Sunday, July 31, 2011

Ramadhan

kredit- zahryn-books
Bismillahirahmanirahim, Selamat melayari Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah subuh ni semua axcited nak bangun sahurkan, maklumlah hari pertama ye tak...? Harap-harap begitulah..! Bila dah mula pose ni tersangatlah seronoknya rasa damai jer..tambah-tambah lagi dengan asap rokok yang tak mengira tempat ada aje baunya. Harap kepada perokok dapat manafaatkan bulan ini untuk berhenti dan pastikan  budget tu diganti dengan budget amal. Bila dah mula pose ni teringat la pulak zaman 70an ketika itu bila mula je pose ni berkumandanglah lagu2 irama padang pasir  yang disampaikan oleh El- Suraya  (Cipt. Prof. H. Ahmad Baqi) korang boleh dengar dan hayatilah sendiri ye..


Ramadhan bulan yang suci
Rahmat berlimpah dari Ilahi
Banyakkan 'amal di bulan ini
Wajah Muslimin selalu berseri

Pintu syurga Tuhan bukakan
Pintu neraka Ia tutupkan
Dirantai hina segala syaithan
Ikhlas ibadat kepada Tuhan

Di bulan ini turunnya Quran
Lailatul qadar harus dicari
'Amalmu dia seribu bulan
Jalangan lalaikan setiap diri

Hikmah puasa alangkah indahnya
Ingatlah nasib ummat sengsara
Zakat fitrahj tunaikan segera
Bersihlah diri orang berpuasa

Reff
Ramadhan bulan yang suci
Rahmat berlimpah dari Ilahi
Banyakkan 'amal di bulan ini
Wajah Muslimin selalu berseri

Friday, July 29, 2011

7 amalan sunnah

Bismillahirahmanirahim,

Jom kita lakarkan dan praktiskan dalam diri kita dengan menghidupkan sunnah Rasulullah dengan kasihnya kita kepada kekasih Allah ini. Di garis mulanya Ramadhan ini yang penuh rahmat lagi barakah agar ia berterusan sehingga akhir hayat nanti dengan 7 amalan sunnahnya ini yang ku petik dari suara hati ibu.

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, anda tidak rugi sedikitpun, tidak perlu kredit kepada blog ini dan tidak perlu backlink..cukup sekadar sebarkan, dan menjadi manfaat pada semua 

Friday, July 22, 2011

Hayati ruang dan peluang



Salam sejahtera,

Hanya tinggal beberapa hari saje lagi kita akan melangkah ke bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Bagi yang belum ganti pose tu sempat lagi kalau nak ganti, nak bayar fidyah bayar la cepat sebelum berganda cik ooii.. Semuga dengan harapan kita disempatkan bersama ramadhan ini dan ramadhan-ramadhan akan datang.

Ramai juga insan-insan tidak berpeluang mengiringi bulan rahmat ini apabila dijemput kembali oleh Allah s.w.t sebelum tibanya. Tamatlah ruang dan peluangnya untuk terus beramal didunia. Bagi yang pergi penuh dengan amal bahagia la mereka, bagi yang sebaliknya air matanya berhamburan di alam sana menyesal tidak berguna.

Seperti yang diceritakan oleh Ali kepada kumail ketika melalui perkuburan kata kumail:

"Saya bersama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari Ali telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata 'wahai kamu yang menghuni di tempat yang sunyi ini! Bagaimana keadaan kamu di dunia sana? Setahu kami segala harta pusaka peninggalanmu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit darihal diri kamu. kemudian sambil menoleh kepada saya dia berkata:

'Ya Kumail! seandai mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan yang sebaik-baik bekalan ialah takwa' air mata berhamburan dari kedua matanya. katanya lagi: 'Ya Kumail perkuburan merupakan tempat menyimpan segala jenis perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikatnya ini hanya selepas memasukinya'.

Setiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya itu. Perbuatan yang baik itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabatnya dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang huduh yang mengeluarkan bau yang busuk dan menambah kesensaraan.

Oleh itu sempena hadirnya ramadhan ini marilah kita sama-sama merebut ruang dan peluang mendalami dan meningkatkan amal kebaikan.

p/s: Biar hidup lama dengan baik amalnya, jangan hidup lebih lama buruk perlakuanya. wallahualam.
[petikan kisah kitab Fadhail Amal]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...