Friday, June 17, 2011

Jangan benci bapa


DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa.

Islam melarang keras setiap anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah s.w.t di akhirat kelak.

Oleh itu setiap anak-anak harus mengenang jasa-jasa ibu dan bapa mereka, bayangkan sebesar dua jari ibunya telapak kakinya dijaga hinggalah boleh melalui kehidupan sendiri. Malah ada yang jauh lebih senang hidupnya berbanding ibu dan bapanya sendiri. wallahualam. 

"Adik sesangat sayang ibu, abah dan kakak"

Sumber hadis: Jakim

4 comments:

  1. yeah, SOKONG ! hehe. Allah murka pada Manusia yang tak sayang ibu bapa dia. memang byk dah kes camtu sekarang. hehe. sedangkan nak cakap 'isshh' kat ibu atau ayah kta pun dosa kan..

    ReplyDelete
  2. afifahsweet- Betul tu...time kasih sudi dtg ngomen hehe...

    ReplyDelete
  3. jgn lah benci ibu bapa kita, kalau takde mereka, takde la kita ;)

    ReplyDelete
  4. Dlm kelompok insan kini mmg ada diantaranya memiliki perasaan begini kpd bapa diatas sbb tertentu. namun begitu kebenciaan berterusan itu akan meletakkan kita ke status derhaka, alangkah baiknya jika kita cepat menghindarinya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...