Friday, January 14, 2011

Kenapa Kesihatan itu Penting?

Dua hari lepas saya ke unit fisioterapi di Hospital Sungai Buluh untuk menjalani rawatan ulangan kerana mengalami sedikit masalah bahagian belakang saya. Hampir dua tahun menjalani terapi dan berkongsi tempat dengan Amani.

Kali ini saya dikendalikan oleh jurupulih baru. Memandangkan jurupulihnya orang lain dari biasa, 'elektro terapi'  di tukarkan kepada 'fitness bike'. "Biasa la... lain orang, lain caranya... apa pun saya tak kisah asalkan terapi saya berjalan seperti biasa."

Saya pun mulakan kayuhan di gim bersama pesakit-pesakit lain. Kayuhan demi kayuhan sambil memerhatikan telatah dan gelagat pesakit lain yang kebanyakannya mengalami masalah fizikal. Masalah strok dan masalah yang  dihidapi selepas kemalangan adalah puncanya. Terfikir sekejap saya... betapa kita perlunya menghargai sihat kita untuk hidup, memandangkan rata-rata yang datang semuanya memerlukan pembantu.

Hasil dari itu sedikit pekara yang saya rasa perlu dikongsikan disini tentangnya. Nak cerita secara mendalam saya bukanlah seorang pakar perubatan. Apa pun pekara ini sekadar kongsi maklumat je...

Pentingnya Kesihatan

Pekara yang sinonim dengan kesihatan sudah pastilah penyakit. Senarai penyakit yang banyak membuatkan manusia lebih rasa bimbang. Terutama yang sedang mengalami kesakitan.

Pihak kesihatan juga sering menjelaskan betapa perlunya kita menjaga kesihatan terutama dikehidupan yang serba serbi memerlukan wang ini.

Memikirkan tentang kesihatan lebih awal akan berkemungkinan dapat menghindarkan penyakit yang menyulitkan kehidupan. Tanpa kesihatan yang sempurna, hidup kita mungkin pincang.

Manusia kini hampir lupa tentang kesihatan mereka, ditambah lagi bila mereka merasakan mereka sihat dan menggunakan sepenuhnya untuk pekara yang tidak berfaedah seperti bergaduh, merempit, merokok setiap masa tanpa menghiraukan orang lain sedangkan tabiat tersebut terang-terang boleh menjejaskannya kesihatan dan pelbagai lagi pekara yang boleh merugikan.

Bila berlakunya kesakitan, waktu itu baru lah nak sedar betapa penting kesihatan yang dibazirkan.

Bagi yang berpendapatan lumayan mungkin ini tidak menjadi masalah kerana wang tersebut menjadi sumber untuk merawatnya dan boleh dilakukan dengan pelbagai cara di tempat-tempat yang mempunyai kepakaran. Namun begitu tidak semua masalah penyakit dapat diselesaikan dengan wang.

Bagi yang tidak mampu mereka tetap juga berusaha di hospital-hospital kerajaan yang tiada kurang tandingnya.

Kita perlu pentingkan kesihatan, mengapa..? kerana dengan kesihatan banyak pekara kita boleh lakukan seperti bermain bersama keluarga, belajar, bersukan, mencari rezeki, beribadah kepada Allah (swt) dan banyak lagi pekara yang memerlukan kesihatan.

Malah setiap saat kehidupan kita sangat-sangat memerlukanya. Kesihatan yang baik akan melancarkan perjalanan hidup yang baik.

Ibarat sebuah kereta yang tidak mempunyai komponen yang baik sudah pasti perjalanan dan tenaganya tidak dapat di gunakan dengan baik dan selesa.

Makanan yang halal lagi baik

Sumber makanan yang halal lagi baik juga akan menambahkan kesihatan yang sempurna, seperti yang difirmankan dalam surah Al-Baqarah ayat 168 bermaksud:
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu."
Dalam terjemahan ayat tersebut cukup menjelaskan betapa agama kita juga cukup menitik beratkan kesihatan manusia itu sendiri demi kehidupan. Lebih jelas lagi menyaran individu itu menjaga kesihatan yang mana kesihatan itu adalah satu nikmat daripada Allah (swt), dan hendaklah digunakan masa sihat itu dengan amal kebajikan dan amalan salih sebelum sakit.

Justeru itu marilah kita sama-sama mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu selaras dengan kehendak agama dan Kementerian Kesihatan.
Untuk mendalami tentang maklumat kesihatan anda boleh lah merujuknya di www.infosihat.gov.my




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...