Friday, July 22, 2011

Hayati ruang dan peluang



Salam sejahtera,

Hanya tinggal beberapa hari saje lagi kita akan melangkah ke bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Bagi yang belum ganti pose tu sempat lagi kalau nak ganti, nak bayar fidyah bayar la cepat sebelum berganda cik ooii.. Semuga dengan harapan kita disempatkan bersama ramadhan ini dan ramadhan-ramadhan akan datang.

Ramai juga insan-insan tidak berpeluang mengiringi bulan rahmat ini apabila dijemput kembali oleh Allah s.w.t sebelum tibanya. Tamatlah ruang dan peluangnya untuk terus beramal didunia. Bagi yang pergi penuh dengan amal bahagia la mereka, bagi yang sebaliknya air matanya berhamburan di alam sana menyesal tidak berguna.

Seperti yang diceritakan oleh Ali kepada kumail ketika melalui perkuburan kata kumail:

"Saya bersama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari Ali telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata 'wahai kamu yang menghuni di tempat yang sunyi ini! Bagaimana keadaan kamu di dunia sana? Setahu kami segala harta pusaka peninggalanmu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit darihal diri kamu. kemudian sambil menoleh kepada saya dia berkata:

'Ya Kumail! seandai mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan yang sebaik-baik bekalan ialah takwa' air mata berhamburan dari kedua matanya. katanya lagi: 'Ya Kumail perkuburan merupakan tempat menyimpan segala jenis perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikatnya ini hanya selepas memasukinya'.

Setiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya itu. Perbuatan yang baik itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabatnya dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang huduh yang mengeluarkan bau yang busuk dan menambah kesensaraan.

Oleh itu sempena hadirnya ramadhan ini marilah kita sama-sama merebut ruang dan peluang mendalami dan meningkatkan amal kebaikan.

p/s: Biar hidup lama dengan baik amalnya, jangan hidup lebih lama buruk perlakuanya. wallahualam.
[petikan kisah kitab Fadhail Amal]


4 comments:

  1. semoga saya diberikan kesempatan untuk menikmati Ramadhan kali ini. aminn. tak sabarnya. seronok. bulan Ramadhan bulan paling meriah.

    Lelaki Memang Tak Akan Faham Perempuan
    Antara Keinginan Dan Yang Dah Tertulis

    ReplyDelete
  2. berdebar menanti ramadhan yang selalu dirindui :)

    ReplyDelete
  3. cik pieQa-insyaallah semuga kita laluinya dgn keberkatan

    ReplyDelete
  4. sEMOGA SEMpat menjalani ibadah ramadhan tahun ni..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...