Friday, July 8, 2011

Selamat pengantin baru 'Kak Izzah'

Salam sume,


Hari minggu yang lepas adik sekeluarga telah menunaikan jemputan kenduri kahwin kak Izzah di rumahnya Sek 17, Shah Alam. Siapa dia? sebenarnya kak Izzah ni salah seorang juruterapi adik di unit OCC Hospital Sg.Buloh.
Dah kak Izzah jemput kita orang pergi ler.. ye tak? Bila lagi nak perkena nasi beriani kenduri kak Izzah.. ini la masanya. Hussh.. berseri-seri kak Izzah bila berpakaian pengantin, "semuga bahgia ke akhir hayat la kak Izzah..! jangan sampai lupa nak terapi adik lagi dah ler..."


Inilah kak Izzah dan suaminya, adik tumpang sekaki je..bila  dipanggil.
Hai cepatnya tukar pakaian.. hehe sebenarnya  yang ni kembar kak Izzah, ada serupa tak?
Diantara terapi yang dilakukan:
Berenang dalam kolam bola-bola warna sambil buat gerak kerja.
Wah syoknya adik bila puteri-puteri OCC dok membelai..
aduhaii..yg nie memang adik rasa cuak sedikit..
"terima kasih la kak Izzah and the team" lepas terapi la ni.

Tuesday, June 28, 2011

Disebalik 27 Rejab


Apa perkara istimewa disebalik 27 Rejab? Satu peristiwa menarik yg menjadi pegajaran untuk kita.
Bulan Rejab memperingatkan kita dengan satu peristiwa bersejarah yang dilalui oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.; satu peristiwa yang menguji keyakinan umat Islam terhadap terhadap Risalah Kenabian Baginda Rasulullah s.a.w.

Allah SWT telah menunjukkan rasa kasih-Nya kepada Baginda Rasulullah s.a.w. melalui Peristiwa Isra' dan mi'raj setelah berbagai kesukaran dan halangan yang dialami oleh Baginda dalam usahanya menyampaikan Risalah Islam kepada umat manusia. Suatu ketika Baginda telah dipulaukan oleh kaumnya, Baginda juga telah diuji dengan kehilangan orang yang disayanginya, bahkan Baginda juga telah dicederakan dan dilukai oleh orang-orang yang memusuhinya. Rentetan daripada ujian-ujian inilah maka Anugerah Kemuliaan telah diberikan oleh Allah SWT kepada Baginda melalui Peristiwa Isra' dan mi'raj.

Isra' dan mi'raj merupakan satu perjalanan yang telah mempertemukan Baginda dengan Para Anbia' di sepanjang perjalanannya sehinggalah akhirnya Baginda telah diperkenankan bertemu dengan Allah SWT untuk menerima kefardhuan solat lima waktu sehari semalam. Selain daripada itu Isra' dan mi'raj ini juga telah memaparkan banyak peristiwa kepada kita tentang gambaran nikmat dan azab kehidupan selepas kematian; gambaran nikmat orang-orang yang beriman dan gambaran balasan azab yang dirasai oleh orang-orang yang ingkar dan berbuat maksiat kepada Allah SWT. Ke semua ini telah dipertontonkan kepada Rasulullah s.a.w. dan telah diperjelaskan oleh Malaikat Jibril a.s. yang mengiringi perjalanan Isra' dan mi'raj Baginda Rasulullah s.a.w.

Antara gambaran azab siksaan yang telah dipertontonkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. di sepanjang pengembaraan Malam Isra' dan mi'raj ialah;

1- Peristiwa sekumpulan manusia yang menghentak kepala mereka ke batu. Ini adalah gambaran orang-orang yang lalai mengerjakan solat.
2- Peristiwa sekumpulan manusia yang memakan tumbuh-tumbuhan berduri. Ini pula merupakan gambaran mengenai orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat.
3- Peristiwa sekumpulan manusia yang memakan daging busuk sedangkan di tangannya ada daging yang baik. Ini pula adalah gambaran orang-orang yang melakukan perbuatan zina.
4- Peristiwa sekumpulan manusia yang meletakkan bebanan demi bebanan di atas belakangnya sedangkan dia sudah tidak mampu lagi untuk memikulnya. Inilah gambaran orang-orang yang tidak layak memegang sesuatu amanah tetapi sanggup mengambil amanah tersebut sedangkan dia tidak mampu untuk melaksanakannya.
5- Peristiwa sekumpulan manusia yang berenang di dalam lautan darah sedangkan mulutnya diisi dan dipenuhi dengan batu. Inilah gambaran orang yang memakan riba.
6- Peristiwa yang tidak kurang dahsyatnya juga ialah mengenai sekumpulan manusia yang mencakar-cakar wajah mereka dengan kuku yang tajam, kemudian mereka mengambil cebisan daging mereka sendiri dan memakannya, kemudian mereka pula mengambil daging orang lain yang berbau busuk lalu memakan daging tersebut. Inilah gambaran orang-orang yang mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain.
Selain daripada gambaran-gambaran yang telah disebutkan, terdapat banyak lagi peristiwa yang telah dipertontonkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. pada malam tersebut. Ada peristiwa yang baik dan tidak kurang pula peristiwa yang amat menakutkan.

Sesungguhnya peristiwa yang telah dipertontonkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. pada Malam Isra' dan mi'raj sebenarnya adalah sebagai peringatan kepada umat Islam agar menghindarkan diri mereka daripada
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan juga rasul-Nya.

Sebagai seorang hamba, kita sewajarnya merasa takut dengan ancaman-ancaman yang telah ditunjukkkan lantas menjadikan kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Sekalipun kita tidak pernah diberikan peluang untuk melihat sendiri peristiwa-peristiwa tersebut, namun sewajarnya kita meyakini bahawa setiap perkara yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. adalah benar ke semuanya.

Muslimin/Muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Apa yang berlaku pada sebahagian masyarakat kita hari ini seolah-olah tidak mengambil peduli dengan peringatan-peringatan daripada Peristiwa Isra' dan mi'raj. Sebilangan masyarakat Islam kini sudah merasa selesa walaupun sering meninggalkan solat yang telah difardhukan ke atas mereka. Sebahagian yang lain pula sentiasa sibuk dengan urusan-urusan perniagaan dan urusanurusan kerja ketika mana umat Islam yang lain sentiasa patuh mengerjakan tuntutan solat.

Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 59;

Maksudnya: "Maka datanglah sesudah mereka, keturunan-keturunan yang melalaikan solat dan menurut hawa nafsu, maka mereka bakal menghadapi azab (di dalam neraka)".

Muslimin/Muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Pada hari ini semakin berleluasanya perbuatan maksiat yang berlaku dalam masyarakat kita, malah sukar untuk dibendung. Perbuatan zina, pelacuran, rogol dan lain-lain lagi telah acap kali didedahkan dalam akhbarakhbar.
Perbuatan-perbuatan terkutuk ini yang melibatkan umat Islam baik yang muda mahupun yang tua, baik yang telah bersuami isteri apatah lagi yang muda remaja. Kenapakah mereka sanggup meratah daging yang busuk dan menjijikkan selama-lamanya di hari akhirat kelak hanya untuk memuaskan keinginan nafsu yang sementara di dunia ini?. Apa yang nyata, orang-orang seperti ini sebenarnya tidak pernah mengambil peduli tentang segala bentuk ancaman yang datang daripada Allah SWT disebabkan nafsu serakah yang telah menguasai diri mereka.

Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raaf ayat 179 :

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakannya daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti ke Esaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".

Muslimin/Muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Salah satu daripada sifat mazmumah yang wujud di dalam diri manusia ialah sifat hasad dan dengki. Sifat mazmumah ini wujud kerana sikap manusia itu sendiri yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang telah dimilikinya dan merasa irihati dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Akibatnya berlakulah perbuatan umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah, caci-mencaci dan seumpamanya. Oleh kerana itulah Allah SWT telah memberikan peringatan lebih awal dengan menyediakan azab siksaan yang berlipat kali ganda banyaknya sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam Peristiwa Isra' dan mi'raj. Dalam hal yang sama, Allah SWT juga telah memberi peringatan melalui Firman-Nya dalam surah Qaaf ayat 18 :

Maksudnya: "Tiada sebarang perkataan yang dilafazkan-Nya (atau perbuatan yang dilakukan-Nya) melainkan ada di sisi-Nya Malaikat Pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)".

Perbuatan mengumpat dan memfitnah ini sebenarnya memberikan kesan yang sangat buruk kepada penyatuan umat Islam. Masyarakat boleh menjadi kucar-kacir, berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri hanya disebabkan oleh Lidah Yang Tidak Bertulang. Di dalam zaman yang serba moden pada hari ini, perbuatan mengumpat dan memfitnah bukan sahaja berlaku melalui lidah manusia, bahkan ianya juga berlaku secara berleluasa melalui penulisan sama ada di dalam akhbar, majalah, bahkan juga melalui sebaran internet. Ruangan-ruangan komentar, forum dan sebagainya dijadikan sebagai medan untuk melepaskan perasaan geram dan dendam yang terbuku di dalam hati. Tanpa kita sedari, perbuatan-perbuatan seperti ini sebenarnya telah mengembang-biakkan lagi sifat hasad-dengki di kalangan sesama umat manusia.

Perbuatan seperti ini mestilah dibendung sebelum ianya menjadi barah yang akan membinasakan keharmonian hidup manusia. Mereka harus dididik dan diberikan kesedaran serta peringatan tentang ancaman-ancaman Allah SWT ke atas mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan keji ini. Mudah-mudahan dengan peringatan ini, manusia akan kembali menginsafi kesilapan mereka dan mengubah tatacara kehidupan ke arah yang diredhai oleh Allah SWT.

Muslimin/Muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Sesungguhnya setiap perkara yang datang daripada Allah SWT itu mempunyai maksud dan tujuannya yang tersendiri. Walau apapun maksud dan tujuan tersebut, kita yakin bahawa ke semuanya adalah untuk kebaikan makhluk ciptaan-Nya yang wujud di alam ini terutamanya umat manusia. Maka begitulah juga keadaannya dengan apa yang telah digambarkan dalam Peristiwa Isra' dan mi'raj. Sesungguhnya apa yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan umatnya ini seharusnya memberikan keinsafan kepada kita agar sentiasa berusaha memperbaiki diri pada setiap masa sebelum tibanya hari yang telah dijanjikan oleh Allah SWT; hari yang tiada manfaat baginya harta dan juga anak-pinak; hari yang tiada penaung bagi setiap insan melainkan naungan Allah SWT, iaitu hari perhitungan di Padang Mahsyar.

Maksudnya: "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali (harta benda dan anak - pinak) orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (daripada syirik dan penyakit nifaq)".

(Asy-Syu'araa' : 88 - 89)

Kredit ekhutbah Jais.

Friday, June 24, 2011

Disyaki demam denggi


Bismillahirahmanirahin..

Bila citer pasal denggi ni semua orang dah sedia tahu gejala ini bukan suatu pekara baru malah dah bertahun dan tersangat la bahayanya kalau dipandang enteng. Tapi kenapa Kawasan bandar menjadi tumpuan besar bagi gejala ini?  kenapa la agaknya ye..? Kalau nak dikirakan kat kg lagi banyak nyamuk dan tempat biak nyamuk pun banyak malah kat pokok-pokok pun penyumbang biaknya nyamuk tapi tak ramai dengar org kg kena denggi. Mungkin org kampung tertip dalam menjalani hidup kot, sampah boleh dibakar, waktu senja mereka berada di rumah berbanding dibandar ni. Sebab nyamuk aedes ni setahu aku paling aktif ketika senja je.

Nak jadikan citer minggu lepas adik dah kena demam dan disuspect denggi pulak tu. Apa lagi macam-macam ubat diusahakan untuk mengawal keadaannya. Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah adik dah mula sihat selepas seminggu demam tapi rawatan tetap berterusan atas arahan Pegawai Perubatan KK Sg. Buloh. Pada mulanya badan adik demam biasa je..lalu kami bawa adik jumpa dengan Dr.Zana seorang doktor klinik panel tempat kerja abah. Dr.Zana hanya melakukan rawatan biasa dan bekalkan ubat. Bagaimanpun Dr.Zana berpesan agar pergi ke  hospital jika keadaan adik tidak kurang.

Dalam tempoh dua hari tu badan adik sekejap kebah sekejap lagi kang panas. Bimbang akan keadaannya kami buat keputusan sepertimana nasihat Dr.zana lalu malam minggu juga kami bawa adik ke unit kecemasan Sg.Buloh untuk pemeriksaan lanjut bagi mendapatkan kepastian dan mengharapkan agar doktor dapat bantu masukkan air ke badan adik kerana badannya agak kering kerana adik tak mahu minum air banyak dan tak selera makan. Namun sekali lagi kami hanya dapat rawatan biasa serta ubat-ubatan lalu diarahkan pulang dengan pesanan lagi agar datang semula pada hari Isnin untuk pemeriksaan darah di KK sg.Buloh. Dalam fikiran kami dah terbayangkan betapa susahnya untuk rawatan di KK, bukan susah apa..? susah menunggu lama disebabkan ramai sangat pesakit. Namun kami akur sahaja dengan arahan Pegawai Perubatan tersebut. 

"Semua datang hari ini pasal demam, dah 70 kes semuanya demam sahaja"
Doktor sempat memaklumkan kepada kami sebelum kami beredar.

Pagi Isnin kami teruskan lagi rawatan demi kesihatannya adik. Biasalah kalau klinik gomen ni sememangnya ramai pesakit yg datang pastu menunggu lama dah jadi sebahagian situasi mana-mana kk. 
"Pergi la mana-mana pun klinik kesihatan itulah senarionya."
Sape pernah pergi pasti tahu akan situasi itu. nak Selesai bukan pekara mudah banyak step perlu tempuh baru boleh balik.
Kalau nak tahu begini proses rawatan adik,agak-agak rasanya sanggup tak korang. Sanggup atau tidak inilah pekara yang perlu diharungi ketika di klinik gomen.

Step 1 - sampai dalam jam 8:20am ambil no.giliran untuk daftar (hampir sejam)
Step 2 - selepas daftar dapatkan no.giliran tunggu lagi untuk jumpa doktor, selepas pemeriksaan, doktor bagi surat untuk ambil darah pulak (hampir sejam lebih menunggu)
Step 3 - Hantar borang ke bilik ambil darah dapatkan lagi no.giliran untuk ambil darah.(20-30minit)
Step 4 - selesai ambil darah kena hantar ke makmal pulak ambil no giliran lagi untuk tunggu keputusan darah. (20-30minit)
Step 5 - Hantar keputusan darah kepada doktor untuk semakkan.(10minit) dengan lapuran ini adik disyaki demam denggi.
Step 6 - Doktor arahkan untuk periksa suhu badan dan timbang.(10minit)
Step 7 - Kami masuk semula ke bilik doktor untuk hantar keputusan dan terima arahan untuk esoknya pula(10minit) 
Step 8 - hantar slip dan tunggu ambil ubat(hampir 45minit)
Step 9 - Selesai hampir jam 1:00 tgh

Beginilah proses adik selama empat hari di Klinik Kesihatan Sg.Buloh terpaksa mengulangi pekara yang sama setiap hari. Kesiannya tiap-tiap hari tangan adik kena cucuk untuk ambil darah. Ditambah pula rawatan adik serentak dengan program temujanjinya di klinik Rehab, fisiotrapi Sg.Buloh dan Otorpedik HKL apa lagi terkejar-kejar la mak cik pakcik ni.
Apa pun Kerana mu kekasih hati.., Kami teguhkan semangat demi untuk adik serta laksanakan amanah dan hayati ujian Allah.s.w.t subhanallah...

p/s: Kesihatan kita ni sesangat la penting untuk kita hatta dari lahir lagi Allah s.w.t telah bekalkan untuk kita ketika hidup. Namun begitu tak sape-sape pun diantara kita yang mampu menjamin dirinya akan sentiasa bebas dari penyakit paling kurang pun demam, batuk atau selsema pasti hadir dalam dirinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...