Thursday, May 26, 2011

Adakah kita yakin dengan makanan dan minuman kini disediakan..?


Adakah kita masih yakin dengan makanan dan minuman yg disediakan setelah terjadinya begini? Adusss..! loya rasanya tekak aku bila dapat tahu begini. Pernah tak dalam hidup, teman-teman memikirkan bagaimana makanan di pasaran kini dibuat? atau disediakan oleh siapa? dan bagaimana tahap halalnya? Mungkin ada, mungkin juga tidak. Kalau gitu.. meh kita cepat-cepat benihkan sedikit kesedaran dan kita suburkannya dalam diri kita agar kita tidak terus tertipu.

Semangkin hari, semangkin kita ditengelami dengan kelalaian  lantas kita lupa memikirkan tentang halalnya makanan di pasaran yang kita terima setiap hari. Hari ke hari kita berdepan dengan masalah ketidak halalan makanan secara senyap-senyap, lalu terdedahnya pelbagai berita yang membuktikan ketidak halalan oleh pengeluar produk terhadap pengguna-pengguna seperti kita khususnya pengguna muslim.

Seperti kopi idaman yang popular menjadi tumpuan ramai oleh orang muslim telah dikenal pasti oleh Jabatan Agama mengandungi DNA babi. Semua orang sedia tahu bahawa pemiliknya dikalangan bukan muslim. Berbekalkan tanda halal maka pengguna muslim terpikat untuk mencuba kelazatannya. 

Salahkah mereka yang menjual? Bagi aku teramat salahnya mereka itu menggunakan tanda halal untuk menarik pengguna muslim, dalam masa yang sama mereka tetap menggunakan bahan terlarang untuk dijadikan ramuan dalam makanan dan minuman.

Namun begitu perlu kita sedar bahawa individu itu sendiri jauh lebih salah kerana tidak ada keraguan untuk memikirkan sejauh manakah bukan muslim dapat menyediakan makanan untuk orang muslim mengikut syariat, jika mereka sendiri tidak tahu bagaimana ingin menyediakan makanan mengikut syariat, bagaimana makanan tersebut boleh sempurna halalnya. Sudah pasti keuntungan jauh lebih baik untuk mereka fikirkan berbanding perkara halal.

Implikasi kealpaan yang dianggap kecil ini boleh membawa bencana yang amat besar kepada kita semua sebagai orang muslim kerana kesan makanan haram dan was-was yang berleluasa di pasaran akan menganggu kepada pendirian kita untuk melakukan amalan ibadah.

Penyelesaiannya dari perkara ini, seharusnya kita mencari jalan selamat dengan memikirkan dan menerima produk-produk yang disediakan oleh orang muslim dengan tanpa alasan kerana mencari yang halal itu satu fardhu bagi kita orang muslim.

Harapan saya agar suatu hari nanti umat Islam benar-benar mematuhi suruhan menggunakan hanya yang “HALAL” mengikut syariat Islam! Hasilnya mudah-mudahan doa diterima, hidup diberkati. 

Yang halal itu penuh dengan hikmahnya,
Hikmah disebalik makanan yang halal lagi baik adalah:

(1) Selamat daripada api neraka;
(2) Doa dimakbulkan Allah swt;
(3) Menambah cahaya dan melembutkan hati;
(4) Menjadi pPenawar atau ubat

Antara etika yang digariskan oleh syara‘ dalam perkara makan dan minum ialah:

(1) Tidak berlebihan dalam pengambilan makanan dan minuman;
(2) Membasuh kedua tangan sebelum dan selepas makan;
(3) Membaca doa sebelum makan;
(4) Memulakan makan dan minum dengan membaca "bismillah";
(5) Makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan;
(6) Sunat makan dengan menggunakan tiga jari mengikut sunnah Rasulullah saw;
(7) Tidak menghembuskan nafas di dalam cawan atau gelas minuman ketika minum;
(8) Mendahulukan memakan buah-buahan sebelum makanan yang lain;
(9) Tidak mencela makanan yang halal yang dirasakan tidak sedap atau tidak menepati cita rasa;
(10) Makruh makan bersandar atau makan berbaring;
(11) Tidak berludah ketika sedang makan;
(12) Tidak meniup makanan atau minuman;
(13) Sunat minum secara tiga kali nafas. 
(14) Menghabiskan sisa makanan sama ada di jari mahupun di pinggan; dan
(15) Mengucap syukur ke hadrat Allah s.w.t

Senarai hikmah disebalik makanan halal adalah dari sumber : alhusna.info

3 comments:

  1. nice info ! :)

    bila baca ni rasa kena lebih hati hati dalam pemilihan makanan kan . kadang2 kita bukan tahu pun apa yang terkandung dalam tu.

    ReplyDelete
  2. Makan yang masa kini makin susah untuk dinilai dengan apa yang ada didepan mata, kena hati-hati dalam pemilihan makanan.. :)

    Dari Amir, ia berkata: Saya mendengar Nu'man bin Basyir berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Halal itu jelas dan haram itu pun jelas dan di antara keduanya terdapat perkara yang menyerupai (serupa, tidak jelas haram atau halal...nya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Sesiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat maka ia telah membersihkan kehormatan diri dan agamanya. Dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat adalah seperti pengembala (yang membawa ternakannnya) di sekitar tanah larangan maka hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumi-Nya adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rosak. Ketahuilah, itulah jantung hati." - Lebih baik menjaga ia dari mengotori ia dengan sumber-sumber yang tidak pasti akannya..

    ReplyDelete
  3. dgn kesukaran ini, harap2 kita dpt keampunan jika tersilap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...