Bismillahirahmanirahin..
Bila citer pasal denggi ni semua orang dah sedia tahu gejala ini bukan suatu pekara baru malah dah bertahun dan tersangat la bahayanya kalau dipandang enteng. Tapi kenapa Kawasan bandar menjadi tumpuan besar bagi gejala ini? kenapa la agaknya ye..? Kalau nak dikirakan kat kg lagi banyak nyamuk dan tempat biak nyamuk pun banyak malah kat pokok-pokok pun penyumbang biaknya nyamuk tapi tak ramai dengar org kg kena denggi. Mungkin org kampung tertip dalam menjalani hidup kot, sampah boleh dibakar, waktu senja mereka berada di rumah berbanding dibandar ni. Sebab nyamuk aedes ni setahu aku paling aktif ketika senja je.
Nak jadikan citer minggu lepas adik dah kena demam dan disuspect denggi pulak tu. Apa lagi macam-macam ubat diusahakan untuk mengawal keadaannya. Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah adik dah mula sihat selepas seminggu demam tapi rawatan tetap berterusan atas arahan Pegawai Perubatan KK Sg. Buloh. Pada mulanya badan adik demam biasa je..lalu kami bawa adik jumpa dengan Dr.Zana seorang doktor klinik panel tempat kerja abah. Dr.Zana hanya melakukan rawatan biasa dan bekalkan ubat. Bagaimanpun Dr.Zana berpesan agar pergi ke hospital jika keadaan adik tidak kurang.
Dalam tempoh dua hari tu badan adik sekejap kebah sekejap lagi kang panas. Bimbang akan keadaannya kami buat keputusan sepertimana nasihat Dr.zana lalu malam minggu juga kami bawa adik ke unit kecemasan Sg.Buloh untuk pemeriksaan lanjut bagi mendapatkan kepastian dan mengharapkan agar doktor dapat bantu masukkan air ke badan adik kerana badannya agak kering kerana adik tak mahu minum air banyak dan tak selera makan. Namun sekali lagi kami hanya dapat rawatan biasa serta ubat-ubatan lalu diarahkan pulang dengan pesanan lagi agar datang semula pada hari Isnin untuk pemeriksaan darah di KK sg.Buloh. Dalam fikiran kami dah terbayangkan betapa susahnya untuk rawatan di KK, bukan susah apa..? susah menunggu lama disebabkan ramai sangat pesakit. Namun kami akur sahaja dengan arahan Pegawai Perubatan tersebut.
"Semua datang hari ini pasal demam, dah 70 kes semuanya demam sahaja"
Doktor sempat memaklumkan kepada kami sebelum kami beredar.
Pagi Isnin kami teruskan lagi rawatan demi kesihatannya adik. Biasalah kalau klinik gomen ni sememangnya ramai pesakit yg datang pastu menunggu lama dah jadi sebahagian situasi mana-mana kk.
"Pergi la mana-mana pun klinik kesihatan itulah senarionya."
Sape pernah pergi pasti tahu akan situasi itu. nak Selesai bukan pekara mudah banyak step perlu tempuh baru boleh balik.
Kalau nak tahu begini proses rawatan adik,agak-agak rasanya sanggup tak korang. Sanggup atau tidak inilah pekara yang perlu diharungi ketika di klinik gomen.
Step 1 - sampai dalam jam 8:20am ambil no.giliran untuk daftar (hampir sejam)
Step 2 - selepas daftar dapatkan no.giliran tunggu lagi untuk jumpa doktor, selepas pemeriksaan, doktor bagi surat untuk ambil darah pulak (hampir sejam lebih menunggu)
Step 3 - Hantar borang ke bilik ambil darah dapatkan lagi no.giliran untuk ambil darah.(20-30minit)
Step 4 - selesai ambil darah kena hantar ke makmal pulak ambil no giliran lagi untuk tunggu keputusan darah. (20-30minit)
Step 5 - Hantar keputusan darah kepada doktor untuk semakkan.(10minit) dengan lapuran ini adik disyaki demam denggi.
Step 6 - Doktor arahkan untuk periksa suhu badan dan timbang.(10minit)
Step 7 - Kami masuk semula ke bilik doktor untuk hantar keputusan dan terima arahan untuk esoknya pula(10minit)
Step 8 - hantar slip dan tunggu ambil ubat(hampir 45minit)
Step 9 - Selesai hampir jam 1:00 tgh
Beginilah proses adik selama empat hari di Klinik Kesihatan Sg.Buloh terpaksa mengulangi pekara yang sama setiap hari. Kesiannya tiap-tiap hari tangan adik kena cucuk untuk ambil darah. Ditambah pula rawatan adik serentak dengan program temujanjinya di klinik Rehab, fisiotrapi Sg.Buloh dan Otorpedik HKL apa lagi terkejar-kejar la mak cik pakcik ni.
Apa pun Kerana mu kekasih hati.., Kami teguhkan semangat demi untuk adik serta laksanakan amanah dan hayati ujian Allah.s.w.t subhanallah...
p/s: Kesihatan kita ni sesangat la penting untuk kita hatta dari lahir lagi Allah s.w.t telah bekalkan untuk kita ketika hidup. Namun begitu tak sape-sape pun diantara kita yang mampu menjamin dirinya akan sentiasa bebas dari penyakit paling kurang pun demam, batuk atau selsema pasti hadir dalam dirinya.
kesihatan adalah harta yang lebih bernilai drp segunung emas .
ReplyDeletehatikubaik - betul tu, tiada yg lebih baik dari harta dunia kecuali sihat krn dgn kesihatan segala2nya dpt dilakukan terutama ibadat.
ReplyDeleteget well soon ;)
ReplyDeleteassalam..
ReplyDeletehrp adik tabah ya dan cepat smbuh
Alhamdulillah syukur bebanyak terhadap Allah s.w.t. adik dah pun sembuh, terima kasih semua atas sokongan.
ReplyDeletejga dri k..bahaya tue
ReplyDeletetq pojiekyra
ReplyDelete