "Aku lah yang kamu cintai dan kamu sanjung dan kamu telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di siang hari." 
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu:
"Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan memimpin orang itu menhadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan mahkota di tangan kirinya.
Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat dibanding dengan nilai dunia
walau dilipat ganda, sehingga keduanya bertanya:
"Dari manakah kami memperolehi ini semua, padahal amal kami tidak sebesar ini?" lalu dijawab:
"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran." 


Semuga insan bernama anak dapat memilih hadiah terbaik ini untuk ibu dan ayah selama-lamanya. amin.

Saturday, April 23, 2011

Happy with Bubble


Happy la tu ye..! dpt bubble gun dari ibu..sayang ibu..

Wah happynya dia..release tensen la tu ye dik..

Dah lega dah, sume tensen dah kuar..

p/s : Kalau kawan-kawan nak release tensen boleh la tiru mcm adik nie, masa tiup atau shoot bubble tu bayangkan yang masalah kawan-kawan ada didalamnya, kalau tak mahu cuba buat banyak kali kalau dah tak boleh jugak, ambil wuduk solat je heheheh....itu lagi baik.



Saturday, April 9, 2011

Jiwa Kacau


Satu ketika dalam semua orang sedang diulit lena, kami dikejutkan dengan jeritan suara jiran kami yang marah-marah bersendirian sambil mengoyangkan grill pintu rumahnya dan mengungkapkan perkataan "berambus kau, aku bunuh kau.." macam-macam lagi perkataan yang tak menarik disebut. Tak sangka sebelum ni tingkah lakunya yang sopan dan baik boleh berlaku sedemikian rupa.
(sekarang ni dah pulih, hampir sebulan di hospital untuk menerima rawatan)

Apa yang nak nyatakan dalam kehidupan kini, adalah banyak pekara yang tak dijangka boleh berlaku, seolah-olah kehidupan kini tiada panduan langsung, adakah normal sifat seseorang itu seperti guru pukul murid 7 tahun yang baru nak mengerti kehidupan sampai mati, orang dewasa sepak terajang kanak-kanak sampai mati, murid pulak tumbuk guru dan banyak lagi pekara-pekara yang merbahayakan disekitar hidup kini.
Apakah puncanya yang menyebabkan pekara begini berlaku? Adakah jiwa insan-insan ini kacau?
atau permasalahan hidup kini punca tertekannya jiwa mereka?

Permasalahan hidup yang melanda telah menjadi isu dalam pekara hidup kini, sehingga masalah hidup boleh mendedahkan manusia itu kepada tekanan atau stress dan konflik kekeluargaan. Masalah begini kalau tak diuruskan dengan baik mungkin memusnahkan perjalanan hidup manusia itu sendiri seperti yang berlaku kini.

Walau bagaimanapun tidak semua tekanan mendatangkan keburukan, malah ada juga tekanan yang boleh membawa kebaikan seperti membantu seseorang menjadi lebih tabah dan berdaya saing.

Allah s.w.t menggambarkan sifat-sifat manusia yang berada dalam tertekan
seperti firmannya surah al-Ma'arij ayat 19 hingga 23: 
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);
apabila ia di timpa kesusahan, ia sangat resah gelisah; dan apabila
ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut kecuali orang-orang
yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan
sembahyangnya."


Oleh itu kita perlu menangganinya secepat yang boleh supaya kita tidak terjurus dalam kumpulan jiwa kacau.Terus baca untuk ketahui samaada anda mengalaminya.

Saturday, April 2, 2011

Main Masak-masak

Main masak- masak merupakan salah satu dari minat adik. Bayangkan  segala periuk, pingan mangkuk habis semuanya diangkut keluar dari kabinet untuk dijadikan mainan walaupun barang mainan ada.

Namun begitu perasaan memasak secara main-main kami cuba jadikan kenyataan dalam operasi abah and the girl'snya.
Biasa la.. kalau ibu takde kat rumah abah and the girl's akan mulakan operasinya mencari resepi untuk dimasakkan tapi kali ini resepi yang menjadi pilihan adalah 'pankek'. "Nak tau kenapa? sebab ia mudah dan simple untuk adik buat. Bukan itu aje.. malah adik juga suka makan pankek tersebut.

Disepanjang operasi menyediakan tu, kecohnya bukan main lagi.. kecoh dengan suara adik je. Semuanya dia nak buat, amatlah bangganya dia bila dapat masak secara realiti. Selama ni adik hanya main-main  je, tapi kali ni betul-betul punyaa. Sesiapa yang berminat untuk menjamu atau berkongsi resepi tersebut dengan anak-anak anda boleh lah lakukan seperti di bawah.Kalau nak resepi lain boleh juga dapatkan dalam buku 'Main Masak-Masak' di  mana-mana book store atau di AdikBijak

 Bahan-bahan

1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 cawan tepung susu
3) 1 biji telur ayam
4) 1 sudu kecil  baking powder
5) 1 Sudu kecil bikarbornat
6) 2 sudu besar gula 
7) 1 sudu besar jus oren sunquick
8) Secubit garam
9) Setitik esen vanilla

Cara-cara membuat

1) Masukkan kesemua bahan-bahan diatas ke dalam blinder tambahkan dengan 1/2 cawan air untuk mencairkan lalu mesinkan sehingga sebati.
2) Panaskan kuali leper dengan api yang kecil sahaja (untuk mengelakkan pankek jadi hangus)
atau boleh juga gunakan kuali karbon dan sapukan
sedikit majerin pada permukaan kuali tersebut.
3) Tuangkan bancuhan tadi diatas permukaan kuali sebesar permukaan cawan
tunggu beberapa minit kemudian balikkan, sudah masak angkat dan hidangkan
dalam piring sedang dan curahkan sos coklat atau strawberry..

Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...