Saturday, February 19, 2011

Latihan di rumah - Garisan

Awal Tahun 2011, adik telah menunjukkan minatnya yang lebih baik untuk ke sekolah setelah enam bulan bercuti sebelum nie.Mungkin dia rindukan suasana sekolah dan teman-teman. Syukur alhamdulillah.. bayangkan kereta ada masalah pun minta hantar juga ke sekolah sambil mengisyarat pada jam tangannya tanda lewat. Minat adik yang begitu baik menambahkan lagi semangat kami untuk menyediakan bahan-bahan latihan di rumah walaupun ada sedikit latihan yang dibekalkan oleh cikgunya.


Belajar garis ikut titik-titik

Latihan (1)

Latihan (2)

Latihan (3)

Latihan menyambung setiap titik garisan bagi melatih menetapkan tangannya serta belajar menulis. Latihan ini kami cuba sediakan sendiri, kalau berminat boleh download kertas latihan nie di sini.

Tuesday, February 15, 2011

Andai Rasullulah Bersama Kita



Wahai Rasulullah,

Tika ini, jika engkau hadir bertamu,

Mungkin mengalir deras airmatamu,

Dek kesayuan mengenang umatmu,

Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,


Wahai Rasulullah,

Nafsu kini menjadi tuhan,

Harta dan pangkat menjadi sembahan,

Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,

Ibadah dirasa berat tidak tertahan,

 Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.


Wahai Rasulullah,

Kedamaian rumahtangga semakin hancur,

Sikap curang semakin subur,

Peranan ibubapa kian gugur,

Ketaatan anak-anak turut melebur,


‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,

Akibat solat yang tiada berarah,

Amat jauhlah keikhlasan ibadah


Wahai Rasulullah,

Kami  tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,

Namun ramai mendustakan ajaranmu,

Harta kini lebih dicintai dari cintamu,

Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,

Seperti khayalan yang nyata palsu,


Wahai Rasulullah,

Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,

Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,

Hinggapnya hanya sebentar,

Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...


Taubat kami kurang kekesalan,

Tiada penghayatan, tiada keinsafan

Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,

Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,


Wahai Rasulullah,

Aurat wanita tercemar kian,

Berbangga ditayang & dihias berlebihan,

Ditagih penghargaan dan kalam pujian,

Tidak dipeduli murka Tuhan,

Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,

Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,


Wahai Rasulullah,

Bersamamu, kami merindui kehidupan,

Namun adakah diri ini punyai kelayakan,

Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,

Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,

Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,


Wahai Rasulullah,

Belas Allah kami harapkan,

Moga , tatkala menjelang kematian,

Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.



sumber : www.zaharuddin.net

Friday, February 11, 2011

Rawatan Alternatif Kak Raw

Kak Raw nama yang sering dikenali dikalangan ibubapa yang memiliki insan-insan istimewa untuk mendapatkan rawatan alternatif selain rawatan hospital menjadi tamu WHI. Walaupun kami masih belum menjejakikan kaki di lokasinya namun namanya tetap menjadi senarai dalam ingatan untuk menerima rawatan satu ketika nanti atau pun untuk teman-teman senasib.


Kak Raw atau nama sebenarnya Fatimah bte Mat Sam yang menjadi tetamu Wanita Hari Ini (WHI), seorang wanita yang mempunyai kelebihannya tersendiri dalam membuat rawatan terhadap kanak-kanak istimewa atau OKU.

Kebanyakan ibubapa yang mempunyai anak seperti Down Syndrome, Celeberal Palsy, Autism, tidak boleh bertutur dan berbagai lagi menjadi tumpuan untuk dirawat oleh Kak Raw. Kak Raw yang turut ditemani dua kanak-kanak istimewa di WHI menyarankan supaya ibubapa yang ada anak seperti ini sentiasa tekun berusaha dan bersabar.

"Ibubapa yang ada anak macam saya cubalah berusaha untuk mereka, kerana mereka juga nak hidup macam kita" ungkap seorang ibu.

"bersabarlah kerana kita ibubapa yang terpilih dan istimewa diantara ibubapa lain." suntikan semangat oleh bapa kepada adik Atiq Wazif

Kepada sesiapa yang inginkan rawatan Kak Raw bolehlah pergi ke alamat berikut:
untuk melihat pelan lokasi sila klik sini

107 Jln Kg Tengah
Felda Gedangsa
44020 Kuala Kubu Baru
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-60463509 

Forum perbincangan juga turut disediakan untuk memberikan peluang kepada ibu bapa yang mendapatkan Rawatan Alternatif Kak Raw berinteraksi, berbincang dan berkongsi maklumat diantara satu sama lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...