Sunday, November 6, 2011

Masihkah ada kasih sayang pada kita.?


Sumber:  Dr.Amr Khaled
Subhanallah.... Allah lebih belas kasihan kepada hambanya melebihi dari ibu kepada anaknya. Begitulah indahnya kasih sayang pencipta kepada yang dicipta. Tapi adakah yg dicipta mencintainya...? ayuhh tanya diri sendiri....?

Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita?

p/s :
1. Orang beriman adalah mereka yang hidupnya saling hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda.
2. Orang yang gersang daripada sifat kasih sayang biasanya bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidupnya menjadi terasing dan terpinggir daripada masyarakat. 
3. Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah sama ada terhadap kanak-kanak dan orang tua merupakan suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama kerana ia mempamerkan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal fikiran dan perasaan.

2 comments:

  1. baru2 nie opah ngah adik baru je kena serang, amukan tersebut buat opah ngah patah tgnnya dan tulang muka. begitulah gersangnya insan tersebut dgn kasih syg.. lalu org lain menderita..

    ReplyDelete
  2. Allah betul2 menyayangi diri kita.. Alalh memberi dugaan untuk menghapus dosa2 kita.. di sebalik dugaan itu pula Allah turut memberi jalan penyelesaian kepada dugaan tersebut.. Tingginya kasih sayang Allah kepada kita.. hanya kita sahaja yang tidak bersyukur..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...