Saturday, December 3, 2011

Ganjaran kepada yang berakhlak mulia.

Daripada Jabir r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku di hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci danpaling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia berasa bangga dengan kesombongannya" Para sahabat bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah s.a.w " mereka ialah orang yang takbur." (Riwayat at-Tirmizi)

p/s Sempena 'Maal Hijrah' ayuh kita cermin dan muhasabah diri lalu nilaikan samaada diri kita dalam kelompok mana seperti yang dinyataka Rasulullah ..... ?     

Friday, November 11, 2011

Tautan Kasih

Alhamdulillah, Disaat orang lain sibuk nak mengukir sejarah pada tarikh ini '11.11.11' adik dan juga teman-teman oku lain turut diraikan di majlis tautan kasih pada tarikh tersebut yang dianjurkan oleh para-para guru PPKI di Monterez Golf & Country Club. Adik juga tidak ketinggalan turut dianugerahkan sebagai penerima murid cemerlang walaupun ia tidak mengatahui apa ertinya. Janji ada hadiah...Ye tak..! 

Di majlis ini semua ibubapa juga turut hadir bagi membantu mengawasi pergerakan insan-insan istimewa ini. Malah lebih ramai keluarga untuk menyertai pun sangat dialu-alukan bagi mengembirakan mereka.


Khusuk mendengar ucapan pengetua...iyer ker? mana paham kalau cakap panjang2 mcm ceramah da...tu yg buat muka nampak asem je...kecuali la kalau kat pentas tu ada kembar botak tu..upin ipin ler  atau boboiboy lompat sesakan la aku...akak dan ibu pun tak leh duduk diam nanti...

Menghayati ole-ole dari penganjur apa yang menariknya..aku nak buat apa ye dengan bende nie...

Adik dengan Mohd Haikal yang juga insan istimewa. walaupun tak pernah bercerita atau bersembang mcm insan lain namun mereka mengerti erti persahabatan. Keistimewaan dalam perhubungan insan-insan ini yang uniknya tidak membezakan diantara teman2 istimewa lain.  

Sunday, November 6, 2011

Masihkah ada kasih sayang pada kita.?


Sumber:  Dr.Amr Khaled
Subhanallah.... Allah lebih belas kasihan kepada hambanya melebihi dari ibu kepada anaknya. Begitulah indahnya kasih sayang pencipta kepada yang dicipta. Tapi adakah yg dicipta mencintainya...? ayuhh tanya diri sendiri....?

Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita?

p/s :
1. Orang beriman adalah mereka yang hidupnya saling hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda.
2. Orang yang gersang daripada sifat kasih sayang biasanya bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidupnya menjadi terasing dan terpinggir daripada masyarakat. 
3. Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah sama ada terhadap kanak-kanak dan orang tua merupakan suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama kerana ia mempamerkan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal fikiran dan perasaan.

Friday, November 4, 2011

Salam EidulAdha


Assalamualaikum,
Dikesempatan ini diri ini mengucapkan selamat menyambut EidulAdha kepada semua teman-teman blogger dan teman-teman yang mengenali diri ini. Semuga kita juga diberi kesempatan menunaikan ibadah haji satu hari kelak. insyaallah.

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Monday, October 17, 2011

Amalan Ibubapa ketika anak-anak menduduki peperiksaan.


AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG.

Assalamualaikum,

Kepada pembaca budiman yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini atau tahun berikutnya. Penulis ada sikit perkara untuk kita kongsikan bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa. Melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah bolehlah melakukan amalan ini agar anak-anak kita dapat menjawab soalan-soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber asal:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang telah pun bersara iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah semuga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah s.w.t.


Wasallam.
sumber:MataHati AinulQalbi

Friday, October 7, 2011

Kecil hati


Sekuat mana pun kekuatan yang ada kadang kala terguris juga rasanya bila lemparan kata-kata menghiris susuk hati. Alas demi alas kesabaran namun terluka jua. Hanya mu Allah sahaja yang dapat meyirami kekuatan untuk menyaluti hati ini.

Mana ke tidaknya andai kamu di kata begini " eh budak cacat la" Kata-kata yangg terpacul dari mulut insan tidak berdidik membuat hati kami rasa bergetar menahan untuk tidak berbalas kata.

Seolah-olah di dunia ini hanya untuk insan normal yang berasakan dirinya sempurna malah jika dicerminkan dengan bercerminkan kitab Allah dan kehidupan rasulnya pasti sama sekali penuh dengan kecacatan malah demi kecacatan terbina jika hidupnya di jalan tersasar hanya pandangan zahir je nampak sempurna.

Wahai insan yang berasa sempurna.... tidak sesiapa pun dapat menjamin diri sendiri akan sempurna hingga ke akhir hayat kecuali Allah yang maha mengatahui. Lalu pandanglah insan-insan kekurangan dengan pandangan manis dan ungkaplah dengan kata-kata indah agar suburnya kekuatan rohani insan ini demi sayangnya kita kepada mereka kerana Allah..

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” 

Friday, September 9, 2011

Rahsia mudah hafal, kekal ingatan

Di Ramadhan yang lalu saya pasti semua teman-teman tidak akan melepaskan peluang membaca al-Quran kan gitu.Alhamdulillah, kami juga turut tidak melepaskan peluang membacanya tetapi untuk menghafal terutama surah-surah yang panjang memang kantoi punya. Kalau baca pun 'sure sekerat jalan je pasti lupa' itu memang dah hakikatnya kalau kita bukan dari didikan Pusat Tahfiz, bila dilihat adik-adik Tahfiz membaca dengan lancarnya ketika terawih terasa sesangat betapa ceteknya ilmu dalam diri. Namun gitu kita harus teruskan membaca walaupun Ramadhan berlalu dan masih berpeluang mempelajarinya cara membaca dan menghafal selagi nafas masih terasa.

Inilah yang saya ingin kongsikan dengan semua - Klik Sini
Hafaz Al-Quran 'MALAYSIAN WAY' dengan KAEDAH JIBRIL  yg diasaskan 
oleh Ustaz Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz
Klik Sini untuk Maklumat lanjut.


Wednesday, September 7, 2011

Happy Raya masih terasa lagi...



Assalamualaikum,

Walaupun dah hampir masuk 10 Shawal Amani sekeluarga mengucapakan Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Minal aidil walfaizin maaf zahir dan batin kepada semua teman-teman blogger semuga raya kali menghasilkan satu kemenangan untuk kita setelah melalui ramdhan yang penuh rahmat dan berkatnya. Agar kita Kembali fitrah dan berputiknya ibadah pada diri kita untuk kehidupan seharian dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Amani sekeluarga mengucapkan terima kasih atas sokongan teman-teman kerana memberi semangat untuk meneruskan liku-liku hidup yang dianugerahkan. Ucapan ini agak lewat kerana kesibukan menguruskan
rawatan adik yg agak kerap sejak dari Ramadhan lagi. Apa pun happy raya masih lagi terasa dan adik sentiasa tunggu duit raya dari kakak dan abang blogger he3..



Sunday, August 21, 2011

Doa dan terus berdoa ....




Berbakinya sedikit lagi Ramadhan di fasa ketiga  ini jom lah kita teruskan usaha kita hingga ke akhirnya, 'doa dan terus berdoa..amin'.
Kerana doa adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba yang dilakukan secara langsung dengan Allah s.w.t dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah. Allah s.w.t tidak suka kepada hambanya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Araaf ayat 55-56:

Maksudnya:" Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.

Ketika menjelaskan perkara yang sama, Salman al-Farisi meriwayatkan
bahawa nabi Muhammad s.a.w bersabda:

Mafhumnya:" Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan"
(Riwayat Tirmizi)

Berdasarkan peringatan Rasulullah s.a.w ini, ternyata kepada kita bahawa pengaruh doa itu amat hebat sehingga ia mampu mengubah takdir Allah dan alangkah hebatnya pengaruh amal kebajikan kerana ia dapat memanjangkan umur seseorang.

Kadangkala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi diyakini doa kita tidak dimakbulkan Allah s.w.t?. Seorang sahabat iaitu Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah s.a.w agar memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul, Menurut Ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

MAfhumnya:" Wahai sa'ad, makanlah makanan yang baik (lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doannya selama 40 hari. Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram maka nerakalah layaknya" (Hadith Riwayat Thabrani)

Adab-adab berdoa itu ialah:

Pertama : Suci dari hadas besar dan kecil,
Kedua : Menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan Surah Al-FAtihah, pujian kepada Allah serta selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Ketiga : Berdoa dengan ikhlas, suara yang perlahan, merendah diri, mengaku kesalahan dosa yang lalu, dan yakin Allah akan mengabulkan doa sama ada cepat atau lambat,
Keempat : Berdoa terus menerus sama ada semasa senang atau susah, dan tanpa putus asa
Kelima : Tidak melampaui batas ketika berdoa iaitu berdoa untuk meminta kebinasaan, mengakibatkan keburukan atau meninginkan kejahatan sehingga boleh memutuskan silaturahim, kerosakan harta benda dan kezaliman sesama sedara umat islam.

Akhirnya hayatilah mafhum hadith ini:"Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang yang berpuasa; kedua, doa pemerintah yang adil; dan ketiga doa orang yang dizalimi, dimana doa-doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi"
(Riwayat Tirmizi)

Sumber teks :sautul jumaat

Sunday, August 14, 2011

Bebas dari Sindrome


Alhamdulillah, berkat Ramadhan keputusan sampel darah adik menujukkan adik bebas sebarang sindrome. Setahun menanti untuk pengujian semula yang dilakukan oleh Dr.Ch'ng Geik (Doktor Genetik) ini juga merupakan kali kedua ujian yang agak lama. Sebelum ini penantian keputusan yang dihantar ke Australia juga turut membuat penantian yang agak lama dan keputusannya juga baik.

Namun Dr.Ch'ng  tak puas hati dan cuba memujuk abah dan ibu untuk pengujian semula. Perasaan abah dan ibu yang pada mulanya berat terpaksa akur juga akhirnya bagi memberi keyakinan kepadanya atas apa yang telah dilakukan.

"Itu hari ada check sample darah ye?" tanya Dr. Ken (Pakar Genetik) dalam sessi temujanji baru-baru nii.

"Bagaimana keputusanya doktor?" celah ibu.

"Ok..semua ok.. Amani free syndrome sekarang ok ha.." tambahnya lagi.

"Alhamdulillah..!"

Abah dan ibu cukup gembira bila mendengar penjelasan Dr.Ken. Apa yang boleh dikatakan, merasakan syukurnya kepada Allah s.w.t. Walaupun adik masih belum bertutur, sekurang-kurangnya ringanlah beban adik. Terima kasih juga kepada yang turut mendoakan adik. Semuga doa kalian mendapat ganjaran berganda dari Allah s.w.t. 


Monday, August 8, 2011

Jangan kuruskan pahala puasa


Semalam habis solat zohor berjamaah sempat dengar tazkirah ringkas dari Imam. Dalam masa singkat itu banyak juga perkara tentang ibadah puasa disampaikan diantaranya jangan 'kuruskan pahala puasa kita.'

Korang tau tak..? pahala puasa kita boleh berkurangan lantas kosong kantungnya disebabkan diri kita sendiri, malah apa yang kita dapat sekadar rasa lapar dan dahaga semata-mata.

Sebenarnya pahala bagi orang yang berpuasa ini sangat besar dan hebat tapi akan menjadi kurus atau berkurangan jika tidak dijaga dengan baik.

Apa puncanya?

Pertama-Mata
Tidak menjaga pandangan mata dari melihat perkara-perkara yang tidak manafaat pada diri dan terankatnya nafsu ketika berpuasa.

Kedua-Telinga
Mendengar perkara-perkara tidak baik, perkara umpat atau mendengar lagu yang tidak kepada puji-pujian ilahi. Banyakkan mendengar perkara berilmu seperti ceramah-ceramah agama.

Ketiga-Mulut
Mulut bebas mengeluarkan kata-kata yang tidak baik serta mengumpat. Berzikir lebih baik untuk mengekalkan pahala.

Keempat-Angota lain
Tidak menjaga aurat diri dengan baik (lelaki dan wanita).

Lain-lain
Melakukan perkara yang diharamkan diantaranya merokok yang tidak menyumberkan kepada kesihatan.

"Ya Allah jadikanlah puasa ku dan umat Islam penuh dengan pahala keberkatan-Mu"

Saturday, August 6, 2011

5 Bonus Khas Ramadhan



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa salam bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu :

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2. Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan didunia dan di akhirat)

4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5. Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda Sallallahu 'alaihi wa salam : "Ya, Rasullullah, apakah itu berlaku pada Lailatulqadar?" Baginda menjawap : "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya." (HR Ahmad)

Friday, August 5, 2011

Beristighfarlah.....


Maksudnya:  
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
Hadis Nabi:
 “Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)
Kesibukan seharian kita kadang kala perkataan yang mudah ini sukar sangat untuk terucap dimulut kita walhal ia teramat baik untuk kita. Namun tahukah kita dengan beristighfar, ia sebenarnya menjadi perisai dari segala godaan syaitan yang sentiasa meruntum hawa nafsu supaya manusia terus melakukan dosa.

Ulama salaf Ibnu Jauzi menjelaskan:
"Sesungguhnya Iblis berkata, aku membinasakan anak adam dengan dosa-dosa. Mereka membinasakan ku dengan istighfar dan dengan kalimah laillaha illallah. Maka ketika aku melihat mereka di antara mereka seperti itu, aku pun menyelusup pada diri mereka hawa nafsu. Sehingga mereka berdosa dan tidak memohon ampun kerana menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya."

Justeru seorang lagi ulama salaf Rabi' bin Khutsam berkata: 
Memohonlah dengan sesungguh-sungguhnya kepada Rabb(Tuhan) kamu,dan berdoalah kepadanya disaat lapang. Sebab Allah berfirman 
"Barang siapa berdoa kepada ku dimasa lapang, Aku akan kabulkan doannya di saat sempit. Barang siapa meminta kepada ku, maka Aku akan memberinya, barang siapa tawaduk (merendah diri) kepada ku, Aku akan mengangkatnya. Barang siapa mengabdikan dirinya untuk ku Aku akan merahmatinya. Dan barang siapa akan memohon keampunan kepada ku, Aku akan mengampuninya."

Insyaallah beristighfar dan berdoalah...kita.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan

kredit- zahryn-books
Bismillahirahmanirahim, Selamat melayari Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah subuh ni semua axcited nak bangun sahurkan, maklumlah hari pertama ye tak...? Harap-harap begitulah..! Bila dah mula pose ni tersangatlah seronoknya rasa damai jer..tambah-tambah lagi dengan asap rokok yang tak mengira tempat ada aje baunya. Harap kepada perokok dapat manafaatkan bulan ini untuk berhenti dan pastikan  budget tu diganti dengan budget amal. Bila dah mula pose ni teringat la pulak zaman 70an ketika itu bila mula je pose ni berkumandanglah lagu2 irama padang pasir  yang disampaikan oleh El- Suraya  (Cipt. Prof. H. Ahmad Baqi) korang boleh dengar dan hayatilah sendiri ye..


Ramadhan bulan yang suci
Rahmat berlimpah dari Ilahi
Banyakkan 'amal di bulan ini
Wajah Muslimin selalu berseri

Pintu syurga Tuhan bukakan
Pintu neraka Ia tutupkan
Dirantai hina segala syaithan
Ikhlas ibadat kepada Tuhan

Di bulan ini turunnya Quran
Lailatul qadar harus dicari
'Amalmu dia seribu bulan
Jalangan lalaikan setiap diri

Hikmah puasa alangkah indahnya
Ingatlah nasib ummat sengsara
Zakat fitrahj tunaikan segera
Bersihlah diri orang berpuasa

Reff
Ramadhan bulan yang suci
Rahmat berlimpah dari Ilahi
Banyakkan 'amal di bulan ini
Wajah Muslimin selalu berseri

Friday, July 29, 2011

7 amalan sunnah

Bismillahirahmanirahim,

Jom kita lakarkan dan praktiskan dalam diri kita dengan menghidupkan sunnah Rasulullah dengan kasihnya kita kepada kekasih Allah ini. Di garis mulanya Ramadhan ini yang penuh rahmat lagi barakah agar ia berterusan sehingga akhir hayat nanti dengan 7 amalan sunnahnya ini yang ku petik dari suara hati ibu.

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, anda tidak rugi sedikitpun, tidak perlu kredit kepada blog ini dan tidak perlu backlink..cukup sekadar sebarkan, dan menjadi manfaat pada semua 

Friday, July 22, 2011

Hayati ruang dan peluang



Salam sejahtera,

Hanya tinggal beberapa hari saje lagi kita akan melangkah ke bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Bagi yang belum ganti pose tu sempat lagi kalau nak ganti, nak bayar fidyah bayar la cepat sebelum berganda cik ooii.. Semuga dengan harapan kita disempatkan bersama ramadhan ini dan ramadhan-ramadhan akan datang.

Ramai juga insan-insan tidak berpeluang mengiringi bulan rahmat ini apabila dijemput kembali oleh Allah s.w.t sebelum tibanya. Tamatlah ruang dan peluangnya untuk terus beramal didunia. Bagi yang pergi penuh dengan amal bahagia la mereka, bagi yang sebaliknya air matanya berhamburan di alam sana menyesal tidak berguna.

Seperti yang diceritakan oleh Ali kepada kumail ketika melalui perkuburan kata kumail:

"Saya bersama Ali telah berjalan ke arah padang pasir pada suatu hari Ali telah mendekati tanah perkuburan yang terdapat di situ sambil berkata 'wahai kamu yang menghuni di tempat yang sunyi ini! Bagaimana keadaan kamu di dunia sana? Setahu kami segala harta pusaka peninggalanmu telah habis dibahagi-bahagikan, anak-anak kamu telah menjadi yatim dan janda-janda yang kamu tinggalkan telah pun berkahwin semula. Sekarang ceritakan sedikit darihal diri kamu. kemudian sambil menoleh kepada saya dia berkata:

'Ya Kumail! seandai mereka boleh bercakap sudah tentu mereka akan mengatakan yang sebaik-baik bekalan ialah takwa' air mata berhamburan dari kedua matanya. katanya lagi: 'Ya Kumail perkuburan merupakan tempat menyimpan segala jenis perbuatan manusia. Tetapi kita menyedari hakikatnya ini hanya selepas memasukinya'.

Setiap manusia akan menemui perbuatan-perbuatannya itu. Perbuatan yang baik itu akan berupa seorang manusia yang akan menjadi sahabatnya dan penawar hatinya. Sebaliknya kejahatan-kejahatannya akan berupa seekor binatang huduh yang mengeluarkan bau yang busuk dan menambah kesensaraan.

Oleh itu sempena hadirnya ramadhan ini marilah kita sama-sama merebut ruang dan peluang mendalami dan meningkatkan amal kebaikan.

p/s: Biar hidup lama dengan baik amalnya, jangan hidup lebih lama buruk perlakuanya. wallahualam.
[petikan kisah kitab Fadhail Amal]


Sunday, July 17, 2011

Operate lagi..

Salam buat teman-teman,

Baru-baru nie adik telah pun mengisi masanya dengan temujanji di klinik pakar ortho. Hasil dari pertemuan tersebut Dr.Azlian (seorang pakar tulang) telah memutuskan adik untuk buat pembedahan sekali lagi pada kakinya.

'Tergamam kami sekejap bila mendengar keputusan doktor'.

Mengikut lapuran doktor adik perlu buat pembedahan 'splatt' yang bertujuan untuk membetulkan posisi kedudukan tapak kakinya. Ketika itu kami dah bayangkan keadaan adik selepas pembedahan pasti menangis kesakitan, tak tidur malamnya, itulah yang dialami dalam pembedahan pertama dahulu.

Apa pun kami redha sekiranya usaha itu demi kebaikan adik walaupun keputusan yang dibuat doktor agak singkat buat kami fikirkan. Macam organg putih cakap 'on the spot' begitu lah lebih kurang.

Hari minggu pagi lagi pihak hospital membuat panggilan mengingatkan kami untuk daftar adik. Di Wad KK7 sekali lagi akan menerima adik sebagai tetamunya dimana sebelum ini adik pernah menghuni buat pembedahan pertamanya.

Kami pergi buat pendaftaran seperti biasa selepas panggilan peringatan diterima.

"Harap-harap dapat tempat lama lah.. senang pujuk adik sebab dia suka tengok lampu Menara KL waktu malam" itu harapan ibu. Tapi harapan itu tak tepat kami diberi katil baru. 

Keadaan adik sehari sebelum pembedahan agak baik tapi tak duduk diam dalam wad ke hulu ke hilir meninjau orang konon tapi sugul sedikit di waktu petangnya bila adik mula mengisyarat kata-kata "go..go..go.." perkataan tersebut menunjukkan dia dah mula bosan untuk ajak pulang. Kami terpaksa melayannya hingga adik tertidur dan 
akhirnya adik terpaksa ditinggalkan juga dengan ditemani ibu.

Pagi Isnin kami dah sampai sekali lagi kami rasa kesian lak kat adik kerana dia minta makan dan minum. Tak boleh tahan kot sebab orang lain dapat makanan. Adik sebenar tak makan sejak malam lagi.

"mana boleh lagi, adik puasa tunggu allahuakbar baru boleh ye.." pujuk akak-akaknya.

Adik sememamg tak boleh makan atau minum selagi pembedahan belum bermula. Adik terpaksa menunggu lama kali ni kerana patient pertama belum selesai lagi. Berbanding tahun lalu agak awal sikit.

Lebih kurang jam satu tengahari baru adik masuk ke wad bedah setelah menungu beberapa jam.  Selama dua jam lebih di bilik bedah baru lah adik keluar. 

"alhamdulillah tak lama sangat berbanding yang lepas" sambil menerpa kepada adik yang sedang baring atas troli.

Keadaan adik baik tapi masih mamai ketika itu  diselangi dengan rengekkan kerana sakit. Malam keadaan adik hanya allah yang tahu renggekkan agak kuat dan kerap mengadu sakit "ma..ma kit..kit." diselang dengan gaya minta dibuka semula balutan simen (POP) yang telah dipasang pada kakinya.

"mana boleh buka nanti doktor marah" jelas ibu. Namun jeritannya bertambah kuat setelah penjelasan ibu.

Dua hari dua malam adik merenggek kesakitan sekali sekala menjerit hingga satu wad kedengaran jeritannya, tak lalu kami melihat keadaan adik..Ibu turut tak tidur melayan kerenah adik. Hanya ubat tahan sakit menjadi solusi kami selain memanggil jururawat dan doktor itu pun tak meredakan adu sakitnya.

"Adik cakap cam ni ye nanti allah tolong adik.. allah tolong adik" kata abah dan ibu. Lalu adik angkat tangan berdoa  lalu sebut

" allah akit" sambil nangis. sebak rasa kami melihat dia begitu

"siannya aku lihat adik..!"

 Syukur alhamdulillah, hari rabu kesakitan adik mula reda dan kami dibenarkan pulang.



Friday, July 8, 2011

Selamat pengantin baru 'Kak Izzah'

Salam sume,


Hari minggu yang lepas adik sekeluarga telah menunaikan jemputan kenduri kahwin kak Izzah di rumahnya Sek 17, Shah Alam. Siapa dia? sebenarnya kak Izzah ni salah seorang juruterapi adik di unit OCC Hospital Sg.Buloh.
Dah kak Izzah jemput kita orang pergi ler.. ye tak? Bila lagi nak perkena nasi beriani kenduri kak Izzah.. ini la masanya. Hussh.. berseri-seri kak Izzah bila berpakaian pengantin, "semuga bahgia ke akhir hayat la kak Izzah..! jangan sampai lupa nak terapi adik lagi dah ler..."


Inilah kak Izzah dan suaminya, adik tumpang sekaki je..bila  dipanggil.
Hai cepatnya tukar pakaian.. hehe sebenarnya  yang ni kembar kak Izzah, ada serupa tak?
Diantara terapi yang dilakukan:
Berenang dalam kolam bola-bola warna sambil buat gerak kerja.
Wah syoknya adik bila puteri-puteri OCC dok membelai..
aduhaii..yg nie memang adik rasa cuak sedikit..
"terima kasih la kak Izzah and the team" lepas terapi la ni.

Tuesday, June 28, 2011

Disebalik 27 Rejab


Apa perkara istimewa disebalik 27 Rejab? Satu peristiwa menarik yg menjadi pegajaran untuk kita.
Bulan Rejab memperingatkan kita dengan satu peristiwa bersejarah yang dilalui oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.; satu peristiwa yang menguji keyakinan umat Islam terhadap terhadap Risalah Kenabian Baginda Rasulullah s.a.w.

Allah SWT telah menunjukkan rasa kasih-Nya kepada Baginda Rasulullah s.a.w. melalui Peristiwa Isra' dan mi'raj setelah berbagai kesukaran dan halangan yang dialami oleh Baginda dalam usahanya menyampaikan Risalah Islam kepada umat manusia. Suatu ketika Baginda telah dipulaukan oleh kaumnya, Baginda juga telah diuji dengan kehilangan orang yang disayanginya, bahkan Baginda juga telah dicederakan dan dilukai oleh orang-orang yang memusuhinya. Rentetan daripada ujian-ujian inilah maka Anugerah Kemuliaan telah diberikan oleh Allah SWT kepada Baginda melalui Peristiwa Isra' dan mi'raj.

Isra' dan mi'raj merupakan satu perjalanan yang telah mempertemukan Baginda dengan Para Anbia' di sepanjang perjalanannya sehinggalah akhirnya Baginda telah diperkenankan bertemu dengan Allah SWT untuk menerima kefardhuan solat lima waktu sehari semalam. Selain daripada itu Isra' dan mi'raj ini juga telah memaparkan banyak peristiwa kepada kita tentang gambaran nikmat dan azab kehidupan selepas kematian; gambaran nikmat orang-orang yang beriman dan gambaran balasan azab yang dirasai oleh orang-orang yang ingkar dan berbuat maksiat kepada Allah SWT. Ke semua ini telah dipertontonkan kepada Rasulullah s.a.w. dan telah diperjelaskan oleh Malaikat Jibril a.s. yang mengiringi perjalanan Isra' dan mi'raj Baginda Rasulullah s.a.w.

Antara gambaran azab siksaan yang telah dipertontonkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. di sepanjang pengembaraan Malam Isra' dan mi'raj ialah;

1- Peristiwa sekumpulan manusia yang menghentak kepala mereka ke batu. Ini adalah gambaran orang-orang yang lalai mengerjakan solat.
2- Peristiwa sekumpulan manusia yang memakan tumbuh-tumbuhan berduri. Ini pula merupakan gambaran mengenai orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat.
3- Peristiwa sekumpulan manusia yang memakan daging busuk sedangkan di tangannya ada daging yang baik. Ini pula adalah gambaran orang-orang yang melakukan perbuatan zina.
4- Peristiwa sekumpulan manusia yang meletakkan bebanan demi bebanan di atas belakangnya sedangkan dia sudah tidak mampu lagi untuk memikulnya. Inilah gambaran orang-orang yang tidak layak memegang sesuatu amanah tetapi sanggup mengambil amanah tersebut sedangkan dia tidak mampu untuk melaksanakannya.
5- Peristiwa sekumpulan manusia yang berenang di dalam lautan darah sedangkan mulutnya diisi dan dipenuhi dengan batu. Inilah gambaran orang yang memakan riba.
6- Peristiwa yang tidak kurang dahsyatnya juga ialah mengenai sekumpulan manusia yang mencakar-cakar wajah mereka dengan kuku yang tajam, kemudian mereka mengambil cebisan daging mereka sendiri dan memakannya, kemudian mereka pula mengambil daging orang lain yang berbau busuk lalu memakan daging tersebut. Inilah gambaran orang-orang yang mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain.
Selain daripada gambaran-gambaran yang telah disebutkan, terdapat banyak lagi peristiwa yang telah dipertontonkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. pada malam tersebut. Ada peristiwa yang baik dan tidak kurang pula peristiwa yang amat menakutkan.

Sesungguhnya peristiwa yang telah dipertontonkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. pada Malam Isra' dan mi'raj sebenarnya adalah sebagai peringatan kepada umat Islam agar menghindarkan diri mereka daripada
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan juga rasul-Nya.

Sebagai seorang hamba, kita sewajarnya merasa takut dengan ancaman-ancaman yang telah ditunjukkkan lantas menjadikan kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Sekalipun kita tidak pernah diberikan peluang untuk melihat sendiri peristiwa-peristiwa tersebut, namun sewajarnya kita meyakini bahawa setiap perkara yang dikhabarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. adalah benar ke semuanya.

Muslimin/Muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Apa yang berlaku pada sebahagian masyarakat kita hari ini seolah-olah tidak mengambil peduli dengan peringatan-peringatan daripada Peristiwa Isra' dan mi'raj. Sebilangan masyarakat Islam kini sudah merasa selesa walaupun sering meninggalkan solat yang telah difardhukan ke atas mereka. Sebahagian yang lain pula sentiasa sibuk dengan urusan-urusan perniagaan dan urusanurusan kerja ketika mana umat Islam yang lain sentiasa patuh mengerjakan tuntutan solat.

Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 59;

Maksudnya: "Maka datanglah sesudah mereka, keturunan-keturunan yang melalaikan solat dan menurut hawa nafsu, maka mereka bakal menghadapi azab (di dalam neraka)".

Muslimin/Muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Pada hari ini semakin berleluasanya perbuatan maksiat yang berlaku dalam masyarakat kita, malah sukar untuk dibendung. Perbuatan zina, pelacuran, rogol dan lain-lain lagi telah acap kali didedahkan dalam akhbarakhbar.
Perbuatan-perbuatan terkutuk ini yang melibatkan umat Islam baik yang muda mahupun yang tua, baik yang telah bersuami isteri apatah lagi yang muda remaja. Kenapakah mereka sanggup meratah daging yang busuk dan menjijikkan selama-lamanya di hari akhirat kelak hanya untuk memuaskan keinginan nafsu yang sementara di dunia ini?. Apa yang nyata, orang-orang seperti ini sebenarnya tidak pernah mengambil peduli tentang segala bentuk ancaman yang datang daripada Allah SWT disebabkan nafsu serakah yang telah menguasai diri mereka.

Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raaf ayat 179 :

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakannya daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti ke Esaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".

Muslimin/Muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Salah satu daripada sifat mazmumah yang wujud di dalam diri manusia ialah sifat hasad dan dengki. Sifat mazmumah ini wujud kerana sikap manusia itu sendiri yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang telah dimilikinya dan merasa irihati dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Akibatnya berlakulah perbuatan umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah, caci-mencaci dan seumpamanya. Oleh kerana itulah Allah SWT telah memberikan peringatan lebih awal dengan menyediakan azab siksaan yang berlipat kali ganda banyaknya sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam Peristiwa Isra' dan mi'raj. Dalam hal yang sama, Allah SWT juga telah memberi peringatan melalui Firman-Nya dalam surah Qaaf ayat 18 :

Maksudnya: "Tiada sebarang perkataan yang dilafazkan-Nya (atau perbuatan yang dilakukan-Nya) melainkan ada di sisi-Nya Malaikat Pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)".

Perbuatan mengumpat dan memfitnah ini sebenarnya memberikan kesan yang sangat buruk kepada penyatuan umat Islam. Masyarakat boleh menjadi kucar-kacir, berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri hanya disebabkan oleh Lidah Yang Tidak Bertulang. Di dalam zaman yang serba moden pada hari ini, perbuatan mengumpat dan memfitnah bukan sahaja berlaku melalui lidah manusia, bahkan ianya juga berlaku secara berleluasa melalui penulisan sama ada di dalam akhbar, majalah, bahkan juga melalui sebaran internet. Ruangan-ruangan komentar, forum dan sebagainya dijadikan sebagai medan untuk melepaskan perasaan geram dan dendam yang terbuku di dalam hati. Tanpa kita sedari, perbuatan-perbuatan seperti ini sebenarnya telah mengembang-biakkan lagi sifat hasad-dengki di kalangan sesama umat manusia.

Perbuatan seperti ini mestilah dibendung sebelum ianya menjadi barah yang akan membinasakan keharmonian hidup manusia. Mereka harus dididik dan diberikan kesedaran serta peringatan tentang ancaman-ancaman Allah SWT ke atas mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan keji ini. Mudah-mudahan dengan peringatan ini, manusia akan kembali menginsafi kesilapan mereka dan mengubah tatacara kehidupan ke arah yang diredhai oleh Allah SWT.

Muslimin/Muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Sesungguhnya setiap perkara yang datang daripada Allah SWT itu mempunyai maksud dan tujuannya yang tersendiri. Walau apapun maksud dan tujuan tersebut, kita yakin bahawa ke semuanya adalah untuk kebaikan makhluk ciptaan-Nya yang wujud di alam ini terutamanya umat manusia. Maka begitulah juga keadaannya dengan apa yang telah digambarkan dalam Peristiwa Isra' dan mi'raj. Sesungguhnya apa yang telah ditunjukkan oleh Allah SWT kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan umatnya ini seharusnya memberikan keinsafan kepada kita agar sentiasa berusaha memperbaiki diri pada setiap masa sebelum tibanya hari yang telah dijanjikan oleh Allah SWT; hari yang tiada manfaat baginya harta dan juga anak-pinak; hari yang tiada penaung bagi setiap insan melainkan naungan Allah SWT, iaitu hari perhitungan di Padang Mahsyar.

Maksudnya: "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali (harta benda dan anak - pinak) orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (daripada syirik dan penyakit nifaq)".

(Asy-Syu'araa' : 88 - 89)

Kredit ekhutbah Jais.

Friday, June 24, 2011

Disyaki demam denggi


Bismillahirahmanirahin..

Bila citer pasal denggi ni semua orang dah sedia tahu gejala ini bukan suatu pekara baru malah dah bertahun dan tersangat la bahayanya kalau dipandang enteng. Tapi kenapa Kawasan bandar menjadi tumpuan besar bagi gejala ini?  kenapa la agaknya ye..? Kalau nak dikirakan kat kg lagi banyak nyamuk dan tempat biak nyamuk pun banyak malah kat pokok-pokok pun penyumbang biaknya nyamuk tapi tak ramai dengar org kg kena denggi. Mungkin org kampung tertip dalam menjalani hidup kot, sampah boleh dibakar, waktu senja mereka berada di rumah berbanding dibandar ni. Sebab nyamuk aedes ni setahu aku paling aktif ketika senja je.

Nak jadikan citer minggu lepas adik dah kena demam dan disuspect denggi pulak tu. Apa lagi macam-macam ubat diusahakan untuk mengawal keadaannya. Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah adik dah mula sihat selepas seminggu demam tapi rawatan tetap berterusan atas arahan Pegawai Perubatan KK Sg. Buloh. Pada mulanya badan adik demam biasa je..lalu kami bawa adik jumpa dengan Dr.Zana seorang doktor klinik panel tempat kerja abah. Dr.Zana hanya melakukan rawatan biasa dan bekalkan ubat. Bagaimanpun Dr.Zana berpesan agar pergi ke  hospital jika keadaan adik tidak kurang.

Dalam tempoh dua hari tu badan adik sekejap kebah sekejap lagi kang panas. Bimbang akan keadaannya kami buat keputusan sepertimana nasihat Dr.zana lalu malam minggu juga kami bawa adik ke unit kecemasan Sg.Buloh untuk pemeriksaan lanjut bagi mendapatkan kepastian dan mengharapkan agar doktor dapat bantu masukkan air ke badan adik kerana badannya agak kering kerana adik tak mahu minum air banyak dan tak selera makan. Namun sekali lagi kami hanya dapat rawatan biasa serta ubat-ubatan lalu diarahkan pulang dengan pesanan lagi agar datang semula pada hari Isnin untuk pemeriksaan darah di KK sg.Buloh. Dalam fikiran kami dah terbayangkan betapa susahnya untuk rawatan di KK, bukan susah apa..? susah menunggu lama disebabkan ramai sangat pesakit. Namun kami akur sahaja dengan arahan Pegawai Perubatan tersebut. 

"Semua datang hari ini pasal demam, dah 70 kes semuanya demam sahaja"
Doktor sempat memaklumkan kepada kami sebelum kami beredar.

Pagi Isnin kami teruskan lagi rawatan demi kesihatannya adik. Biasalah kalau klinik gomen ni sememangnya ramai pesakit yg datang pastu menunggu lama dah jadi sebahagian situasi mana-mana kk. 
"Pergi la mana-mana pun klinik kesihatan itulah senarionya."
Sape pernah pergi pasti tahu akan situasi itu. nak Selesai bukan pekara mudah banyak step perlu tempuh baru boleh balik.
Kalau nak tahu begini proses rawatan adik,agak-agak rasanya sanggup tak korang. Sanggup atau tidak inilah pekara yang perlu diharungi ketika di klinik gomen.

Step 1 - sampai dalam jam 8:20am ambil no.giliran untuk daftar (hampir sejam)
Step 2 - selepas daftar dapatkan no.giliran tunggu lagi untuk jumpa doktor, selepas pemeriksaan, doktor bagi surat untuk ambil darah pulak (hampir sejam lebih menunggu)
Step 3 - Hantar borang ke bilik ambil darah dapatkan lagi no.giliran untuk ambil darah.(20-30minit)
Step 4 - selesai ambil darah kena hantar ke makmal pulak ambil no giliran lagi untuk tunggu keputusan darah. (20-30minit)
Step 5 - Hantar keputusan darah kepada doktor untuk semakkan.(10minit) dengan lapuran ini adik disyaki demam denggi.
Step 6 - Doktor arahkan untuk periksa suhu badan dan timbang.(10minit)
Step 7 - Kami masuk semula ke bilik doktor untuk hantar keputusan dan terima arahan untuk esoknya pula(10minit) 
Step 8 - hantar slip dan tunggu ambil ubat(hampir 45minit)
Step 9 - Selesai hampir jam 1:00 tgh

Beginilah proses adik selama empat hari di Klinik Kesihatan Sg.Buloh terpaksa mengulangi pekara yang sama setiap hari. Kesiannya tiap-tiap hari tangan adik kena cucuk untuk ambil darah. Ditambah pula rawatan adik serentak dengan program temujanjinya di klinik Rehab, fisiotrapi Sg.Buloh dan Otorpedik HKL apa lagi terkejar-kejar la mak cik pakcik ni.
Apa pun Kerana mu kekasih hati.., Kami teguhkan semangat demi untuk adik serta laksanakan amanah dan hayati ujian Allah.s.w.t subhanallah...

p/s: Kesihatan kita ni sesangat la penting untuk kita hatta dari lahir lagi Allah s.w.t telah bekalkan untuk kita ketika hidup. Namun begitu tak sape-sape pun diantara kita yang mampu menjamin dirinya akan sentiasa bebas dari penyakit paling kurang pun demam, batuk atau selsema pasti hadir dalam dirinya.

Friday, June 17, 2011

Jangan benci bapa


DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa.

Islam melarang keras setiap anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah s.w.t di akhirat kelak.

Oleh itu setiap anak-anak harus mengenang jasa-jasa ibu dan bapa mereka, bayangkan sebesar dua jari ibunya telapak kakinya dijaga hinggalah boleh melalui kehidupan sendiri. Malah ada yang jauh lebih senang hidupnya berbanding ibu dan bapanya sendiri. wallahualam. 

"Adik sesangat sayang ibu, abah dan kakak"

Sumber hadis: Jakim

Friday, June 10, 2011

OKU sendirian diusia emas


Dicuti sekolah ni, adik dan keluarga berkesempatan menziarah nenek-nenek dikampung dan seorang nenek oku yang sendirian. Semuga ziarah kami terubatlah sedikit kesepiannya mereka.

Bila citer bab sendirian, pernah tak anda merasai bagaimana jika anda bersendirian? tidak sekejap, sehari juga tidak, tapi setiap hari. Apa perasaan anda?

Mungkin sendirian diusia bertenaga tidak menghairankan. Tapi Bagaimana jika anda diusia emas dan diiringi dengan kelainan upaya? 


Pekara ini tidak mungkin kita mampu jelaskan kerana kita tidak mengalaminya. 

Namun ada insan dan oku pula yang mengalami masalah fizikal pada kaki, tangan dan pendengaran ini merasainya dengan hidup sendirian.. tanpa suami yang telah dijemput ilahi dan tanpa anaknya yang telah lama bersuami jarang mengunjungi. Hidupnya mengharapkan keperihatinan jiran tetangga yang bersimpati.

Hati kami tergerak untuk menziarahnya dan ketika menghampirinya terukir satu senyuman yang kami lihat bukan senyuman biasa. Disitu mengambarkan insan ini mengharapkan sesuatu yang  mungkin mengharapkan sedikit keriangan walaupun seketika. 

Semuga Allah s.w.t melapangkan dan mengembirakan kehidupan opah-opah adik dan nenek oku ini dan semua insan senasib dengan adik. 

Kerana kita pun tak pasti bagaimana anak-anak zaman kita ini yang sibuk mengejar $$$$.. dapat meriangkan kita satu hati kelak.

ketika adik bersalaman, peluk ciumnya dia kat adik, senyuman lebar terukir sambil berkata "dia anak kamu? sian dia...sian dia "melihat kesamaan kekurangan pada diri dengan berlinang air dimatanya.
Beginilah keadaan nenek OKU mengisi masanya.
Di teratak kecil inilah nenek OKUsendirian tanpa kemana-mana 


Friday, June 3, 2011

Pakej Bulan Allah


Ahlan Wa Sahlan,
Nak di kaborkan kat sini ada promosi terhebat dalam bulan Rejab ni, bermula 1 Rejab dan akan tamat 30 Rejab. Sape-sape yang nak  labur boleh le melabur dengan pakej-pakej pulangan yang menarik. Sape-sape yang  terlambat kena tunggu tahun depan la pulak itu pun kalau ada heheheh.... Macam promoter le pulak dah.. apa pun aku cuma nak promosikan pada diri aku sendiri, keluarga, sedara mara dan teman-teman yang berminat, yang tak berminat tak ler nak wat ape. zessss...layan.

Diantara pelaburan dan ganjaran di bulan Rejab,
Bulan Rejab adalah bulan Allah s.w.t. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. 
Diriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH s.w.t, maka:” 

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH s.w.t 
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa 
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH s.w.t akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah s.w.t..InsyaAllah 
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga 
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH s.w.t akan mengampuni dosa-dosanya telah lalu yang  dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH s.w.t akan menambahkan pahalanya.” 

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu 
kejahatan. 

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. 

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi yang putih yang penuh dengan 
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan 
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. 

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: 
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, 
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) 

Sabda Rasulullah s.aw. lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini.” 

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH s.w.t, lalu ALLAH s.w.t meringankan atas mereka.” 

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH s.w.t, kecuali ALLAH s.w.t mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.” 

Wallahualam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...