Sunday, January 23, 2011

Terapi Pertama 2011

Hari nie merupakan hari pertama dalam 2011, adik menjalani terapi di Hospital Sungai Buluh. Bangun pagi terus mengisyaratkan tangan tidak mahu pergi terapi dan mengisyaratkan untuk kesekolah sahaja.

Ibu yang sedang membuat sarapan mengiyakan aje apa yang adik maksudkan tanpa membantah, kalau tidak sudah pasti adik tak mahu mandi dan sarapan, merajuk la namanya tu. Apa pun temujanji tetap disempurnakan demi rawatan adik.

Ibu dan adik yang ditemani kak Long memulakan perjalanan ke hospital,disimpang sekolah adik mula bertanya yang kami faham "kenapa tak menghala ke sekolah?" "kita pergi hospital.." jelas ibu.

'Mood' adik biasanya memang tak menentu kadang ok, kadang tidak bila nak ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital penuh dengan pertanyaan dari adik yang ada diantaranya kami terpaksa memikirkan apakah soalan-soalan sebenar yang bermain difikiranya untuk kami jelaskan.

Untuk menjawab pertanyaan adik memang memerlukan jawapan yang banyak sehingga sesuai padanya baru la adik berhenti bertanya.

Tibanya di hospital kami seperti biasa memulakan pendaftaran dan terus ke Bilik Fisioterapi untuk latihan. Syukur alhamdulillah.. bila adik masuk je.. adik tak nampak seperti apa yang kami jangkakan.

Selalunya bila ia hadir akan bergegarlah ruang fisio dengan jeritan dan tangisannya ketika terapi. Semua staf fisio dah mengenali adik dan menyambutnya dengan senyuman.Tak terkecuali juga yang mengusik.

Keadaannya yang tenang membuat ibu dan kak long rasa selesa sedikit, berbanding terapi-terapi sebelumnya.
Sekali lagi kami panjatkan kesyukuran kepada Allah (swt) dengan permulaan 2011 yang baik ini. semuga temujanji-temujanji seterusnya menjadi mudah dan lebih mudah lagi.

Penat la abg-abg pelatih ni melayan adik..
Adik dah mula moody la tu..
Terima kasih diatas tenaga mereka yang membantu dan menyokong kami di fisio.

Friday, January 21, 2011

'IMT' Minuman Sampingan Adik

Minuman IMT
Stokis HPA menjadi tumpuan untuk membeli minuman IMT untuk adik dan kakaknya.

"Kurang dah botol nie? mana pergi yang lain? tanya abah sambil bergurau kepada ibu berkaitan minuman IMT yang dibelinya "Biasa lah adik dan kakanya dah ambil sorang satu apa lagi kurang ler" balas ibu menjelaskannya kembali.

Adik dan kakak-kakaknya jarang sekali melepaskan peluang untuk meminumnya jika beli air IMT nie. Tapi tak la beli hari-hari budget tinggi beb..sebulan sekali atau dua minggu sekali boleh la.

Air IMT yang sering menjadi minuman sampingan Amani dan akaknya itu adalah bertujuan meningkatkan
daya ketahanan badan (antibody) terutama untuk kanak-kanak. Air yang nampak seperti air biasa ini dihasilkan dari daun hempedu bumi (Andrographis paniculata) dan air mineral HPA yang beralkali (pH 9.8 ).
Hempedu Bumi

Air IMT nie dapat meningkatkan daya ketahanan badan dan juga dapat menawarkan pelbagai penyakit
dengan izin Allah (swt) insyaallah.

Minuman IMT

Minuman keluaran HPA yang akan menjadi keperluan setiap isi rumah ini dinamakan 'IMT Drink Water'. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak.

Antara kelebihannya ialah :-

1. Pelindung hati
2. Demam panas dan demam selsema.
3. Sakit tekak
4. Resdung
5. Sakit sendi
6. Cirit-birit
7. Ketersumbatan jantung
8. Menurunkan kolesterol
9. Menurunkan darah tinggi

Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya.(secawan kecil).
Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa pahit dan sangat berkesan.

Ia diproses dari daun hempedu bumi dan air mineral HPA yang beralkali (pH 9.8 ). Dimana air mineral ini boleh diperolehi ? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.

Kajian Pokok Herba Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)

Kelebihannya:

1. Andrographolid – Bahan utama yang menghalang pertumbuhan sel kanser hati, payudara dan prostat 
2. Flavonoid – Antitrombosis (Mencegah dan menghancurkan pengumpulan darah).
3. Lactone – Antiradang / Antipiretik (pereda demam, panas dalam, radang paru-paru, tonsilitis, batuk berkahak)
4. Hepatoprotector – Detox (Membersih dan melindungi organ hati dari keracunan
5. Immunostimulant (fagositosis) – Meningkatkan pengeluaran Antibody sebagai Antivirus dan Antibiotic. 
6. Antihistamine – Mengurangkan pengeluaran histamin bagi alahan (resdung)

sumber:DuniaHerbaHPA.com

IMT juga boleh di perolehi dalam bentul kapsul untuk orang dewasa. Sesiapa yang ingin mendapatkanya boleh la mengunjungi mana-mana stokis HPA yang berdekatan. Kalau nak saya bantu pun boleh juga email kepada saya di rusliwag[at]yahoo.com.my. pastikan [at] tu ditukarkan @ la ye....

Friday, January 14, 2011

Kenapa Kesihatan itu Penting?

Dua hari lepas saya ke unit fisioterapi di Hospital Sungai Buluh untuk menjalani rawatan ulangan kerana mengalami sedikit masalah bahagian belakang saya. Hampir dua tahun menjalani terapi dan berkongsi tempat dengan Amani.

Kali ini saya dikendalikan oleh jurupulih baru. Memandangkan jurupulihnya orang lain dari biasa, 'elektro terapi'  di tukarkan kepada 'fitness bike'. "Biasa la... lain orang, lain caranya... apa pun saya tak kisah asalkan terapi saya berjalan seperti biasa."

Saya pun mulakan kayuhan di gim bersama pesakit-pesakit lain. Kayuhan demi kayuhan sambil memerhatikan telatah dan gelagat pesakit lain yang kebanyakannya mengalami masalah fizikal. Masalah strok dan masalah yang  dihidapi selepas kemalangan adalah puncanya. Terfikir sekejap saya... betapa kita perlunya menghargai sihat kita untuk hidup, memandangkan rata-rata yang datang semuanya memerlukan pembantu.

Hasil dari itu sedikit pekara yang saya rasa perlu dikongsikan disini tentangnya. Nak cerita secara mendalam saya bukanlah seorang pakar perubatan. Apa pun pekara ini sekadar kongsi maklumat je...

Pentingnya Kesihatan

Pekara yang sinonim dengan kesihatan sudah pastilah penyakit. Senarai penyakit yang banyak membuatkan manusia lebih rasa bimbang. Terutama yang sedang mengalami kesakitan.

Pihak kesihatan juga sering menjelaskan betapa perlunya kita menjaga kesihatan terutama dikehidupan yang serba serbi memerlukan wang ini.

Memikirkan tentang kesihatan lebih awal akan berkemungkinan dapat menghindarkan penyakit yang menyulitkan kehidupan. Tanpa kesihatan yang sempurna, hidup kita mungkin pincang.

Manusia kini hampir lupa tentang kesihatan mereka, ditambah lagi bila mereka merasakan mereka sihat dan menggunakan sepenuhnya untuk pekara yang tidak berfaedah seperti bergaduh, merempit, merokok setiap masa tanpa menghiraukan orang lain sedangkan tabiat tersebut terang-terang boleh menjejaskannya kesihatan dan pelbagai lagi pekara yang boleh merugikan.

Bila berlakunya kesakitan, waktu itu baru lah nak sedar betapa penting kesihatan yang dibazirkan.

Bagi yang berpendapatan lumayan mungkin ini tidak menjadi masalah kerana wang tersebut menjadi sumber untuk merawatnya dan boleh dilakukan dengan pelbagai cara di tempat-tempat yang mempunyai kepakaran. Namun begitu tidak semua masalah penyakit dapat diselesaikan dengan wang.

Bagi yang tidak mampu mereka tetap juga berusaha di hospital-hospital kerajaan yang tiada kurang tandingnya.

Kita perlu pentingkan kesihatan, mengapa..? kerana dengan kesihatan banyak pekara kita boleh lakukan seperti bermain bersama keluarga, belajar, bersukan, mencari rezeki, beribadah kepada Allah (swt) dan banyak lagi pekara yang memerlukan kesihatan.

Malah setiap saat kehidupan kita sangat-sangat memerlukanya. Kesihatan yang baik akan melancarkan perjalanan hidup yang baik.

Ibarat sebuah kereta yang tidak mempunyai komponen yang baik sudah pasti perjalanan dan tenaganya tidak dapat di gunakan dengan baik dan selesa.

Makanan yang halal lagi baik

Sumber makanan yang halal lagi baik juga akan menambahkan kesihatan yang sempurna, seperti yang difirmankan dalam surah Al-Baqarah ayat 168 bermaksud:
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu."
Dalam terjemahan ayat tersebut cukup menjelaskan betapa agama kita juga cukup menitik beratkan kesihatan manusia itu sendiri demi kehidupan. Lebih jelas lagi menyaran individu itu menjaga kesihatan yang mana kesihatan itu adalah satu nikmat daripada Allah (swt), dan hendaklah digunakan masa sihat itu dengan amal kebajikan dan amalan salih sebelum sakit.

Justeru itu marilah kita sama-sama mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu selaras dengan kehendak agama dan Kementerian Kesihatan.
Untuk mendalami tentang maklumat kesihatan anda boleh lah merujuknya di www.infosihat.gov.my




Wednesday, January 12, 2011

'Corner Baring'

Gambar ni sekadar hiasan je..hihi.


"Corner je tergelincir dan terus terpelanting.."itulah perkara yang berlaku keatas saya semalam. Orang corner baring saya pulak corner terpelanting. Macam bermimpi, tiba-tiba rebah dan terpelanting" tak pasal-pasal accident di bulatan Seksyen 9, Shah Alam.

Dengan saya dan motor saya terpelanting sekali, disebabkan jalan di situ berminyak. Tak tau la dari mana datangnya, nak salahkan siapa..! puncanya pun tak pasti. Saya bawa motor bukan la laju sangat macam mat rempit, pelahan je wak.. sekitar 60 km je.

Disebabkan jalan tu berminyak, bila  corner je tergelicik dan tergolek la saya. Apa boleh buat pekara dah nak berlaku. Nak tegur.. siapa punya angkara ?

Tapi pernah juga dulu di jalan yang sama saya nampak bas korner je kat situ minyak keluar macam disimbah-simbah tapi ketika itu saya nampak apa yang berlaku boleh la pelahankan motor tak la jadi apa. Tapi yang aku herannya kenapa la di taruh minyak tu sampai penuh sangat hinggakan sampai tak cukup tangki.. kan dah menyusahkan orang lain.

Di bulatan tersebut bukan saya je yang pernah jatuh, malah satu ketika dulu 'Polis Traffic' pun pernah juga jatuh depan saya. Bayangkan waktu tu memang waktu kemuncak pulak tu, kereta banyak dengan lajunya lekas-lekas saya sekat dia dengan motor saya untuk menggelakkan dari di langgar. 

Apa pun yang pentingnya saya selamat sekadar luka-luka je.. koyak juga la tapak tangan saya dapat MC dua hari rehat sakan la.  Amani yang sibuk bertanya saya kenapa, pagi ni menangis bila nak ke sekolah sebab tengok abahnya ada di rumah.

Semuanya ketentuan Allah (swt) diharap pada teman-teman yang bermotorsikal berhati-hati la di susur bulatan Sec 9 Shah Alam terutama kalau mengekori bas ketika corner takut-takut berlaku macam saya pulak 'malang tak berbau'.

Tuesday, January 4, 2011

Adik Shaqera dalam Dunianya Sendiri

Gambar Adik Shqera dipetik dari Metro-Hati

Hati ibu dan bapa mana yang tidak tersentuh dan hiba apabila insan yang dilahirkan disahkan oleh doktor memiliki kelainan upaya. Membisu seribu kata sejenak ditambah rasa sebak di dada. Begitu lah juga kisah Rasidah Rahman dengan anaknya Shaqera. Semuga Allah (swt) memberi kekuatan kepada kami dan insan yang dikurniakan.
[baca selanjutnya...]

Monday, January 3, 2011

Kembali ke Sekolah Sessi 2011

Adik nak ke sekolah ye...?

Hari pertama sessi persekolahan 2011 dah pun bermula. Seawal pagi lagi, semua sekolah hari ini agak sibuk setelah sebulan lebih menyepi.

Pak guard yang sebelum ni relax je.. kembali tak duduk diam dengan keranah anak-anak yang berbaju putih dan berkain biru serta berseluar biru. Bukan itu saje bahkan ibubapa juga turut sibuk mengunjungi sekolah menghantar anak masing-masing dan juga tidak ketinggalan membeli kelengkapan belajar di saat-saat akhir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...