Thursday, May 26, 2011

Adakah kita yakin dengan makanan dan minuman kini disediakan..?


Adakah kita masih yakin dengan makanan dan minuman yg disediakan setelah terjadinya begini? Adusss..! loya rasanya tekak aku bila dapat tahu begini. Pernah tak dalam hidup, teman-teman memikirkan bagaimana makanan di pasaran kini dibuat? atau disediakan oleh siapa? dan bagaimana tahap halalnya? Mungkin ada, mungkin juga tidak. Kalau gitu.. meh kita cepat-cepat benihkan sedikit kesedaran dan kita suburkannya dalam diri kita agar kita tidak terus tertipu.

Semangkin hari, semangkin kita ditengelami dengan kelalaian  lantas kita lupa memikirkan tentang halalnya makanan di pasaran yang kita terima setiap hari. Hari ke hari kita berdepan dengan masalah ketidak halalan makanan secara senyap-senyap, lalu terdedahnya pelbagai berita yang membuktikan ketidak halalan oleh pengeluar produk terhadap pengguna-pengguna seperti kita khususnya pengguna muslim.

Seperti kopi idaman yang popular menjadi tumpuan ramai oleh orang muslim telah dikenal pasti oleh Jabatan Agama mengandungi DNA babi. Semua orang sedia tahu bahawa pemiliknya dikalangan bukan muslim. Berbekalkan tanda halal maka pengguna muslim terpikat untuk mencuba kelazatannya. 

Salahkah mereka yang menjual? Bagi aku teramat salahnya mereka itu menggunakan tanda halal untuk menarik pengguna muslim, dalam masa yang sama mereka tetap menggunakan bahan terlarang untuk dijadikan ramuan dalam makanan dan minuman.

Namun begitu perlu kita sedar bahawa individu itu sendiri jauh lebih salah kerana tidak ada keraguan untuk memikirkan sejauh manakah bukan muslim dapat menyediakan makanan untuk orang muslim mengikut syariat, jika mereka sendiri tidak tahu bagaimana ingin menyediakan makanan mengikut syariat, bagaimana makanan tersebut boleh sempurna halalnya. Sudah pasti keuntungan jauh lebih baik untuk mereka fikirkan berbanding perkara halal.

Implikasi kealpaan yang dianggap kecil ini boleh membawa bencana yang amat besar kepada kita semua sebagai orang muslim kerana kesan makanan haram dan was-was yang berleluasa di pasaran akan menganggu kepada pendirian kita untuk melakukan amalan ibadah.

Penyelesaiannya dari perkara ini, seharusnya kita mencari jalan selamat dengan memikirkan dan menerima produk-produk yang disediakan oleh orang muslim dengan tanpa alasan kerana mencari yang halal itu satu fardhu bagi kita orang muslim.

Harapan saya agar suatu hari nanti umat Islam benar-benar mematuhi suruhan menggunakan hanya yang “HALAL” mengikut syariat Islam! Hasilnya mudah-mudahan doa diterima, hidup diberkati. 

Yang halal itu penuh dengan hikmahnya,
Hikmah disebalik makanan yang halal lagi baik adalah:

(1) Selamat daripada api neraka;
(2) Doa dimakbulkan Allah swt;
(3) Menambah cahaya dan melembutkan hati;
(4) Menjadi pPenawar atau ubat

Antara etika yang digariskan oleh syara‘ dalam perkara makan dan minum ialah:

(1) Tidak berlebihan dalam pengambilan makanan dan minuman;
(2) Membasuh kedua tangan sebelum dan selepas makan;
(3) Membaca doa sebelum makan;
(4) Memulakan makan dan minum dengan membaca "bismillah";
(5) Makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan;
(6) Sunat makan dengan menggunakan tiga jari mengikut sunnah Rasulullah saw;
(7) Tidak menghembuskan nafas di dalam cawan atau gelas minuman ketika minum;
(8) Mendahulukan memakan buah-buahan sebelum makanan yang lain;
(9) Tidak mencela makanan yang halal yang dirasakan tidak sedap atau tidak menepati cita rasa;
(10) Makruh makan bersandar atau makan berbaring;
(11) Tidak berludah ketika sedang makan;
(12) Tidak meniup makanan atau minuman;
(13) Sunat minum secara tiga kali nafas. 
(14) Menghabiskan sisa makanan sama ada di jari mahupun di pinggan; dan
(15) Mengucap syukur ke hadrat Allah s.w.t

Senarai hikmah disebalik makanan halal adalah dari sumber : alhusna.info

Terapi ditunda lagi


Terapi adik ditunda lagi, kali nie program speech pula, kerana ujian pencapaianya dilaksanakan diwaktu yang sama. Walau bagaimana pun Jurupulih mengharapkan adik dapat hadir. Memandangkan adik menjalani ujian pencapaian di sekolahnya 'speech' terpaksa juga ditundakan. 

Bagaimana la agaknya adik ketika ujian tersebut. Biasa la kalau ujian kelas 'OKU' nie mana la sama dengan kelas murid biasa, yang pentingnya adik dapat faham apa yang diajarkan walaupun tahap 
adik masih lagi ketinggalan berbanding murid-murid biasa.

Dengan kegigihan adik membuat latihan sedikit sebanyak meningkatkan kefahaman dalam pembentukan diri dan mindanya, semuga Allah s.w.t memberi kekuatan, kemudahan berfikir dan menilai, kesihatan yang baik dan kegembiraan dalam perlaksanaan hidupnya. Adik...! teruskan perjuangan hidup mu sebagai insan terpilih. Demi kegembiraan mu abah, ibu, kak long dan kak ngah akan sentiasa berusaha dan menyokong sepenuhnya sehingga akhir hayat. amin.

Thursday, May 19, 2011

5 perkara penawar marah


kredit image shutterstock

Bismillahirahmanirahim, salam sejahtera

Kehidupan ini penuh dengan liku-liku dan onak duri yang kadang kala peribadi kita boleh disakiti lalu boleh membuatkan kita jadi marah. Ditambah pula jika sesuatu perkara itu menyentuh anak istimewa ini.

"Semulajadinya memanglah marah itu tabiat atau sifat yang di kurnialan oleh Allah S.W.T."
tetapi kita perlu sedar bahwa perasaan ini bakal membentuk situasi tegang dikalangan mahkluk alam malah kemusnahan.

Kemarahan juga boleh membuatkan seseorang bertindak jauh diluar kawalan dan perasaan ini juga boleh menjadikan jiwa tidak tenteram.

Hasil dari marah akan wujud sifat tercela dan boleh jadi sifat terpuji. Marah yang terpuji adalah marah apabila agamanya dikeji dan dihina. Dengan sifat marah ini, akan melahirkan semangat untuk membela dan mempertahankan agama.

Sekiranya kita tidak berasa marah apabila agama dihina, maka ia menjadi sifat tercela dan Allah s.w.t akan murka kepada kita. 

Dalam perkara ini sekiranya kita marah kerana peribadi kita disakiti, maka hendaklah kita
tahan kemarahan tersebut. Kerana menahan kemarahan, merupakan sifat terpuji yang dimiliki oleh orang yang beriman.

5 Perkara yang menjadi penawar kepada kemarahan,

1) Dengan segera mengingati Allah
Apabila kita berada dalam kemarahan, segeralah mengingati Allahs.s.w.t dan sedar akan keutamaan menahan marah sebagaiman frman Allah s.w.t dalam Surah Ali'Imran ayat 134 yang bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada(mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapatkan keampunan daripada tuhan kamu, dan mendapat syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang bertakwa, iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahan."

Sebuah hadis riwayat al-Tamizi dan Ibn Majah, daripada Mu'az bin Anas r.a, beliau berkata bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang menahan marah padahal ia boleh melepaskannya, maka dia akan dipanggil Allah pada hari kiamat bersama para pemimpin makhluk sehingga dipilihkan untuknya bidadari mana yang akan dikahwinkan denganya mengikut kehendaknya."

2) Berlindung dengan Allah
Kita hendaklah memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat marah kerana marah itu berasal dari syaitan. Allah s.w.t berfirman dalam surah Fussilat ayat 36 yang bermaksud: 
"Dan jika syaitan menggangumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya dia maha mendengar lagi maha mengetahui."

Riwayat Ibn Adi daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Jika seorang lelaki marah, lalu ia berkata: (Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang direjam) maka kemarahannya akan reda.

3) Berwuduk
Syaitan sentiasa akan berusaha menjadikan kita marah. Apabila kita marah mudah baginya untuk mengoda dan menyesatkan kita kerana waktu itu pertimbangan akal kita akan hilang
Sebuah hadis riwayat Ahmad Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya kemarahan itu berpunca daripada syaitan. Syaitan pula dicipta daripada api
Sesungguhnya Api hanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu, apabila seseorang antara kamu naik marah, maka hendaklah dia berwuduk."

4) Berdiam diri
Sekiranya anda sedang marah, sebaiknya anda diam. Sebagaimana SAbda Rasullullah s.a.w yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad yang bermaksud:
"Jika seseorang daripada kamu marah, maka hendahlah dia diam.

5) Duduk dan baring
Sebuah hadis yang diriwayat oleh Imam Ahmad daripada Abu Zar bahawa pada waktu itu beliau sedang minum di kolahnya, lalu datang suatu kaum seraya berkata: " Siapa antara kamu yang berani menggangu Abu Zar dan mengambil beberapa helai rambut dikepalanya.?" Salah seorang berkata:  "Saya"

lalu orang itu datang mengeruhkan kolahnya dan memukulnya. Pada ketika itu Abu Zar yang sedang berdiri lalu duduk, kemudian berbaring. Beliau ditanya: "Wahai Abu Zar, mengapa kamu duduk kemudian berbaring?"

Dia menjawab: "Sesunggunnya Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami:  "Jika salah sorang antara kamu marah, sedangkan ia ketika itu dalam kedudukan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika marahnya dapat hilang dengan duduk (cukuplah ia duduk).
Jika tidak hendaklah ia berbaring."

Demikianlah sunah yang telah diwariskan oleh Rasulullah s.a.w kepada
umatnya.Wallahwaalam.
Sumber hadis: Solusi

Wednesday, May 18, 2011

Sedarkah kita Masa menjadi singkat?


Terasa sangat masa berlalu begitu cepat, masa yang panjang terasa la amat singkat, tahun berganti tahun angka umur tetap meningkat, namun usia semangkin singkat. Sehari tak cukup belum sempat berbuat sesuatu tiba-tiba dah larut, sehingga banyak pekara yang belum diselesaikan.

Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada banyak perkara yang dapat kita selesaikan. Itulah yang dimaksudkan dengan singkat masa.

Menurut alim ulamak, Yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang diperkatakan, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat dilaksanakan. Adakah Ini satu petanda dunia hampir kiamat?

Dalam hadis juga dimaksudkan daripada Anas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan menjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu  percikan api."  
 H.R Tirmizi

Sunday, May 15, 2011

Terima kasih guru


Kalau nak cerita pasal guru nie, tak seorang pun dalam hidupnya takde guru walaupun dia tak ke sekolah. Guru pertama dalam hidup kita sudah pasti ibu dan bapa kita sendiri dan seterusnya 
guru-guru di pusat-pusat pendidikan dari rendah sampai la tingginya.Tanpa guru tiadalah ilmu, walaupun sebaris ayat kita terima dari sesorang dan boleh dimanfaatkan dalam hidup akan tertitik lah ilmu pada kita itu pun juga guru.

Dengan kesempatan ini Krew B.A nak mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada guru-guru yang mempunyai sifat penuh dengan keguruan dan khususnya kepada perawat adik yang juga berfungsi sebagai guru-guru adik yang membantu perkembangan dalam hidup adik semoga
usaha dalam kerjaya mereka mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. amin.

Friday, May 13, 2011

Hati-hati dengan penyimbah asid

gambar hiasan petikan razaklatif.com
Salam sume,

Pagi ni tengok berita dah hampir 22 orang jadi mangsa disimbah asid. Apa nie.. main suka-suka je mamat nie nak simbah orang, tak pasal-pasal orang tak bersalah menjadi mangsanya. Ini lah manusia yang hidupnya tidak mengunakan akal menjuruskan kepada kebaikan.
Apa saje yang nak dibuatnya maka terus je dibuat tanpa memikirkan kesan yang bakal mengundang pada orang dan dirinya sendiri. Insan yang jiwanya sakit inilah yang tak reti mengunakan masa sebaliknya mengundang masalah kepada orang lain. Klik Jiwa Kacau

Manusia yang celik akalnya akan sentiasa menjadikan modal 'masa' yang diberikan oleh Allah s.w.t sebagai peluang untuk dirinya melakukan kebaikan sebaik mungkin. Malah yang orang bukan beragama islam yang baik perangainya juga turut inginkan kebaikan. Oleh itu masa yang ada dan akan datang itu sewajarnya di manfaatkan dengan mengawalnya supaya tidak menyeleweng seperti kerja buruk 'simbah asid' ini. Apakah salah mereka sehingga dilakukan
begitu tanpa sebab? Setiap masalah pasti ada jalan untuk penyelesaian.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya di antara kebaikan seseorang Islam dia meninggalkan pekara yang tidak bermanfaat" (HR.At-Tirmizi)

 baca berita penuh - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wanita-30-an-mangsa-terbaru-disimbah-asid/

Monday, May 9, 2011

Asyik dengan nikmat, lupa tanggungjawab


Assalamualaikum,

Apa khabar teman2 pembaca dan teman2 blogger diharap semuanya sihat disamping keluarga tercinta dan blog masing-masing hehehe.. Masa nie nak share entry yang tak seberapanya kat semua teman. Pekara yang berkaitan kehidupan yang perlu dijentik sikit supaya terjaga dari lena agar tak leka diulit dunia yang dikiaskan bergini....
Kisah seorang manusia di hutan yang sedang dikejar oleh seekor singa lalu manusia ini terus lari mencari tempat yang selamat. Sambil belari beliau cuba memikirkan dimanakah tempat yang lebih baik untuknya menyelamatkan diri. Disaat itu hanya tali pokok yang terjuntai menjadi tumpuan lalu beliau melompat ke tali tersebut dan bergayut pada tali pokok yang terjuntai untuk selamatkan diri.
Di tali itu beliau merasakan dirinya selamat dari singa tersebut. Beliau merasa lega dan bebas dari singa ganas itu. Disepanjang beliau bergayut pada tali pokok itu beliau cuba melihat kebawah dimana singa masih menanti keguguran mangsanya dan disamping itu juga beliau melihat ke atas pula dan didapatinya ada sarang lebah sedang mengumpul manisan madunya dan 2 ekor tikus sedang berkongsi tali pokok, seekor darinya berwarna hitam dan seekor lagi berwarna putih lalu beliau melihat kembali kebawah didapatinya pula sebaris dengan tempatnya bergayut ada lubang pula dan didalamnya terdapat dua ekor ular yang sedang menghuni di dalam lubang tersebut, lalu beliau merasa amat takut dan sedih akan nasibnya.
Kembali melihat semula tikus-tikus tadi, didapatinya tikus-tikus tersebut sedang mengigit sikit demi sedikit tali kayu yang digayut oleh beliau. Beliau merasa teramat bimbang fikirannya mula menjadi buntu. Disaat memikirkan pekara malang yang bakal dilaluinya  sarang lebah yang berada diatas kepalanya telah menitiskan setitis madu lalu terkena pada bibirnya dan beliau merasai nikmati kemanisan madu tersebut lantas diatas kenikmatan itu beliau telah lalai dan lupa apa yang akan berlaku pada dirinya.
Kesimpulan dari kisah itu, dikiaskan dari kitab Al-Qafilin bahawa singa itu adalah malaikat maut yang sentiasa meninjau manusia atau menanti untuk melaksanakan tugasnya. Menurut uztaz aku kalau korang nak tahu sehari lebih kurang 70 kali tinjaaun malaikat maut kepada manusia.
Tikus putih dan hitam adalah merupakan siang dan malam yang sentiasa memotong masa atau usia manusia untuk hampir kepada mati.
Lubang pula adalah kubur dan ular itu adalah azab.
Manakala madu itu adalah kemanisan dunia yang mana kita mudah leka dengan nikmatnya, lalu kita lupa juga untuk bertakwa.
Semuga dengan kiasan ini dapat memberi pertimbangan demi kebaikan diri kita di dunia dan akhirat Wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...