Monday, May 9, 2011

Asyik dengan nikmat, lupa tanggungjawab


Assalamualaikum,

Apa khabar teman2 pembaca dan teman2 blogger diharap semuanya sihat disamping keluarga tercinta dan blog masing-masing hehehe.. Masa nie nak share entry yang tak seberapanya kat semua teman. Pekara yang berkaitan kehidupan yang perlu dijentik sikit supaya terjaga dari lena agar tak leka diulit dunia yang dikiaskan bergini....
Kisah seorang manusia di hutan yang sedang dikejar oleh seekor singa lalu manusia ini terus lari mencari tempat yang selamat. Sambil belari beliau cuba memikirkan dimanakah tempat yang lebih baik untuknya menyelamatkan diri. Disaat itu hanya tali pokok yang terjuntai menjadi tumpuan lalu beliau melompat ke tali tersebut dan bergayut pada tali pokok yang terjuntai untuk selamatkan diri.
Di tali itu beliau merasakan dirinya selamat dari singa tersebut. Beliau merasa lega dan bebas dari singa ganas itu. Disepanjang beliau bergayut pada tali pokok itu beliau cuba melihat kebawah dimana singa masih menanti keguguran mangsanya dan disamping itu juga beliau melihat ke atas pula dan didapatinya ada sarang lebah sedang mengumpul manisan madunya dan 2 ekor tikus sedang berkongsi tali pokok, seekor darinya berwarna hitam dan seekor lagi berwarna putih lalu beliau melihat kembali kebawah didapatinya pula sebaris dengan tempatnya bergayut ada lubang pula dan didalamnya terdapat dua ekor ular yang sedang menghuni di dalam lubang tersebut, lalu beliau merasa amat takut dan sedih akan nasibnya.
Kembali melihat semula tikus-tikus tadi, didapatinya tikus-tikus tersebut sedang mengigit sikit demi sedikit tali kayu yang digayut oleh beliau. Beliau merasa teramat bimbang fikirannya mula menjadi buntu. Disaat memikirkan pekara malang yang bakal dilaluinya  sarang lebah yang berada diatas kepalanya telah menitiskan setitis madu lalu terkena pada bibirnya dan beliau merasai nikmati kemanisan madu tersebut lantas diatas kenikmatan itu beliau telah lalai dan lupa apa yang akan berlaku pada dirinya.
Kesimpulan dari kisah itu, dikiaskan dari kitab Al-Qafilin bahawa singa itu adalah malaikat maut yang sentiasa meninjau manusia atau menanti untuk melaksanakan tugasnya. Menurut uztaz aku kalau korang nak tahu sehari lebih kurang 70 kali tinjaaun malaikat maut kepada manusia.
Tikus putih dan hitam adalah merupakan siang dan malam yang sentiasa memotong masa atau usia manusia untuk hampir kepada mati.
Lubang pula adalah kubur dan ular itu adalah azab.
Manakala madu itu adalah kemanisan dunia yang mana kita mudah leka dengan nikmatnya, lalu kita lupa juga untuk bertakwa.
Semuga dengan kiasan ini dapat memberi pertimbangan demi kebaikan diri kita di dunia dan akhirat Wallahualam..

6 comments:

  1. thnkx for the perkongsiaan..mengigatkan ayie tntg kejadian asal manusia,,manusia dijadikan untuk beriman dan beramal kepada pencitannya,,

    ReplyDelete
  2. waa...satu peringatan yg baik untuk diri hawiz...

    ReplyDelete
  3. saling mengingati adalah perkara yang terbaik :)

    ReplyDelete
  4. assalam..

    ingt mngingati mmg perlu supaya kita sntiasa menilai.. trm ksh

    ReplyDelete
  5. sama-sama la kita sedar menyedarkan tanpa teman utk menyokong kesedaran kita sape lagi, tambah pula dikalangan muslim, saya juga perlukan pekara begini untuk memperingati diri sendiri hehehe...terima kasih teman

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...