Sunday, July 17, 2011

Operate lagi..

Salam buat teman-teman,

Baru-baru nie adik telah pun mengisi masanya dengan temujanji di klinik pakar ortho. Hasil dari pertemuan tersebut Dr.Azlian (seorang pakar tulang) telah memutuskan adik untuk buat pembedahan sekali lagi pada kakinya.

'Tergamam kami sekejap bila mendengar keputusan doktor'.

Mengikut lapuran doktor adik perlu buat pembedahan 'splatt' yang bertujuan untuk membetulkan posisi kedudukan tapak kakinya. Ketika itu kami dah bayangkan keadaan adik selepas pembedahan pasti menangis kesakitan, tak tidur malamnya, itulah yang dialami dalam pembedahan pertama dahulu.

Apa pun kami redha sekiranya usaha itu demi kebaikan adik walaupun keputusan yang dibuat doktor agak singkat buat kami fikirkan. Macam organg putih cakap 'on the spot' begitu lah lebih kurang.

Hari minggu pagi lagi pihak hospital membuat panggilan mengingatkan kami untuk daftar adik. Di Wad KK7 sekali lagi akan menerima adik sebagai tetamunya dimana sebelum ini adik pernah menghuni buat pembedahan pertamanya.

Kami pergi buat pendaftaran seperti biasa selepas panggilan peringatan diterima.

"Harap-harap dapat tempat lama lah.. senang pujuk adik sebab dia suka tengok lampu Menara KL waktu malam" itu harapan ibu. Tapi harapan itu tak tepat kami diberi katil baru. 

Keadaan adik sehari sebelum pembedahan agak baik tapi tak duduk diam dalam wad ke hulu ke hilir meninjau orang konon tapi sugul sedikit di waktu petangnya bila adik mula mengisyarat kata-kata "go..go..go.." perkataan tersebut menunjukkan dia dah mula bosan untuk ajak pulang. Kami terpaksa melayannya hingga adik tertidur dan 
akhirnya adik terpaksa ditinggalkan juga dengan ditemani ibu.

Pagi Isnin kami dah sampai sekali lagi kami rasa kesian lak kat adik kerana dia minta makan dan minum. Tak boleh tahan kot sebab orang lain dapat makanan. Adik sebenar tak makan sejak malam lagi.

"mana boleh lagi, adik puasa tunggu allahuakbar baru boleh ye.." pujuk akak-akaknya.

Adik sememamg tak boleh makan atau minum selagi pembedahan belum bermula. Adik terpaksa menunggu lama kali ni kerana patient pertama belum selesai lagi. Berbanding tahun lalu agak awal sikit.

Lebih kurang jam satu tengahari baru adik masuk ke wad bedah setelah menungu beberapa jam.  Selama dua jam lebih di bilik bedah baru lah adik keluar. 

"alhamdulillah tak lama sangat berbanding yang lepas" sambil menerpa kepada adik yang sedang baring atas troli.

Keadaan adik baik tapi masih mamai ketika itu  diselangi dengan rengekkan kerana sakit. Malam keadaan adik hanya allah yang tahu renggekkan agak kuat dan kerap mengadu sakit "ma..ma kit..kit." diselang dengan gaya minta dibuka semula balutan simen (POP) yang telah dipasang pada kakinya.

"mana boleh buka nanti doktor marah" jelas ibu. Namun jeritannya bertambah kuat setelah penjelasan ibu.

Dua hari dua malam adik merenggek kesakitan sekali sekala menjerit hingga satu wad kedengaran jeritannya, tak lalu kami melihat keadaan adik..Ibu turut tak tidur melayan kerenah adik. Hanya ubat tahan sakit menjadi solusi kami selain memanggil jururawat dan doktor itu pun tak meredakan adu sakitnya.

"Adik cakap cam ni ye nanti allah tolong adik.. allah tolong adik" kata abah dan ibu. Lalu adik angkat tangan berdoa  lalu sebut

" allah akit" sambil nangis. sebak rasa kami melihat dia begitu

"siannya aku lihat adik..!"

 Syukur alhamdulillah, hari rabu kesakitan adik mula reda dan kami dibenarkan pulang.



4 comments:

  1. m0ga adik amani cpt sehat..imsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  2. assalam..

    sbr ya.. moga akan okay nnti

    ReplyDelete
  3. insyaallah.. tq k.maiyah. beginilah keadaan org yg sentiasa perlukan perubatan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...