Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa. Itulah diantara bait ayat yang sering di ungkapkan.
Sebagai seorang anak sudah pasti sering memikirkan apakah perkara terbaik sebagai mengenang pengorbanan untuk kedua orang tuanya.
Bagi korang yang berkemampuan penyediaan ini enteng bagi korang. Mungkin kenderaan baru, atau emas POH KONG jadi pilihan ibu, melancong ke luar negara atau membawa menyempurnakan rukun lima untuk ibu dan ayah malah banyak lagi boleh disediakan.
Bagi yang sederhana mampu cukuplah sekadar hadiah kecil-kecilan aje... Make Your Own Gifts Here
Bagi seorang ibubapa yang penyayang mungkin cukup sekadar melihat kebahagiaan si anak pun satu hadiah buat mereka..
Tapi dalam pekara ini adakah kita tidak menghargai ibu dan ayah jika tidak melakukan pekara sebegitu, bagaimana pula yang tak mampu, sudah pasti merasakan mereka tidak menghargai jasa-jasa ibu dan ayahnya. Bagi yang dah tiada pula adakah kempunan nak menyumbang sebarang hadiah kepada orang tuanya?
Namun begitu Allah s.w.t lebih mengatahui, Kita masih berpeluang menghadiahkan ibu dan ayah kita dengan hadiah yang tiada bandingnya walaupun kita tidak mempunyai wang yang banyak malah jauh lebih bernilai.
berbanding hadiah-hadiah yang kita impikan yang bakal ditinggalkan jua.
Hadiahnya disini ke?
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Tapi disini
Abu umamah r.a berkata, Telah bersabda Rasulullah s.a.w
Abu umamah r.a berkata, Telah bersabda Rasulullah s.a.w
"Belajarlah kamu Al-quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala orang itu amat memerlukanya" Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan bertanya, "kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab. "siapakah kamu?" Maka berkata Al-quran "Aku lah yang kamu cintai dan kamu sanjung dan kamu telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu:
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu:
"Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan memimpin orang itu menhadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan mahkota di tangan kirinya.
Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat dibanding dengan nilai dunia
walau dilipat ganda, sehingga keduanya bertanya:
"Dari manakah kami memperolehi ini semua, padahal amal kami tidak sebesar ini?" lalu dijawab:
"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."
Semuga insan bernama anak dapat memilih hadiah terbaik ini untuk ibu dan ayah selama-lamanya. amin.
Semuga insan bernama anak dapat memilih hadiah terbaik ini untuk ibu dan ayah selama-lamanya. amin.
slmt hari ibu..abu syng ibu
ReplyDeletesemua syng ibu..:)
terima kasih..
ReplyDeletekini ku tahu hadiah begitu bernilai bukan telihat di mata..:)