Friday, March 18, 2011

Temujanji di Rehab

Hari ni kami meneliti susunan temujanji adik yang sudah menjadi rutin kepada kami untuk dipatuhi. Kadang-kadang dalam ketelitian ada juga yang terlepas pandang terpaksa ditunda dan dapatkan temujanji baru.

Tarikh ini (15/3/11) adik telah dijadualkan untuk temujanji ulangan di Klinik Pakar Rehabilitasi, di klinik ini juga adik telah diputuskan untuk menjalani rawatan botox pada kakinya dan kena  menginap selama dua hari dua malam "wah... mcm kat hotel le pulak bunyinya.."bukan kat hotel da.. tapi di wad rehab hehehe...
wajah boring adik la nie....
Bosan menunggu

Seperti biasanya temujanji adik direkodkan jam 10.00 pagi dan kami datang lebih awal dari masa yang ditetapkan, Walaupun masa temu itu kami jangkakan tidak menepati seperti apa yang direkodkan pada kad temujanji adik.walau apa pun bertemu awal tetap menjadi harapan kami.

Setiba kami di klinik kami lihat barisan bangku yang disediakan penuh dengan pesakit yang sedang menunggu giliran. Melayu, cina, dan India semuanya ada.

Sambil berjalan mencari ruang bangku kosong kami lihat wajah-wajah yang suram dikalangan pesakit yang hadir semua mengambarkan kesedihan. Sudah lah kesakitan menganggu fikiran mereka di
tambah lagi dengan menunggu lama pulak tu.

"Apa nak dikatakan, tunggu tetap la tunggu." Begitu la satu harapan yang mengharapkan semula kilauan hidup seperti sebelumnya bagi yg pernah hidup normal.

Bagi yang upayanya kurang dari lahir mungkin mengharapkan simpati dan  ketabahan pada dirinya untuk meneruskan hidup.

Kami juga mengharapkan sinaran dari ilahi agar sentiasa menyinarkan kehidupan Adik.

Di kerusi kosong kami mulakan penantian sambil diperhatikan seorang lelaki berusia yang sedang berada diatas kerusi rodanya.Sekali sekala pak cik tu melemparkan senyuman bila melihat adik berjalan ke kerusi.

Kerusi yang belum cukup panas diduduki adik dah mulakan operasinya. Sudah menjadi kebiasaan pada adik kalau menunggu pada setengah jam pertama adik mula mempamirkan bosannya dan menjadi resah, lalu bangun meninggalkan kerusinya mencari haluan keluar dari ruang menunggu menuju ke gerai berdekatan.

"adik nanti dulu la.." panggil kak ngah yang sedang mengekorinya. Bermula pada itu adik mula lah tak duduk diam asyik keluar masuk je.

Kerenah dan telatah adik turut diperhatikan pesakit-pesakit lain.

"nur Amani nak kemana ni?" di sapa oleh jururawat bertugas.

Kami yang bergilir-gilir mengawasi adik mula rasa penat dan mengantuk pun ada,
"kalau la ada katil pasti rebah berlabuh melelapkan mata." usik abah kepada ibu.

Bayangkan setiap kali temu janji beginilah keadaan kami. Kurang beberapa minit je jam 1.00 tengahari
baru la kami dipanggil."Jumpa tak lama pun sekejap je, tunggunya punya la lama" kedengaran suara diantara pesakit turut menyuarakan.

Bila difikir-fikirkan kembali tentang temujanji nie sampai dah naik bosan pulak rasanya. Bukan bosan nak bawa adik untuk di rawat tapi bosan dengan menunggu giliran yang agak lama tapi apa pun kami
tolak fikiran negatif ini. kerana jalan-jalan tersebutlah yang banyak mengajar kita lebih
kepada sabar dan memahami kesusahan orang lain."Rasanya doktor pun kalau boleh ubat terus baik
dan tanpa pesakit datang lagi dia pun akan buat begitu." betul tak? Usaha tetap usaha.....

3 comments:

  1. assalam..
    lma le.. sy yg oku pun wlau ada diberi keistimewaan utk dpt cepat pun x jugak cptnya.. sbr je la kita

    p/s: dah add blog link di frenzblog

    ReplyDelete
  2. Sabar je la kak..semuga Allah s.w.t akan memberi lebih kekuatan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak maiyah sudi add link blok ni kat frenzblog.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...