Monday, October 17, 2011

Amalan Ibubapa ketika anak-anak menduduki peperiksaan.


AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG.

Assalamualaikum,

Kepada pembaca budiman yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini atau tahun berikutnya. Penulis ada sikit perkara untuk kita kongsikan bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa. Melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah bolehlah melakukan amalan ini agar anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber asal:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang telah pun bersara iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah semuga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah s.w.t.


Wasallam.
sumber:MataHati AinulQalbi

Friday, October 7, 2011

Kecil hati


Sekuat mana pun kekuatan yang ada kadang kala terguris juga rasanya bila lemparan kata-kata menghiris susuk hati. Alas demi alas kesabaran namun terluka jua. Hanya mu Allah sahaja yang dapat meyirami kekuatan untuk menyaluti hati ini.

Mana ke tidaknya andai kamu di kata begini " eh budak cacat la" Kata-kata yangg terpacul dari mulut insan tidak berdidik membuat hati kami rasa bergetar menahan untuk tidak berbalas kata.

Seolah-olah di dunia ini hanya untuk insan normal yang berasakan dirinya sempurna malah jika dicerminkan dengan bercerminkan kitab Allah dan kehidupan rasulnya pasti sama sekali penuh dengan kecacatan malah demi kecacatan terbina jika hidupnya di jalan tersasar hanya pandangan zahir je nampak sempurna.

Wahai insan yang berasa sempurna.... tidak sesiapa pun dapat menjamin diri sendiri akan sempurna hingga ke akhir hayat kecuali Allah yang maha mengatahui. Lalu pandanglah insan-insan kekurangan dengan pandangan manis dan ungkaplah dengan kata-kata indah agar suburnya kekuatan rohani insan ini demi sayangnya kita kepada mereka kerana Allah..

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...