Perancangan awal yang hanya berehat di rumah pada cuti raya cina terpaksa bertukar untuk pulang ke kampung bila dimaklumkan ada saudara meninggal. Apa boleh buat segalanya ditentukan Allah (swt) kita sekadar merancang je.
Bila balik dimusim perayaan macam ni.. biasa la, tak pasal cari pasal la jawabnya kena la beratur panjang mengharungi kesesakan bersama warga kota lain yang sama-sama nak pulang bercuti ke kampung dan juga teman-teman tionghua yang meraikan perayaan tahun baru cinanya.
Sudah menjadi kebiasaan kepada kami kalau perayaan tahun baru cina ni jarang la balik ke kampung, bukan apa... malas nak sibuk-sibuk dengan sesak tu, lain la kalau hari raya puasa. Itu pun kena adjust perjalanan kalau nak elak sesak. Bukan apa.. bagi peluang la kawan-kawan kita yang berbangsa cina tu nak raya pulak wakakaka....
Biasanya punca sesak ni kat lampu traffic je terutama di Kuala Selangor dan Tanjong Karang yang memang menjadi penyumbang sesak.
Sesak-sesak juga perut dah lain macam rasanya bila jam dah hampir 2ptg ketika kami di Tanjong Karang.
“Nak berhenti makan ke bu?” tanya abah kepada ibu. Kalau tanya adik ok aje.. perut kenyang pun ok. Makan di gerai katakan memang suka sesangat dia.
” Kedai makan di pekan Tanjong semuanya penuh kalau ada pun di Sekinchan tapi jauh lagi tu”fikir abah.
Dalam sesak tu teringatkan gerai ‘Mee Udang Banjir’ yang ada kat tanjong. Seperti yang di maklumkan oleh Serina anak Chef Wan dalam JJCM di TV3. Sampai je kat situ tanpa lengah terus belok ke gerai tersebut. Orang pun boleh tahan juga ramainya. Kebetulan pula bersebelahannya ada masjid, solat dulu pastu baru makan.
“Bagi tiga soto, satu mee udang banjir” order ibu kepada pelayan. Bila order sampai je huhuhu...nyum..nyum kata adik best.. ! Apa yang nak kami katakan disini soto dan mee udangnya memang best kena dengan selera kami pun. Bukan nak promot tapi nyatakan yang betulnya. Tapi tak tau la pulak selera kau orang camna.
Kalau sesiapa yang menggunakan jalan pulang ke kampung atau bercuti melalui Tanjong Karang boleh la cuba singgah kat situ kalau nak rasa. Panduannya selepas simpang bagan tengkorak dan dari situ anggaran 500m akan jumpa perabut buloh dan bersebelahannya ‘Mee Udang Banjir’. Selamat mencjuba.
No comments:
Post a Comment