Mungkin teman-teman lebih awal melaksanakannya, alhamdulillah..! hari ni saya juga turut menyempurnakannya, bagaimana dengan teman-teman yang belum?
Pendapatan yang kita perolehi sepanjang setahun yang perlu disucikan dengan berzakat sangat di tuntut.
Semua orang tahu zakat itu wajib ...berzakat bukan sahaja menyempurnakan kewajipan atau tanggungjawab sebagai insan muslim malah dapat memberi hak-hak orang miskin yang boleh menyinarkan dan menghilangkan keperitan hidup mereka yang memerlukannya.
2.5% zakat yang dibayar dari sumber pendapatan juga dapat menyuburkan rezeki kepada orang yang mengeluarkanya.
seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis tentang kepentingannya zakat.
Dari Anas r.a katanya:”Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskanHuraian hadis
apa yang diperintahkan rasulullah s.a.w (perihal zakat).
Katanya:”Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan
menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat.”
(al-Bukhari
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai “tumbuh dan bertambah”.
Ianya juga bererti berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakatSejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat kerana sesungguhnya mereka yang kaya dan berada harus menyedari bahawa di dalam harta mereka wujud hak orang-orang fakir dan miskin. Di antara hikmah Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah:-
dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”.
(an-Nur: 56) .
• mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosio ekonomi Islam.
• membersihkan diri membayar zakat.
• membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
• mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t di kalangan orang yang berada
• mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang yang bernasib baik
info zakat selanjutnya [klik]
sumber:Jakim
No comments:
Post a Comment