Friday, October 7, 2011

Kecil hati


Sekuat mana pun kekuatan yang ada kadang kala terguris juga rasanya bila lemparan kata-kata menghiris susuk hati. Alas demi alas kesabaran namun terluka jua. Hanya mu Allah sahaja yang dapat meyirami kekuatan untuk menyaluti hati ini.

Mana ke tidaknya andai kamu di kata begini " eh budak cacat la" Kata-kata yangg terpacul dari mulut insan tidak berdidik membuat hati kami rasa bergetar menahan untuk tidak berbalas kata.

Seolah-olah di dunia ini hanya untuk insan normal yang berasakan dirinya sempurna malah jika dicerminkan dengan bercerminkan kitab Allah dan kehidupan rasulnya pasti sama sekali penuh dengan kecacatan malah demi kecacatan terbina jika hidupnya di jalan tersasar hanya pandangan zahir je nampak sempurna.

Wahai insan yang berasa sempurna.... tidak sesiapa pun dapat menjamin diri sendiri akan sempurna hingga ke akhir hayat kecuali Allah yang maha mengatahui. Lalu pandanglah insan-insan kekurangan dengan pandangan manis dan ungkaplah dengan kata-kata indah agar suburnya kekuatan rohani insan ini demi sayangnya kita kepada mereka kerana Allah..

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” 

8 comments:

  1. semoga adik amani tabah dan cekal dlm kehidupan k ;)

    ReplyDelete
  2. SEMOGA Tabah di dalam ujian Allah..

    http://pemudattbc.blogspot.com/2011/10/ustaz-kazim-haji.html

    ReplyDelete
  3. Sabar ye dik amani , Allah sntiasa ada di sisi org2 yg dihimpit mslah atau ujian..

    ReplyDelete
  4. Biarkan manusia yang tak tahu syukur tu. Kamu terus kuat adik. Kamu yang lain jaga dia sebaiknya.

    ReplyDelete
  5. ieyza afieyna, naim, Cikpipitembam, pemuzik jalanan - semuanya terima kasih sudi memberi semangat. semuga kita dilimpahi kerahmatan.

    ReplyDelete
  6. Speechless.
    Terus kuat dan kuat.Biarkan mereka yang hanya pandai berkata-kata.Tidak sedarkah mereka yang sebenarnya mereka itu mencerca/mengeji kejadian Allah.Semoga Amani diberi lebih ketabahan dan dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  7. Bicara hati ibu aisya - terima kasih dengan sokongan dan semangat.

    Bilal binti Robah - harap-harap begitulah hendaknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...