Satu ketika dalam semua orang sedang diulit lena, kami dikejutkan dengan jeritan suara jiran kami yang marah-marah bersendirian sambil mengoyangkan grill pintu rumahnya dan mengungkapkan perkataan "berambus kau, aku bunuh kau.." macam-macam lagi perkataan yang tak menarik disebut. Tak sangka sebelum ni tingkah lakunya yang sopan dan baik boleh berlaku sedemikian rupa.
(sekarang ni dah pulih, hampir sebulan di hospital untuk menerima rawatan)
Apa yang nak nyatakan dalam kehidupan kini, adalah banyak pekara yang tak dijangka boleh berlaku, seolah-olah kehidupan kini tiada panduan langsung, adakah normal sifat seseorang itu seperti guru pukul murid 7 tahun yang baru nak mengerti kehidupan sampai mati, orang dewasa sepak terajang kanak-kanak sampai mati, murid pulak tumbuk guru dan banyak lagi pekara-pekara yang merbahayakan disekitar hidup kini.
Apakah puncanya yang menyebabkan pekara begini berlaku? Adakah jiwa insan-insan ini kacau?
atau permasalahan hidup kini punca tertekannya jiwa mereka?
Permasalahan hidup yang melanda telah menjadi isu dalam pekara hidup kini, sehingga masalah hidup boleh mendedahkan manusia itu kepada tekanan atau stress dan konflik kekeluargaan. Masalah begini kalau tak diuruskan dengan baik mungkin memusnahkan perjalanan hidup manusia itu sendiri seperti yang berlaku kini.
Walau bagaimanapun tidak semua tekanan mendatangkan keburukan, malah ada juga tekanan yang boleh membawa kebaikan seperti membantu seseorang menjadi lebih tabah dan berdaya saing.
Allah s.w.t menggambarkan sifat-sifat manusia yang berada dalam tertekan
seperti firmannya surah al-Ma'arij ayat 19 hingga 23:
"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);
apabila ia di timpa kesusahan, ia sangat resah gelisah; dan apabila
ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut kecuali orang-orang
yang mengerjakan sembahyang, iaitu mereka yang tetap mengerjakan
sembahyangnya."
Oleh itu kita perlu menangganinya secepat yang boleh supaya kita tidak terjurus dalam kumpulan jiwa kacau.Terus baca untuk ketahui samaada anda mengalaminya.
Tanda-tanda Tekanan
secara umum tekanan yang sering dialami oleh individu memperlihatkan
perubahan yang merangkumi aspek-aspek berikut:
Emosi dan Perasaan
Cth:
- Cepat Marah
- Sentiasa cemas, bimbang dan ragu-ragu
- Cepat berasa letih dan tidak bersemangat
- Cepat bosan dan hilang minat
- Cepat putus asa dan kecewa
- Risau dan murung.
Cth:
- Fikiran bercelaru
- Hilang tumpuan
- Takut gagal
- Menjadi Pelupa
- Sukar membuat keputusan
- Fikiran menjadi buntu.
Cth:
- Selalu sakit kepala dan migrain
- Sakit ulu hati dan dada berdebar-debar
- Sukar bernafas
- Rasa loya atau hendak muntah
- Sakit otot dan sendi
- Kering mulut dan kerongkong
- Kerap buang air kecil
- Mengigil dan seram sejuk
- Sakit Jantung
- Pengsan
Cth:
- Agresif seperti buli, dera dan sebagainya
- Hilang selera makan atau makan berlebihan
- Mengambil ubat-ubatan, dadah, arak atau rokok berlebihan
- Mengalami masalah tidur (insomnia)
- Suka mengasingkan diri
atasi supaya tidak lebih parah lagi.
Langkah-langkah Menangani
Antara tindakan dan langkah-langkah mengatasinya:
- Mengenalpasti diri (muhasabah) - individu perlu menyedari bahawa dia sedang mengalami tekanan.
- Kenal pasti punca tekanan
- Kawal emosi dan perasaan secara matang dan bijaksana.tinkatkan kesabaran dan banyakkan amalan kerohanian, seperti mengamalkan ibadah-ibadah sunat.
- Akur dengan keupayaan kendiri serta menyesuaikannya dengan keadaan persekitaran.
- Urus masa dengan bijak. Sesuaikan dengan keutamaan dan matlamat hidup yang realistik atau yang mampu dicapai. Atur jadual waktu bekerja, berekreasi dan istirehat bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab yang hendak dilakukan.
- Amalkan cara hidup sihat berdasarkan ajaran agama Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di antaranya: a) Makan makanan yang halal dan berkhasiat, b) Tunaikan ibadah fardhu terutamanya solat, puasa, zakat dan haji, c) Amalkan senaman setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20-30 minit. d) Amalkan relaksasi atau tafakur, zikir, doa dan munajat kepada Allah s.w.t.
- Tingkatkan kemampuan untuk menyelesaikan masalah melalui perbincangan dan pembelajaran daripada orang yang mempunyai kemahiran dan bersedia membantu
- Jauhkan diri daripada tempat, keadaan atau situasi yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan.
- Berkongsi masalah dengan orang lain atau minta bantuan orang yang lebih berpengalaman atau mahir, jangan pendamkan masalah.
- Sentiasa berfikiran positif dan terbuka serta amalkan sikap bertolak ansur.
- Mempunyai keyakinan dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah.
- Mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar bagi membantu mengatasi masalah tekanan yang dihadapi.
Sumber: petikan buku gerbang perkahwinan
Jiwa boleh tenang jika kita sentiasa mengingati Allah s.w.t
ReplyDeleteubt jiwa adalah dengn jaga hati :)
ReplyDeleteselalulah dekatkan diri dengan al-quran kerana dengan bacaan ayt2 suci itu dapat menenangkan seseorang itu..
ReplyDelete