Tuesday, March 6, 2012

Tanda Orang Bahagia





Seandainya kalau teman2 ada tanda2 begini saya doakan semuga ianya berkekalan. aminnn.. Adik juga turut bahagia jika melihat semua insan normal bermurah hati dengan insan tidak sama upaya.

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433h

Kredit Fattabiouni Malaysia
"Ya Allah selawat sejahtera ke atas Penhulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan sejahtera ke atas keluarga dan para sahabat baginda. amin.." 

Alhamdulillah..! Malam tadi Amani sekeluarga dapat Selawat berjemaah di Masjid Negeri Shah Alam. Kalau kau orang nak tahu memang ramai pengunjung Shah Alam turun turut berselawat. Semuga kita semua dapat sya'faat dan terus mencintai Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Rasulullah teramat mencintai kita sebagai umatnya walaupun tidak berjumpa.. mengapa kita tidak?. 

Tanda kasihnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم buatmu wahai umat... 

Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها berkata: Tatkala aku melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada dalam keadaan baik, aku berkata: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun mendoakannya: Ya Allah! Ampunilah dosa ‘Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang-terangan.

Lalu Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها ketawa kegembiraan sehingga kepalanya jatuh ke riba Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kerana terlalu gembira.

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya: Apakah doaku menggembirakanmu?

Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها menjawab: Kenapa tidak, aku begitu gembira dengan doamu itu.

Lantas Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun bersabda: Demi Allah! Inilah doa yang aku panjatkan untuk umatku dalam setiap solat.

(Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243). Sumber : Fattabiouni Malaysia

antara lainnya,

Disaat  detik  akhir juga Rasulullah s.a.w turut berdoa  “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”  dan membisikkan lagi ke telinga Saidina Ali “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku. (Peliharalah sholat dan santuni orang-orang lemah di antaramu)” dan di hujung nafasnya  “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku,umatku, umatku” Ya Allah..! betapa cintanya Rasulullah kepada kita. 





Monday, January 16, 2012

Doa Pendinding

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut seperti yg dijelaskan dalam hadis ini,


Doa yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis di atas 


Keberuntungan beramal dengan doa ini

1) Dapat menghindarkan dari bahaya
2) Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
3) Terhindar Daripada Sihir
4) Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

p/s: Semuga sama-sama kita mengamalkannya.. insyaallah.
sumber :darussyifa.org (Semuga Tuan Guru di limpahkan dengan rahmat kesihatan)

Wednesday, January 4, 2012

Azam baru 2012 : Masih tercari apa azam baru ?


Berikut adalah 2 tips motivasi bagaimana untuk set azam tahun baru 2012 khusus bagi Anda yang masih termanggu-manggu azam apa yang Anda nak capai pada tahun 2012.

1. Tips 1: Lihat Apa Yang Anda Mahu Perbaiki.

Setiap dari kita adalah kelemahan tersendiri, kesilapan, kegagalan. Set azam untuk perbaiki kelemahan, kesilapan dan kegagalan itu pada tahun 2012. Masa lalu usah disamakan dengan masa sekarang ni. Gagal di masa lalu, jangan jadikan pengukur untuk berkemungkinan gagal pada masa kini. Jadikannya pengajaran saja, perbaiki diri Anda, tambah ilmu kemudian berusahalah jadi semakin baik, semakin bagus.

2. Tips 2: Fikir Apa Anda Mahu Capai.

Fikir apa yang Anda mahu capai pada tahun 2012. Ia mungkin lebih dari satu – misalnya mahu mencapai gred cemerlang, mahu jadi anak cemerlang, mahu jadi usahawan cemerlang, mahu jadi suami atau isteri cemerlang. Cara terbaik, fikirkan apa yang Anda mahu capai dalam bidang kekeluargaan, kerjaya dan ketuhanan (ibadah). Ini penting kerana tujuannya adalah untuk memajukan hidup Anda. Tak ada 3 aspek ini, hidup Anda tak ada kemajuan. Jadi, apa yang mahu capai pada tahun 2012? Tanya diri Anda, jawapan yang muncul, itulah yang Anda akan terfikir untuk jadi azam Anda untuk tahun 2012.

Sumber imotivasi.net 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...