Beginilah dengan menjelangnya musim cuti sekolah ni, acara yang agak sinonim dengannya adalah majlis-majlis kenduri kahwin (walimatul urus).Dari mula hinggalah nak akhir cuti sekolah disana sini penuh dengan kenduri.Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.”
(Muslim)
sumber hadis: islam[dot]gov[dot]my
Hari ni kami pergi menghadiri walimah Azmir dan pasangannya anak kepada abang Abu dan Kak Ramlah di Dewan Pejabat Daerah kLang. Walaupun kami lama tak jumpa jemputannya tetap tak lupa. Nasib baik la tak tukar nombor fon, itu lah kelebihannya bila kita kekalkan nombor fon ni, yang lama tak bersua pasti bertemu.
Adik orang pertama seronok bila dipakaikan dengan baju kurung sambil bertanya dengan gayanya sendiri yang mengikut faham kami "ibu.. nak kemana?"begitulah setiap kali ketika dipakaikan baju lain dari biasanya.
"pergi kenduri" jawab ibu. "oooo..."balasnya kembali. Apalagi tak sabar-sabar nak pergi sambil melompat.
Beginilah singgahsana Raja Sehari yang nampak Exsklusif
Makanan ala-ala hotel tiga bintang, memang best.Apa ke tidaknya kalau ahli keluarganya semua Caterer
No comments:
Post a Comment