Friday, June 10, 2011

OKU sendirian diusia emas


Dicuti sekolah ni, adik dan keluarga berkesempatan menziarah nenek-nenek dikampung dan seorang nenek oku yang sendirian. Semuga ziarah kami terubatlah sedikit kesepiannya mereka.

Bila citer bab sendirian, pernah tak anda merasai bagaimana jika anda bersendirian? tidak sekejap, sehari juga tidak, tapi setiap hari. Apa perasaan anda?

Mungkin sendirian diusia bertenaga tidak menghairankan. Tapi Bagaimana jika anda diusia emas dan diiringi dengan kelainan upaya? 


Pekara ini tidak mungkin kita mampu jelaskan kerana kita tidak mengalaminya. 

Namun ada insan dan oku pula yang mengalami masalah fizikal pada kaki, tangan dan pendengaran ini merasainya dengan hidup sendirian.. tanpa suami yang telah dijemput ilahi dan tanpa anaknya yang telah lama bersuami jarang mengunjungi. Hidupnya mengharapkan keperihatinan jiran tetangga yang bersimpati.

Hati kami tergerak untuk menziarahnya dan ketika menghampirinya terukir satu senyuman yang kami lihat bukan senyuman biasa. Disitu mengambarkan insan ini mengharapkan sesuatu yang  mungkin mengharapkan sedikit keriangan walaupun seketika. 

Semuga Allah s.w.t melapangkan dan mengembirakan kehidupan opah-opah adik dan nenek oku ini dan semua insan senasib dengan adik. 

Kerana kita pun tak pasti bagaimana anak-anak zaman kita ini yang sibuk mengejar $$$$.. dapat meriangkan kita satu hati kelak.

ketika adik bersalaman, peluk ciumnya dia kat adik, senyuman lebar terukir sambil berkata "dia anak kamu? sian dia...sian dia "melihat kesamaan kekurangan pada diri dengan berlinang air dimatanya.
Beginilah keadaan nenek OKU mengisi masanya.
Di teratak kecil inilah nenek OKUsendirian tanpa kemana-mana 


13 comments:

  1. smoga nenek tu diberi kesihatan y baik dan dpt menjalani kehidupan mcm orng ramai...

    diusia cmtu die xptt dibiarkan bersendirian..emmm

    ReplyDelete
  2. betui tu nonie sama2 lah kita doakan dan jadikan panduan utk kita tidak pinggirkan warga emas kita jika ada apatah lagi insan emas oku.

    ReplyDelete
  3. assalam..

    ya Allah berilah kesejahteraan pd nenek itu, perliharalah dia dlm lindunganMu

    rasa terharu..

    ReplyDelete
  4. waalaikumusalam, harap2 semua insan2 istimewa dpt diberi perhatian

    ReplyDelete
  5. semoga org2 tua yg masih hidup ataupun sudah pergi,dirahmatiNya didunia dan diakhirat.aminn

    ReplyDelete
  6. Betui tu aizat, harap kita sentiasa doakan kesejahteraan insan2 usia emas ni, sbb kita pun satu hari nanti akan melaluinya jika dizinkan Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  7. mana anak anak lain?
    zzz.kesian.da tua di biar mcm tu.
    semoga nenek tu terus tabah.

    hai amani ;)

    ReplyDelete
  8. syafiqakarim - nenek ni cuma ada sorang anak perempuan aje.. takde anak lain.

    ReplyDelete
  9. terima kasih amir aizat sudi komen, semuga sifat kasih syg kita subur.

    ReplyDelete
  10. terharunya hati bila membaca kisah nenek ini...di mana kampung tu?....

    ReplyDelete
  11. khairul - terima kasih sudi komen, kg nenek ni kat kg baru setiawan Perak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...