Seandainya kalau teman2 ada tanda2 begini saya doakan semuga ianya berkekalan. aminnn.. Adik juga turut bahagia jika melihat semua insan normal bermurah hati dengan insan tidak sama upaya.
Tuesday, March 6, 2012
Saturday, February 4, 2012
Salam Maulidur Rasul 1433h
![]() |
| Kredit Fattabiouni Malaysia |
Alhamdulillah..! Malam tadi Amani sekeluarga dapat Selawat berjemaah di Masjid Negeri Shah Alam. Kalau kau orang nak tahu memang ramai pengunjung Shah Alam turun turut berselawat. Semuga kita semua dapat sya'faat dan terus mencintai Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Rasulullah teramat mencintai kita sebagai umatnya walaupun tidak berjumpa.. mengapa kita tidak?.
Tanda kasihnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم buatmu wahai umat...
Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها berkata: Tatkala aku melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada dalam keadaan baik, aku berkata: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun mendoakannya: Ya Allah! Ampunilah dosa ‘Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang-terangan.
Lalu Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها ketawa kegembiraan sehingga kepalanya jatuh ke riba Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kerana terlalu gembira.
Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya: Apakah doaku menggembirakanmu?
Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها menjawab: Kenapa tidak, aku begitu gembira dengan doamu itu.
Lantas Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun bersabda: Demi Allah! Inilah doa yang aku panjatkan untuk umatku dalam setiap solat.
(Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243). Sumber : Fattabiouni Malaysia
antara lainnya,
Disaat detik akhir juga Rasulullah s.a.w turut berdoa “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” dan membisikkan lagi ke telinga Saidina Ali “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku. (Peliharalah sholat dan santuni orang-orang lemah di antaramu)” dan di hujung nafasnya “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku,umatku, umatku” Ya Allah..! betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Monday, January 16, 2012
Doa Pendinding
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut seperti yg dijelaskan dalam hadis ini,
Doa yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis di atas
Keberuntungan beramal dengan doa ini
1) Dapat menghindarkan dari bahaya
2) Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
3) Terhindar Daripada Sihir
4) Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
p/s: Semuga sama-sama kita mengamalkannya.. insyaallah.
sumber :darussyifa.org (Semuga Tuan Guru di limpahkan dengan rahmat kesihatan)
Wednesday, January 4, 2012
Azam baru 2012 : Masih tercari apa azam baru ?
Berikut adalah 2 tips motivasi bagaimana untuk set azam tahun baru 2012 khusus bagi Anda yang masih termanggu-manggu azam apa yang Anda nak capai pada tahun 2012.
1. Tips 1: Lihat Apa Yang Anda Mahu Perbaiki.
Setiap dari kita adalah kelemahan tersendiri, kesilapan, kegagalan. Set azam untuk perbaiki kelemahan, kesilapan dan kegagalan itu pada tahun 2012. Masa lalu usah disamakan dengan masa sekarang ni. Gagal di masa lalu, jangan jadikan pengukur untuk berkemungkinan gagal pada masa kini. Jadikannya pengajaran saja, perbaiki diri Anda, tambah ilmu kemudian berusahalah jadi semakin baik, semakin bagus.
2. Tips 2: Fikir Apa Anda Mahu Capai.
Fikir apa yang Anda mahu capai pada tahun 2012. Ia mungkin lebih dari satu – misalnya mahu mencapai gred cemerlang, mahu jadi anak cemerlang, mahu jadi usahawan cemerlang, mahu jadi suami atau isteri cemerlang. Cara terbaik, fikirkan apa yang Anda mahu capai dalam bidang kekeluargaan, kerjaya dan ketuhanan (ibadah). Ini penting kerana tujuannya adalah untuk memajukan hidup Anda. Tak ada 3 aspek ini, hidup Anda tak ada kemajuan. Jadi, apa yang mahu capai pada tahun 2012? Tanya diri Anda, jawapan yang muncul, itulah yang Anda akan terfikir untuk jadi azam Anda untuk tahun 2012.
Sumber imotivasi.net
Sumber imotivasi.net
Saturday, December 3, 2011
Ganjaran kepada yang berakhlak mulia.
Daripada Jabir r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku di hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci danpaling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia berasa bangga dengan kesombongannya" Para sahabat bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah s.a.w " mereka ialah orang yang takbur."
(Riwayat at-Tirmizi)
p/s Sempena 'Maal Hijrah' ayuh kita cermin dan muhasabah diri lalu nilaikan samaada diri kita dalam kelompok mana seperti yang dinyataka Rasulullah ..... ?
Friday, November 11, 2011
Tautan Kasih
Alhamdulillah, Disaat orang lain sibuk nak mengukir sejarah pada tarikh ini '11.11.11' adik dan juga teman-teman oku lain turut diraikan di majlis tautan kasih pada tarikh tersebut yang dianjurkan oleh para-para guru PPKI di Monterez Golf & Country Club. Adik juga tidak ketinggalan turut dianugerahkan sebagai penerima murid cemerlang walaupun ia tidak mengatahui apa ertinya. Janji ada hadiah...Ye tak..!
Di majlis ini semua ibubapa juga turut hadir bagi membantu mengawasi pergerakan insan-insan istimewa ini. Malah lebih ramai keluarga untuk menyertai pun sangat dialu-alukan bagi mengembirakan mereka.
Khusuk mendengar ucapan pengetua...iyer ker? mana paham kalau cakap panjang2 mcm ceramah da...tu yg buat muka nampak asem je...kecuali la kalau kat pentas tu ada kembar botak tu..upin ipin ler atau boboiboy lompat sesakan la aku...akak dan ibu pun tak leh duduk diam nanti...
Menghayati ole-ole dari penganjur apa yang menariknya..aku nak buat apa ye dengan bende nie...
Adik dengan Mohd Haikal yang juga insan istimewa. walaupun tak pernah bercerita atau bersembang mcm insan lain namun mereka mengerti erti persahabatan. Keistimewaan dalam perhubungan insan-insan ini yang uniknya tidak membezakan diantara teman2 istimewa lain.
Sunday, November 6, 2011
Masihkah ada kasih sayang pada kita.?
![]() |
| Sumber: Dr.Amr Khaled |
Subhanallah.... Allah lebih belas kasihan kepada hambanya melebihi dari ibu kepada anaknya. Begitulah indahnya kasih sayang pencipta kepada yang dicipta. Tapi adakah yg dicipta mencintainya...? ayuhh tanya diri sendiri....?
Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita?
p/s :
1. Orang beriman adalah mereka yang hidupnya saling hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda.
2. Orang yang gersang daripada sifat kasih sayang biasanya bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidupnya menjadi terasing dan terpinggir daripada masyarakat.
3. Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah sama ada terhadap kanak-kanak dan orang tua merupakan suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama kerana ia mempamerkan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal fikiran dan perasaan.
Friday, November 4, 2011
Salam EidulAdha
Assalamualaikum,
Dikesempatan ini diri ini mengucapkan selamat menyambut EidulAdha kepada semua teman-teman blogger dan teman-teman yang mengenali diri ini. Semuga kita juga diberi kesempatan menunaikan ibadah haji satu hari kelak. insyaallah.
Monday, October 17, 2011
Amalan Ibubapa ketika anak-anak menduduki peperiksaan.
AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG.
Kepada pembaca budiman yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini atau tahun berikutnya. Penulis ada sikit perkara untuk kita kongsikan bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa. Melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah bolehlah melakukan amalan ini agar anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan dengan mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
Sumber asal:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang telah pun bersara iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah semuga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah s.w.t.
Wasallam.
sumber:MataHati AinulQalbi
Friday, October 7, 2011
Kecil hati
Sekuat mana pun kekuatan yang ada kadang kala terguris juga rasanya bila lemparan kata-kata menghiris susuk hati. Alas demi alas kesabaran namun terluka jua. Hanya mu Allah sahaja yang dapat meyirami kekuatan untuk menyaluti hati ini.
Mana ke tidaknya andai kamu di kata begini " eh budak cacat la" Kata-kata yangg terpacul dari mulut insan tidak berdidik membuat hati kami rasa bergetar menahan untuk tidak berbalas kata.
Seolah-olah di dunia ini hanya untuk insan normal yang berasakan dirinya sempurna malah jika dicerminkan dengan bercerminkan kitab Allah dan kehidupan rasulnya pasti sama sekali penuh dengan kecacatan malah demi kecacatan terbina jika hidupnya di jalan tersasar hanya pandangan zahir je nampak sempurna.
Wahai insan yang berasa sempurna.... tidak sesiapa pun dapat menjamin diri sendiri akan sempurna hingga ke akhir hayat kecuali Allah yang maha mengatahui. Lalu pandanglah insan-insan kekurangan dengan pandangan manis dan ungkaplah dengan kata-kata indah agar suburnya kekuatan rohani insan ini demi sayangnya kita kepada mereka kerana Allah..
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
Friday, September 9, 2011
Rahsia mudah hafal, kekal ingatan
Di Ramadhan yang lalu saya pasti semua teman-teman tidak akan melepaskan peluang membaca al-Quran kan gitu.Alhamdulillah, kami juga turut tidak melepaskan peluang membacanya tetapi untuk menghafal terutama surah-surah yang panjang memang kantoi punya. Kalau baca pun 'sure sekerat jalan je pasti lupa' itu memang dah hakikatnya kalau kita bukan dari didikan Pusat Tahfiz, bila dilihat adik-adik Tahfiz membaca dengan lancarnya ketika terawih terasa sesangat betapa ceteknya ilmu dalam diri. Namun gitu kita harus teruskan membaca walaupun Ramadhan berlalu dan masih berpeluang mempelajarinya cara membaca dan menghafal selagi nafas masih terasa.
Inilah yang saya ingin kongsikan dengan semua - Klik Sini
Hafaz Al-Quran 'MALAYSIAN WAY' dengan KAEDAH JIBRIL yg diasaskan
oleh Ustaz Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz
Klik Sini untuk Maklumat lanjut.
Wednesday, September 7, 2011
Happy Raya masih terasa lagi...
Assalamualaikum,
Walaupun dah hampir masuk 10 Shawal Amani sekeluarga mengucapakan Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Minal aidil walfaizin maaf zahir dan batin kepada semua teman-teman blogger semuga raya kali menghasilkan satu kemenangan untuk kita setelah melalui ramdhan yang penuh rahmat dan berkatnya. Agar kita Kembali fitrah dan berputiknya ibadah pada diri kita untuk kehidupan seharian dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Amani sekeluarga mengucapkan terima kasih atas sokongan teman-teman kerana memberi semangat untuk meneruskan liku-liku hidup yang dianugerahkan. Ucapan ini agak lewat kerana kesibukan menguruskan
rawatan adik yg agak kerap sejak dari Ramadhan lagi. Apa pun happy raya masih lagi terasa dan adik sentiasa tunggu duit raya dari kakak dan abang blogger he3..
Sunday, August 21, 2011
Doa dan terus berdoa ....
Berbakinya sedikit lagi Ramadhan di fasa ketiga ini jom lah kita teruskan usaha kita hingga ke akhirnya, 'doa dan terus berdoa..amin'.
Kerana doa adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba yang dilakukan secara langsung dengan Allah s.w.t dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah. Allah s.w.t tidak suka kepada hambanya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Araaf ayat 55-56:
Maksudnya:" Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.
Ketika menjelaskan perkara yang sama, Salman al-Farisi meriwayatkan
bahawa nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Mafhumnya:" Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan"
(Riwayat Tirmizi)
Berdasarkan peringatan Rasulullah s.a.w ini, ternyata kepada kita bahawa pengaruh doa itu amat hebat sehingga ia mampu mengubah takdir Allah dan alangkah hebatnya pengaruh amal kebajikan kerana ia dapat memanjangkan umur seseorang.
Kadangkala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi diyakini doa kita tidak dimakbulkan Allah s.w.t?. Seorang sahabat iaitu Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah s.a.w agar memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul, Menurut Ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
MAfhumnya:" Wahai sa'ad, makanlah makanan yang baik (lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doannya selama 40 hari. Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram maka nerakalah layaknya" (Hadith Riwayat Thabrani)
Adab-adab berdoa itu ialah:
Pertama : Suci dari hadas besar dan kecil,
Kedua : Menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan Surah Al-FAtihah, pujian kepada Allah serta selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Ketiga : Berdoa dengan ikhlas, suara yang perlahan, merendah diri, mengaku kesalahan dosa yang lalu, dan yakin Allah akan mengabulkan doa sama ada cepat atau lambat,
Keempat : Berdoa terus menerus sama ada semasa senang atau susah, dan tanpa putus asa
Kelima : Tidak melampaui batas ketika berdoa iaitu berdoa untuk meminta kebinasaan, mengakibatkan keburukan atau meninginkan kejahatan sehingga boleh memutuskan silaturahim, kerosakan harta benda dan kezaliman sesama sedara umat islam.
Akhirnya hayatilah mafhum hadith ini:"Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang yang berpuasa; kedua, doa pemerintah yang adil; dan ketiga doa orang yang dizalimi, dimana doa-doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi"
(Riwayat Tirmizi)
Sumber teks :sautul jumaat
Sunday, August 14, 2011
Bebas dari Sindrome
Alhamdulillah, berkat Ramadhan keputusan sampel darah adik menujukkan adik bebas sebarang sindrome. Setahun menanti untuk pengujian semula yang dilakukan oleh Dr.Ch'ng Geik (Doktor Genetik) ini juga merupakan kali kedua ujian yang agak lama. Sebelum ini penantian keputusan yang dihantar ke Australia juga turut membuat penantian yang agak lama dan keputusannya juga baik.
Namun Dr.Ch'ng tak puas hati dan cuba memujuk abah dan ibu untuk pengujian semula. Perasaan abah dan ibu yang pada mulanya berat terpaksa akur juga akhirnya bagi memberi keyakinan kepadanya atas apa yang telah dilakukan.
"Itu hari ada check sample darah ye?" tanya Dr. Ken (Pakar Genetik) dalam sessi temujanji baru-baru nii.
"Bagaimana keputusanya doktor?" celah ibu.
"Ok..semua ok.. Amani free syndrome sekarang ok ha.." tambahnya lagi.
"Alhamdulillah..!"
Abah dan ibu cukup gembira bila mendengar penjelasan Dr.Ken. Apa yang boleh dikatakan, merasakan syukurnya kepada Allah s.w.t. Walaupun adik masih belum bertutur, sekurang-kurangnya ringanlah beban adik. Terima kasih juga kepada yang turut mendoakan adik. Semuga doa kalian mendapat ganjaran berganda dari Allah s.w.t.
Monday, August 8, 2011
Jangan kuruskan pahala puasa
Semalam habis solat zohor berjamaah sempat dengar tazkirah ringkas dari Imam. Dalam masa singkat itu banyak juga perkara tentang ibadah puasa disampaikan diantaranya jangan 'kuruskan pahala puasa kita.'
Korang tau tak..? pahala puasa kita boleh berkurangan lantas kosong kantungnya disebabkan diri kita sendiri, malah apa yang kita dapat sekadar rasa lapar dan dahaga semata-mata.
Sebenarnya pahala bagi orang yang berpuasa ini sangat besar dan hebat tapi akan menjadi kurus atau berkurangan jika tidak dijaga dengan baik.
Apa puncanya?
Pertama-Mata
Tidak menjaga pandangan mata dari melihat perkara-perkara yang tidak manafaat pada diri dan terankatnya nafsu ketika berpuasa.
Kedua-Telinga
Mendengar perkara-perkara tidak baik, perkara umpat atau mendengar lagu yang tidak kepada puji-pujian ilahi. Banyakkan mendengar perkara berilmu seperti ceramah-ceramah agama.
Ketiga-Mulut
Mulut bebas mengeluarkan kata-kata yang tidak baik serta mengumpat. Berzikir lebih baik untuk mengekalkan pahala.
Keempat-Angota lain
Tidak menjaga aurat diri dengan baik (lelaki dan wanita).
Lain-lain
Melakukan perkara yang diharamkan diantaranya merokok yang tidak menyumberkan kepada kesihatan.
"Ya Allah jadikanlah puasa ku dan umat Islam penuh dengan pahala keberkatan-Mu"
Saturday, August 6, 2011
5 Bonus Khas Ramadhan
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa salam bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu :
1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
2. Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan didunia dan di akhirat)
4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
5. Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda Sallallahu 'alaihi wa salam : "Ya, Rasullullah, apakah itu berlaku pada Lailatulqadar?" Baginda menjawap : "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya." (HR Ahmad)
Friday, August 5, 2011
Beristighfarlah.....
Maksudnya:
Hadis Nabi:Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)
Kesibukan seharian kita kadang kala perkataan yang mudah ini sukar sangat untuk terucap dimulut kita walhal ia teramat baik untuk kita. Namun tahukah kita dengan beristighfar, ia sebenarnya menjadi perisai dari segala godaan syaitan yang sentiasa meruntum hawa nafsu supaya manusia terus melakukan dosa.
Ulama salaf Ibnu Jauzi menjelaskan:
Ulama salaf Ibnu Jauzi menjelaskan:
"Sesungguhnya Iblis berkata, aku membinasakan anak adam dengan dosa-dosa. Mereka membinasakan ku dengan istighfar dan dengan kalimah laillaha illallah. Maka ketika aku melihat mereka di antara mereka seperti itu, aku pun menyelusup pada diri mereka hawa nafsu. Sehingga mereka berdosa dan tidak memohon ampun kerana menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya."
Justeru seorang lagi ulama salaf Rabi' bin Khutsam berkata:
Memohonlah dengan sesungguh-sungguhnya kepada Rabb(Tuhan) kamu,dan berdoalah kepadanya disaat lapang. Sebab Allah berfirman
"Barang siapa berdoa kepada ku dimasa lapang, Aku akan kabulkan doannya di saat sempit. Barang siapa meminta kepada ku, maka Aku akan memberinya, barang siapa tawaduk (merendah diri) kepada ku, Aku akan mengangkatnya. Barang siapa mengabdikan dirinya untuk ku Aku akan merahmatinya. Dan barang siapa akan memohon keampunan kepada ku, Aku akan mengampuninya."
Insyaallah beristighfar dan berdoalah...kita.
Sunday, July 31, 2011
Ramadhan
| kredit- zahryn-books |
Bismillahirahmanirahim, Selamat melayari Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah subuh ni semua axcited nak bangun sahurkan, maklumlah hari pertama ye tak...? Harap-harap begitulah..! Bila dah mula pose ni tersangatlah seronoknya rasa damai jer..tambah-tambah lagi dengan asap rokok yang tak mengira tempat ada aje baunya. Harap kepada perokok dapat manafaatkan bulan ini untuk berhenti dan pastikan budget tu diganti dengan budget amal. Bila dah mula pose ni teringat la pulak zaman 70an ketika itu bila mula je pose ni berkumandanglah lagu2 irama padang pasir yang disampaikan oleh El- Suraya (Cipt. Prof. H. Ahmad Baqi) korang boleh dengar dan hayatilah sendiri ye..
Ramadhan bulan yang suci
Rahmat berlimpah dari Ilahi
Banyakkan 'amal di bulan ini
Wajah Muslimin selalu berseri
Pintu syurga Tuhan bukakan
Pintu neraka Ia tutupkan
Dirantai hina segala syaithan
Ikhlas ibadat kepada Tuhan
Di bulan ini turunnya Quran
Lailatul qadar harus dicari
'Amalmu dia seribu bulan
Jalangan lalaikan setiap diri
Hikmah puasa alangkah indahnya
Ingatlah nasib ummat sengsara
Zakat fitrahj tunaikan segera
Bersihlah diri orang berpuasa
Reff
Ramadhan bulan yang suci
Rahmat berlimpah dari Ilahi
Banyakkan 'amal di bulan ini
Wajah Muslimin selalu berseri
Friday, July 29, 2011
7 amalan sunnah
Bismillahirahmanirahim,
Jom kita lakarkan dan praktiskan dalam diri kita dengan menghidupkan sunnah Rasulullah dengan kasihnya kita kepada kekasih Allah ini. Di garis mulanya Ramadhan ini yang penuh rahmat lagi barakah agar ia berterusan sehingga akhir hayat nanti dengan 7 amalan sunnahnya ini yang ku petik dari suara hati ibu.
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, anda tidak rugi sedikitpun, tidak perlu kredit kepada blog ini dan tidak perlu backlink..cukup sekadar sebarkan, dan menjadi manfaat pada semua
Friday, July 22, 2011
Hayati ruang dan peluang
Salam sejahtera,
Hanya tinggal beberapa hari saje lagi kita akan melangkah ke bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Bagi yang belum ganti pose tu sempat lagi kalau nak ganti, nak bayar fidyah bayar la cepat sebelum berganda cik ooii.. Semuga dengan harapan kita disempatkan bersama ramadhan ini dan ramadhan-ramadhan akan datang.
Ramai juga insan-insan tidak berpeluang mengiringi bulan rahmat ini apabila dijemput kembali oleh Allah s.w.t sebelum tibanya. Tamatlah ruang dan peluangnya untuk terus beramal didunia. Bagi yang pergi penuh dengan amal bahagia la mereka, bagi yang sebaliknya air matanya berhamburan di alam sana menyesal tidak berguna.
Seperti yang diceritakan oleh Ali kepada kumail ketika melalui perkuburan kata kumail:
"Saya bersama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari Ali telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata 'wahai kamu yang menghuni di tempat yang sunyi ini! Bagaimana keadaan kamu di dunia sana? Setahu kami segala harta pusaka peninggalanmu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit darihal diri kamu. kemudian sambil menoleh kepada saya dia berkata:
'Ya Kumail! seandai mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan yang sebaik-baik bekalan ialah takwa' air mata berhamburan dari kedua matanya. katanya lagi: 'Ya Kumail perkuburan merupakan tempat menyimpan segala jenis perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikatnya ini hanya selepas memasukinya'.
Setiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya itu. Perbuatan yang baik itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabatnya dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang huduh yang mengeluarkan bau yang busuk dan menambah kesensaraan.
Oleh itu sempena hadirnya ramadhan ini marilah kita sama-sama merebut ruang dan peluang mendalami dan meningkatkan amal kebaikan.
p/s: Biar hidup lama dengan baik amalnya, jangan hidup lebih lama buruk perlakuanya. wallahualam.
[petikan kisah kitab Fadhail Amal]
Subscribe to:
Posts (Atom)












