Saturday, April 2, 2011

Main Masak-masak

Main masak- masak merupakan salah satu dari minat adik. Bayangkan  segala periuk, pingan mangkuk habis semuanya diangkut keluar dari kabinet untuk dijadikan mainan walaupun barang mainan ada.

Namun begitu perasaan memasak secara main-main kami cuba jadikan kenyataan dalam operasi abah and the girl'snya.
Biasa la.. kalau ibu takde kat rumah abah and the girl's akan mulakan operasinya mencari resepi untuk dimasakkan tapi kali ini resepi yang menjadi pilihan adalah 'pankek'. "Nak tau kenapa? sebab ia mudah dan simple untuk adik buat. Bukan itu aje.. malah adik juga suka makan pankek tersebut.

Disepanjang operasi menyediakan tu, kecohnya bukan main lagi.. kecoh dengan suara adik je. Semuanya dia nak buat, amatlah bangganya dia bila dapat masak secara realiti. Selama ni adik hanya main-main  je, tapi kali ni betul-betul punyaa. Sesiapa yang berminat untuk menjamu atau berkongsi resepi tersebut dengan anak-anak anda boleh lah lakukan seperti di bawah.Kalau nak resepi lain boleh juga dapatkan dalam buku 'Main Masak-Masak' di  mana-mana book store atau di AdikBijak

 Bahan-bahan

1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 cawan tepung susu
3) 1 biji telur ayam
4) 1 sudu kecil  baking powder
5) 1 Sudu kecil bikarbornat
6) 2 sudu besar gula 
7) 1 sudu besar jus oren sunquick
8) Secubit garam
9) Setitik esen vanilla

Cara-cara membuat

1) Masukkan kesemua bahan-bahan diatas ke dalam blinder tambahkan dengan 1/2 cawan air untuk mencairkan lalu mesinkan sehingga sebati.
2) Panaskan kuali leper dengan api yang kecil sahaja (untuk mengelakkan pankek jadi hangus)
atau boleh juga gunakan kuali karbon dan sapukan
sedikit majerin pada permukaan kuali tersebut.
3) Tuangkan bancuhan tadi diatas permukaan kuali sebesar permukaan cawan
tunggu beberapa minit kemudian balikkan, sudah masak angkat dan hidangkan
dalam piring sedang dan curahkan sos coklat atau strawberry..

Selamat mencuba.

2 comments:

  1. assalam..

    adik minat msak ek.. wahh.. kita jg dah xbleh nk masak2 huhuu

    ReplyDelete
  2. tak boleh masak takpe, tapi boleh turunkan ilmu masak k.maiyah kan..kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...