Perjalanan sehari pergi dan balik ke Bagan Datoh, Perak yang menjangkau hampir 300km jarak yang hampir sama perjalanan sehala ke utara Pulau Pinang, memang terasa penatnya. Itulah yang kami lalui dua hari yg lalu semata-mata menziarah opah Amani di kampung.
Amani yang dari mulanya diberitahu nak balik kampung rasa gembira dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan walaupun dijelaskan bahawa kami tidak bermalam.
Kenderaan yang sudah dihidupkan enjin sejak awal pagi lagi berlaku sedikit masalah kepanasan kerana kipas radiator tak berfungsi. Abah yang tahu tentang kerenah keretanya cuba membuat pemeriksaan.
Masalah yang berpunca dari fius yang rosak dapat diselesaikan. Alhamdulillah..
Kami pun mulakan perjalanan "abah.. jangan lupa pampers dengan susu" ibu mengingatkan abah. "ok..ok..pampers kita beli kat sini (Shah Alam) la dpt murah sikit, susu tu mana-mana Farmasi nanti kita berhenti beli" jwb abah. Habis je selesai beli kami teruskan perjalanan.
Sepanjang perjalanan penuh dengan kerenah adik yang sering mengusik Kakak-kakaknya yang sedang membaca dan kadang-kadang tertidur. Sekali sekala adik bangun lalu berpindah tempat duduk
dari belakang ke depan pula bersama ibu.
"aadik..mana boleh duduk depan dengan ibu, adik dah besar nanti polis marah tau" jelas ibu kepada adik yang memang suka duduk dengan ibu setiap kali naik kenderaan. Adik tetap tak kisah apa yang ibu cakapkan yang penting mesti bersama ibu. Apapun kami dah biasa dengan kerenahnya yang begitu apatah lagi keadaan adik yang sememangnya insan terpilih. Namun demi keselamatannya kami tetap memujuk untuk duduk bersama kakaknya. Perjalanan kami yang tidak melibatkan hujung minggu membuat pemanduan kami agak selesa sedikit.
Pekan Sungai Besar
Hampir dua jam kami dalam perjalanan, kami mula sampai di Sungai Besar. Sampai je di Sungai Besar kami menyimpang masuk seketika untuk memastikan susu dibeli dan sedikit buah tangan.Malangnya farmasi yang sedia ada agak kurang lengkap membuatkan kami untuk mencarinya ke lokasi lain. Pekan Sungai Besar yang sibuk dengan tumpuan pengunjung pada hujung minggu agak lengang sedikit berbanding hari biasa. Sepintas lalu juga kami kelihatan insan OKU yang berbasikal roda tiga dan juga berjalan kaki terdapat di sana.
Kami meneruskan perjalanan lagi supaya perjalanan kami lebih awal sampai, sementara itu susu tetap kami tak lupakan yang dibeli di simpang empat, hutang melintang Perak, jarak lebih kurang 40km lagi ke kampung Opah.
"kat Bd ni ada homestay ke Abah?"k.nagah menyuarakan pertanyaan."ada.. banyak jugak" jawab abah.
"kenapa nak sewa ke.?" tanya abah kembali " tak lah" balas kak.ngah.
Hampir beberapa kilometer nak sampai adik mengangkatkan tangannya menunjuk kehadapan kereta memberitahu dah hampir sampai, pengecaman yang baik buat adik walaupun tiada bahasa di tuturkan sambil melompat-lompat dalam kereta terlalu gembiranya dia. setibanya kami sekitar jam 1 tengahari keseronokannya lebih terserlah lagi bila dia melihat abang ngah (sepupu) yang sedang membaiki motosikal di hadapan rumah.
Opah yang Uzur
Di dalam rumah kelihatan seorang ibu terbaring dialaskan toto mengerakkan badan lalu duduk seketika dengan senyuman ketika melihat adik masuk. Assalamualaikum..! kami memberi salam "waalaikumusalam..masuk la" jawabnya. "Mak sihat ?" tanya abah dan ibu kepadanya.
"Begini lah..alhamdulillah baik dah ni.. lebih baik sikit dari dulu"
jelasnya.Sedikit perubahan selepas keluar dari hospital Sungai Buluh yang lalu.
"alhamdulillah la kalau macam ni mak..dah boleh duduk."
balas abah dan ibu kepadanya. Hussh..lega rasanya, "bertolak pukul berapa dari sana?" tanya opah.
"Dalam pukul sembilan lebih" jelas abah.
Sebelum tu kami dah jelaskan terlebih awal tentang ziarah kami tidak bermalam memandangkan
adik ada temujanji dan jadual ambil ubat opah nanti yang tak dapat dielakkan.
Opah.. ibu kepada abah yang satu ketika dulu seorang wanita yang cergas dan sihat. Menjunjung ubi dan jagung di kepala bila pulang dari berkebun kini agak kurang berdaya dan kurang berupaya hanya duduk dan baring menatap hari-harinya dan berkerusi roda jika ingin bergerak lebih jauh dengan bantuan kerana
mengalami komplikasi di tulang belakangnya menurut doktor. Masalah yang dialami itu turut sukar untuk bergerak seperti biasa lebih jauh dari tempat baringnya.Itu sebab kami bekalkan lampin pakai buang untuk memudahkan beliau. Tidak selera makan juga turut menyumbang mengurangkan tenaga lantas susu
menjadi pengalas perutnya."ya Allah lapangkan lah hidup opah".
Adik yang dari tadi tak duduk diam dan tak habis-habis mengancau Abang Ngahnya yang sedang
membantu Pak Ngah membaiki motosikal kami biarkan aje.
"Tengok je tau, jangan kacau abangtu" tegur ibu kepada adik.Adik sememang manja dan suka bermain dengan saudara sepupunya.Sehingga Abang mi anak ketiga pak ngah baru balik dari masjid pun dipeluknya erat, cuma kak Aisyah je tak sempat jumpa, sibuk dengan program di Masjid.
Makan tengahari kami sekitar jam 2.00 ptg yang dijamu oleh mak ngah. Kami yang leka berbual tak sedar jam hampir pukul 5.00ptg. "abah kita nak bergerak jam berapa" sapa ibu. "pukul berapa dah? sambil tengok jam didinding, boleh dah nie, tapi solat asar dulu la" jawab abah. Selesai je solat Kami bersedia nak
bertolak pulang "sebelum tu jangan lupa temujanji mak pada 27 haribulan nanti" mengingatkan
tarikh temujanji susulan opah kepada mak ngah. "iyerr.." jawabnya ringkas.
Kami pun mulakan perjalanan pulang, dalam perjalanan balik tak banyak pekara yang dibualkan memandangkan semua nampak keletihan sesekali terlihat dicermin pandang belakang sikakak melelapkan
mata dan kami sampai pun sekitar jam 9.00 malam.
Apa yang terjadi adalah suratan ilahi, ketentuan yang tidak mampu kita tolak dengan diri yang dipenuhi kekurangan.Hanya doa pengubat sengsara.
Siapa kah yang mampu memberi jaminan bahawa kita akan normal sehingga akhir hayat kita?
fikir-fikirkan la.
No comments:
Post a Comment