Adik nak ke sekolah ye...?
Hari pertama sessi persekolahan 2011 dah pun bermula. Seawal pagi lagi, semua sekolah hari ini agak sibuk setelah sebulan lebih menyepi.
Pak guard yang sebelum ni relax je.. kembali tak duduk diam dengan keranah anak-anak yang berbaju putih dan berkain biru serta berseluar biru. Bukan itu saje bahkan ibubapa juga turut sibuk mengunjungi sekolah menghantar anak masing-masing dan juga tidak ketinggalan membeli kelengkapan belajar di saat-saat akhir.
Adik kembali ke sekolah
Amani pun tidak terkecuali memulakan persekolahannya semula setelah bercuti lama. Hampir enam bulan tidak ke sekolah termasuk cuti penggal sekolah baru-baru ini kerana menjalani pembedahan pada kakinya.
Mood adik yang kadang-kadang tak menentu membuatkan kami rasa gusar sedikit takut-takut adik ubah fikiran untuk tidak pergi ke sekolah. Tapi dengan mood pagi yang tenang alhamdulillah keadaannya nampak ok.
Bila dipakaikan baju sekolah baru, kasut baru dan beg baru adik mengukirkan satu senyuman tanda rasa gembira untuk ke sekolah ditambah lagi bila melihat kak ngah dengan pakaian sekolah bersedia untuk ke sekolah.
Sesekali ibu mengajukan pertanyaan sambil menunjukkan ibu jari kepadanya "adik..adik bestkan" tanya ibu kepada adik
"behh.." balasnya kembali dengan menunjukkan ibu jarinya juga. Mungkin aura berpakaian sekolah serta puji-pujian dari kami membuatkannya rasa teransang dan tenang untuk ke sekolah.
Tepat 7.15 pagi kami mula hantar adik dan berhenti di gerai untuk beli nasi lemak dan dibekalkan ke sekolah. Pekara yang sering diminta adik sebelum ke sekolah.
Setibanya di sekolah dengan langkah yang tenang sambil melambai abah yang tak dapat masuk kerana kesesakan, lalu memasuki pintu sekolah sambil dipimpin oleh ibu hingga ke perhimpunan.
"Bagaimana agaknya adik didalam sana" detik hati abah yang masih belum mendapat parking lagi
"bu macamana dengan adik?" panggilan dibuat kepada ibu yang menunggu di dalam kawasan sekolah.
"Nampak ok la, belum masuk kelas lagi masih dalam perhimpunan." balas ibu.
Bukan kami saje yang menunggu malah ramai lagi ibubapa lainya turut bersama-sama ingin melihat tingkah laku anak masing-masing dihari pertama ini, terutama kepada ibubapa yang mempunyai anak yang baru pertama kali melangkah ke alam persekolahan dengan setianya menanti.
Belanja sekolah meningkat
Sambil menunggu bebual dengan ibubapa yang ada di situ, sedikit keluhan terungkap dikalangan ibubapa yang menjelaskan kos perbelanjaan persediaan persekolahan yang agak tinggi, ditambah lagi dengan bilangan anak yang ramai.
"saya anak ramai lima orang kena bayar duit buku, pagi dan petang pulak tu, yuran pun kena tangguh, pening dibuatnya, itu belum lagi cikgu minta untuk beli apa-apa yang diperlukan" seorang bapa yang mengaku berpendapatan sederhana meluahkan perasaannya.
"iyer..iyer." sambil abah mengangguk kepala yang faham akan situasi itu mengiyakan aje.
Fenomena ini yang sering berlaku ketika datangnya awal tahun bukan sekadar memeningkan segelintir golongan berpendapatan rendah malah lebih ketara lagi bila ada insan-insan yang hilang perkejaan dan jauh lebih susah dari itu semata-mata ingin memberi kemajuan pelajaran kepada anak-anak.
Itulah sedikit luahan perasaan bagi yang memiliki anak normal, sesusah mana pun bayarannya.. anak masih mudah untuk belajar dan mempelajari. Satu masa nanti, juga mudah untuknya berdikari.
Cuba bayangkan kami ibubapa yang memiliki insan istimewa ini sentiasa memikirkan sesuatu untuk perkembangan mereka.
Sekolah yang mempunyai kepakaran mendidiklah menjadi harapan untuk membantu kami dalam mengembangkan minda mereka. Itu pun kadang-kadang di sekolah mereka dihidangkan dengan suara yang keras. Mereka diam dan redha semata-mata ingin mendapat sedikit habuan ilmu untuk menjalani hidup, jauh sekali untuk bercita-cita sebagai Doktor, Peguam atau pun Jurutera
Anak begini yang sangat memerlukan belaian sering disalah tafsirkan setengah pihak kononnya menyusahkan mereka.
mata yang melihat, telinga yang mendengar takut tak dapat tertahan, apabila insan istimewa yang menjadi cahaya diperlakukan begitu. Walaupun tak cedera fizikal tapi sedikit mencederakan minda mereka, kalau ditegur dikata berkira, bukan anak dia sorang je aku nak jaga, mungkin itu katanya. Harap mereka tidak diperlakukan begitu.Hanya Allah (swt) yang tahu.
Masih Setia
Kami yang masih setia menunggu, adik yang keluar untuk berehat di kantin sambil diperhatikan oleh ibu dari jarak jauh "bagaimana adik rehat bu?" tanya abah "adik lambat sikit sebab susah nak pakai kasut
bahagian kirinya" jelas ibu. Pekara yang sedikit menyukarkan ketika memakai kasut disebelah kaki kirinya.
Promosi
Sementara menanti ibu untuk pulang, ku perhatikan sekumpulan lelaki dan wanita sesekali kelihatan wanita berbangsa India keluar keretanya memberi arahan kepada teman-temannya mengambil kesempatan hari pertama ini untuk melancarkan penyebaran pamlet atau broucer berkaitan pendidikan tambahan di Pusat Tusyen.
Bagi yang berkemampuan mungkin itu pilihan mereka, bagi yang tidak.. tusyen sekolah mungkin menjadi pilihan kerana bayaran yang rendah. Apa pun itu lah usaha dan inisiatif ibubapa demi inginkan anak-anak berjaya.
Persekolahan hari pertama adik selesai, alhamdulillah.. semuga hari-hari berikutnya menjadi lebih baik lagi buat adik dan kami sekeluarga. Adik yang bercerita berkali-kali cuba ingin menjelaskan/memperkatakan sesuatu kepada kami, cerita yang kami andaikan berkaitan teman-temannya di sekolah yang sudah tiada atau berpindah ke sekolah menenggah serta pertukaran teman baru di sampaikan kepada kami dengan caranya.
No comments:
Post a Comment