Amani tidak berjalan dengan sendirinya apatah lagi berlarian dengan teman jiran sebayanya. Pergerakan satu tempat ke satu tempat pun sekadar mengesut sahaja.
Pertuturannya pun turut menjadi masalah kepadanya. “abaa..abaa..abaa” itulah sebutan awal yang kami dengar dari mulutnya.
Mula perasan akan keadaannya diusia lapan bulan yang tidak menjalani proses seperti bayi-bayi lain tidak menerap,tidak mara ,atau merangkak walaupun dilahirkan normal.
kami mula merasa bimbang keatasnya.
“Bu kenapa adik tak buat aktiviti seperti kanak-kanak lain” tanya aku kepada ibu .
"Tu yang hairan nie...."
“Kalau ditiarapkan boleh la, tapi nak buat sendiri tak boleh” jawabnya.
“Orang tua-tua kata budak begini selalunya lompat atau tinggal kerja” tambahnya lagi.
Jawapan yang membuat aku jadi lega sedikit .Namun jawapan itu tidak dapat menahan kelegaan, perasaan tetap menjadi gusar dan tidak mampu untuk menunggu lebih lama.
Lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pegawai perubatan untuk kepastian.
Kami terus merujuk klinik kanak-kanak dan ibu mengandung di Komplek PKNS,yang juga tempat rawatan ketika Amani dalam kandungan.
Apa nak buat, ke klinik kerajaan je yang aku termampu.
Apa yang penting anak aku dapat dirawat, itu lah yang aku fikirkan.
Susulan demi susulan rawatan kami patuhi, akhirnya kami disarankan untuk rawatan pakar ke HTAR Klang.
Adik terima rawatan |
aikk...Doktor nak check kaki adik ye... |
No comments:
Post a Comment