kredit image shutterstock |
Bismillahirahmanirahim, salam sejahtera
Kehidupan ini penuh dengan liku-liku dan onak duri yang kadang kala peribadi kita boleh disakiti lalu boleh membuatkan kita jadi marah. Ditambah pula jika sesuatu perkara itu menyentuh anak istimewa ini.
"Semulajadinya memanglah marah itu tabiat atau sifat yang di kurnialan oleh Allah S.W.T."
tetapi kita perlu sedar bahwa perasaan ini bakal membentuk situasi tegang dikalangan mahkluk alam malah kemusnahan.
Kemarahan juga boleh membuatkan seseorang bertindak jauh diluar kawalan dan perasaan ini juga boleh menjadikan jiwa tidak tenteram.
Hasil dari marah akan wujud sifat tercela dan boleh jadi sifat terpuji. Marah yang terpuji adalah marah apabila agamanya dikeji dan dihina. Dengan sifat marah ini, akan melahirkan semangat untuk membela dan mempertahankan agama.
Sekiranya kita tidak berasa marah apabila agama dihina, maka ia menjadi sifat tercela dan Allah s.w.t akan murka kepada kita.
Dalam perkara ini sekiranya kita marah kerana peribadi kita disakiti, maka hendaklah kita
tahan kemarahan tersebut. Kerana menahan kemarahan, merupakan sifat terpuji yang dimiliki oleh orang yang beriman.
5 Perkara yang menjadi penawar kepada kemarahan,
1) Dengan segera mengingati Allah
Apabila kita berada dalam kemarahan, segeralah mengingati Allahs.s.w.t dan sedar akan keutamaan menahan marah sebagaiman frman Allah s.w.t dalam Surah Ali'Imran ayat 134 yang bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada(mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapatkan keampunan daripada tuhan kamu, dan mendapat syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang bertakwa, iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahan."
Sebuah hadis riwayat al-Tamizi dan Ibn Majah, daripada Mu'az bin Anas r.a, beliau berkata bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang menahan marah padahal ia boleh melepaskannya, maka dia akan dipanggil Allah pada hari kiamat bersama para pemimpin makhluk sehingga dipilihkan untuknya bidadari mana yang akan dikahwinkan denganya mengikut kehendaknya."
2) Berlindung dengan Allah
Kita hendaklah memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat marah kerana marah itu berasal dari syaitan. Allah s.w.t berfirman dalam surah Fussilat ayat 36 yang bermaksud:
"Dan jika syaitan menggangumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya dia maha mendengar lagi maha mengetahui."
Riwayat Ibn Adi daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Jika seorang lelaki marah, lalu ia berkata: (Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang direjam) maka kemarahannya akan reda.
3) Berwuduk
Syaitan sentiasa akan berusaha menjadikan kita marah. Apabila kita marah mudah baginya untuk mengoda dan menyesatkan kita kerana waktu itu pertimbangan akal kita akan hilang
Sebuah hadis riwayat Ahmad Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya kemarahan itu berpunca daripada syaitan. Syaitan pula dicipta daripada api
Sesungguhnya Api hanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu, apabila seseorang antara kamu naik marah, maka hendaklah dia berwuduk."
4) Berdiam diri
Sekiranya anda sedang marah, sebaiknya anda diam. Sebagaimana SAbda Rasullullah s.a.w yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad yang bermaksud:
"Jika seseorang daripada kamu marah, maka hendahlah dia diam.
5) Duduk dan baring
Sebuah hadis yang diriwayat oleh Imam Ahmad daripada Abu Zar bahawa pada waktu itu beliau sedang minum di kolahnya, lalu datang suatu kaum seraya berkata: " Siapa antara kamu yang berani menggangu Abu Zar dan mengambil beberapa helai rambut dikepalanya.?" Salah seorang berkata: "Saya"
lalu orang itu datang mengeruhkan kolahnya dan memukulnya. Pada ketika itu Abu Zar yang sedang berdiri lalu duduk, kemudian berbaring. Beliau ditanya: "Wahai Abu Zar, mengapa kamu duduk kemudian berbaring?"
Dia menjawab: "Sesunggunnya Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami: "Jika salah sorang antara kamu marah, sedangkan ia ketika itu dalam kedudukan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika marahnya dapat hilang dengan duduk (cukuplah ia duduk).
Jika tidak hendaklah ia berbaring."
Demikianlah sunah yang telah diwariskan oleh Rasulullah s.a.w kepada
umatnya.Wallahwaalam.
Sumber hadis: Solusi
ye btol 2..marah ni sifat semulajadi..tapi haruslah berpada2 ..byk cra nk atasi nya kan..nice sharing ..tq..=)
ReplyDeletesalam snggah buat petame kali kt sni,.hehe,.
ReplyDeleteklu CN kn,bile mrh je,cube nk diam sndri,.biar redha sndri,pastu fkr balik,ape yg CN marahkn sgst td,.sbb pastu mst rse nyesal sgt2,hhuhu,..
diam diri mmg satu cara terbaik utk elak marah, org yg kuat bukan gagah tapi org yg menahan marah..
ReplyDeletehmm.. orang yg paling kuat adalah org yg tahan marah.. hmm, kite tergolong ke??
ReplyDeletenice entry..
ReplyDeletethank for sharing..
budak baik - seorang insan akan sentiasa ingin jadikan dirinya tergolong dlm sesuatu kumpulan, klau keinginan itu baik, baik la jadinya tapi kalau buruk, maka buruk la jadinya namun begitu jika kita percaya akan kata nabi ikut la seperti apa yg di perkatakan olehnya.
ReplyDeleteassalam..
ReplyDeletedlu sy mmg pemarah, x bleh kontrol.. mmg mkn diri.. skrg bila byk dekatkan diri beramal, alhamdulillah.. dah dpt atasi
syukur la kak maiyah semoga Allah s.w.t berkat usaha baik kita. amin
ReplyDeleteija lau marah cpt2 g ambk air smayang..
ReplyDeleteok,im lying. :)
hmmm sbb marah kita pernah kehilangan seseorg! badly :(
ReplyDeleteadik juga ada marah2 sbb bila intraksi dgn org tak faham mentang2 la adik tak leh ckp
ReplyDeleteku dtg!!! :) nak pinjam link entry nie..t ku kreditkan..sorry ambil mengejut..
ReplyDeletesinggah...
ReplyDeletesalam..Info yg menarik. mohon utk share dan saya akan creditkan..TQ
ReplyDelete