Thursday, December 30, 2010

Selamat Tahun Baru


Seribu satu kenangan di 2010 pasti meninggalkan kita.

Seribu satu kenangan samaada pahit atau manis pasti berlalu setiap kali datangnya tahun baru, baik di tahun baru  hijrah mau pun tahun baru masehi.

Kenangan pahit dan manis lama yang dilalui akan terpahat buat selama-lamanya. Ada pahit yang meninggalkan trauma manakala manis menjadi penawarnya. Begitu juga dengan kami dengan kisah-kisah yang ditempohi. Semuanya ketentuan Allah swt, kita hanya merancang.

Namun yang pastinya setiap kali datangnya tahun baru harusnya kita ukur diri kita apakah hidup kita yang lalu lebih kepada perubahan yang dituntut oleh Allah swt atau masih leka dengan keseronokan.

Jika tidak pastikan kita semai azam baru di tahun 2011 ini. Semuga azam yang ditanamkan dalam jiwa kita di awal tahun dapat mentunasnya dengan suburnya. Lantas menceriakan hidup kita nanti.

Kami juga berdoa, berazam dan berusaha menambah baik kehidupan Amani 
serta anak-anak lain untuk lebih baik lagi. Apa diharapkan semuga adik dan oku lainnya  serta insan-insan istimewa dirahmati Allah swt dan permudahkan perjalanan hidupnya. amin.

"Selamat Tahun Baru 1432H dan 2011"

Kanival Upin dan Ipin

"upien..ipien" begitulah keadaan adik bila dia  nampak maskot Upin &Ipin di Kanival Upin&Ipin SACC minggu lalu. Kartun yang menjadi kegemarannya.

"hai..baby" abg 'ceplos' panggil adik untuk bergambar. Rancangan yang tak ketinggalan menjadi tontonan adik.

Kakak-kakak yang menjadi teman setia adik.

'Stroller' yang membantu adik jika kaki dah lenguh berjalan.

Akhirnya adik jadi ahli kelab Upin&Ipin.

Friday, December 24, 2010

'Travel sehari'

Perjalanan sehari pergi dan balik ke Bagan Datoh, Perak yang menjangkau hampir 300km jarak yang hampir sama perjalanan sehala ke utara Pulau Pinang, memang terasa penatnya. Itulah yang kami lalui dua hari yg lalu semata-mata menziarah opah Amani di kampung.

Selayaknya di digelar 'Ibu Mithali'

Kisah seorang insan bernama ibu yang berjaya meletakan dirinya dalam keredaan dan kesabaran serta berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain apatah lagi anak OKU atau Istimewa yang akan diganjari Allah dengan balasan yang melipat kali ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.  Seperti yang diriwayatkan Ibnu Abi Dunya
Rasullulah S.A.W bersabda, maksudnya: 
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang member manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah mengembirakan hati orang-orang Islam atau menhilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaanya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosak madu.”
Sumber Hadis: Jakim

Sunday, December 19, 2010

TV AlHijrah Bercorak Islamiyah

Alhamdulillah..! baru la dapat siaran Tv Alhijrah ni - televisyen berkonsepkan islam pertama di Malaysia. Stesen yang mengajak masyarakat berhijrah ke arah lebih baik dalam semua bidang kehidupan. Stesen tv percuma seperti stesen sediaada yang lainya.. "Segalanya Bermula Disini" Banyak juga rancangan menarik di TV AlHijrah. Teman-teman dan sedara boleh set tv anda seperti di bawah.



Untuk makluman lanjut sila layari sesawang TV AlHijrah www.tvalhijrah.com

Friday, December 17, 2010

'Chicken Chop' di Dangau

Makanan sering menjadi pilihan
Waaaahh...bukan main seronoknya adik malam tadi bila dengar abah dan ibu nak bawa keluar pergi makan. Bayangkan dalam minggu nie je entah berapa kali adik asyik bertanya bila nak makan kat luar biasanya dia suka jenis menu western.. tu yang chop..chop la." ma..ma..ma.." sambil mengisyaratkan dengan dua jari telunjuk bergeseran yang bermaksud makan di gerai dengan menu biasanya Chicken Chop, Fish Chop, lamb chop atau apa-apa je yang halal asalkan  dibelakangnya ada chop hehehe..

"Iyerr.."jawab ibu sambil tersenyum. "iiyeh..iiyeh" mengayakan diri dengan mengangkat kedua tangannya.

Sebenarnya dah lama gak kami tak bawa adik keluar makan pun tapi kali ini kami tak ke lokasi biasa, kami cuba cari lokasi baru, ubah rasa la katakan.
Diantara  menu yang terdapat di Restoran Dangau
Restoran Dangau di Kota Damansara menjadi tumpuan kami, sebuah restoran yang nampak simple tapi dihiasi dengan dangau dalam restorannya. Kami tak pernah datang pun tapi singgahan kami tak salah, sebuah restoran yang penuh dengan pelbagai menu segera panas..panas, western food, sup panas, kerang rebus, lycee kang dan banyak lagi kalau nak disebutkan di sini panjang menjela la pulak, apa yang penting pelbagai pilihan boleh kita perolehi. Memang best tau....

Bayar Zakat

Dalam kegembiraan menyambut 1432H dan 2011 yang bakal hadir. Pekara yang perlu kita fikirkan sejenak di awal tahun ini, adakah kita sudah menyempurnakan zakat yang menjadi salah satu rukun Islam yang  kelima.

Mungkin teman-teman lebih awal melaksanakannya, alhamdulillah..! hari ni saya juga turut menyempurnakannya, bagaimana dengan teman-teman yang belum?

Pendapatan yang kita perolehi sepanjang setahun yang perlu disucikan dengan berzakat sangat di tuntut.
Semua orang tahu zakat itu wajib ...berzakat bukan sahaja menyempurnakan kewajipan atau tanggungjawab sebagai insan muslim malah dapat memberi hak-hak orang miskin yang boleh menyinarkan dan menghilangkan keperitan hidup mereka yang memerlukannya.

2.5% zakat yang dibayar dari sumber pendapatan juga dapat menyuburkan rezeki kepada orang yang mengeluarkanya.

seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis tentang kepentingannya zakat.
Dari Anas r.a katanya:”Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskan
apa yang diperintahkan rasulullah s.a.w (perihal zakat).
Katanya:”Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan
menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat.”

(al-Bukhari
Huraian hadis

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai “tumbuh dan bertambah”.
Ianya juga bererti berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat
dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”.
(an-Nur: 56) .
Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat kerana sesungguhnya mereka yang kaya dan berada harus menyedari bahawa di dalam harta mereka wujud hak orang-orang fakir dan miskin. Di antara hikmah Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah:-

• mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosio ekonomi Islam.
• membersihkan diri membayar zakat.
• membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
• mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t di kalangan orang yang berada
• mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang yang bernasib baik


 info zakat selanjutnya [klik]

sumber:Jakim

Saturday, December 11, 2010

Walimatul urus

Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.”

(Muslim)
sumber hadis: islam[dot]gov[dot]my
 Beginilah dengan menjelangnya musim cuti sekolah ni, acara yang agak sinonim dengannya adalah majlis-majlis kenduri kahwin (walimatul urus).Dari mula hinggalah nak akhir cuti sekolah disana sini penuh dengan kenduri.
Hari ni kami pergi menghadiri walimah Azmir dan pasangannya anak kepada abang Abu dan Kak Ramlah di Dewan Pejabat Daerah kLang. Walaupun kami lama tak jumpa jemputannya tetap tak lupa. Nasib baik la tak tukar nombor fon, itu lah kelebihannya bila kita kekalkan nombor fon ni, yang lama tak bersua pasti bertemu.

Adik orang pertama seronok bila dipakaikan dengan baju kurung sambil bertanya dengan gayanya sendiri yang mengikut faham kami "ibu.. nak kemana?"begitulah setiap kali ketika dipakaikan baju lain dari biasanya.

"pergi kenduri" jawab ibu. "oooo..."balasnya kembali. Apalagi tak sabar-sabar nak pergi sambil melompat.

 Beginilah singgahsana Raja Sehari yang nampak Exsklusif

Makanan ala-ala hotel tiga bintang, memang best.Apa ke tidaknya kalau ahli keluarganya semua Caterer


Wednesday, December 8, 2010

Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban

Hulur bantuan,ringankan beban
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman: “Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya?”  “Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?” “Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala:”Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.”


(Muslim)
dipetik dari hadis[dot]feryco[dot]com
Warga Istimewa atau kelainan upaya sering ditafsirkan susah ataupun sukar dalam perjalanan hidupnya.Melakukan sesuatu pekara seperti normalnya insan lain amat berbeza. Walau pun susah, ingin meminta takut dikata tidak mahu berdikari. Apapun hadis tersebut menjelaskan betapa besarnya nilai atau ganjaran  yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang memberi perhatian kepada insan yang kesusahan serta membantunya yang diantara ramai OKU lah insannya." Hulurkan tangan, ringankan beban".

Saturday, December 4, 2010

Antara anak dan kereta yg mana berharga..?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ”

Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.”

(Bukhari)

Kisah ini mungkin ramai dah baca dan dah tahu pun, tapi aku tertarik nak jadikan entri aku kerana banyak yang perlu kita pelajari dari kisah ini semuga ia jadi peringatan.

Sepasang suami isteri - seperti juga pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak dan diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak perempuan tunggal pasangan ini, berusia tiga setengah tahun..

Ketika di rumah dia kerap dibiarkan oleh pembantunya yang sibuk bekerja. Beliau sering bermain dilaman, tetapi pintu pagar tetap dikuncikan.


Bermainlah dia sendirian sama ada bermain  di buaian, ataupun memetik bunga- bunga milik ibunya.


Friday, December 3, 2010

Harga petrol Ron 95, gula naik..?


KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak lima sen seliter serta lima sen bagi setiap kilogram (kg) bagi gas asli cecair (LPG) berkuat kuasa tengah malam tadi.

Berikutan kenaikan itu, harga petrol RON 95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter manakala LPG RM1.90 satu kg.

Turut diumumkan naik ialah gula sebanyak 20 sen kepada RM2.10 bagi setiap kg.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri semalam. - sumber berita Kosmo 4 Dis 2010
Sambil bersantai depan tv, malam tadi tertumpu sekejap pasal pengumuman kenaikan harga diantara barang-barang keperluan utama. Nampaknya badget dapur aku dan petrol aku juga naik le hehehe. Pastikan teh tarik dan kopi tarik anda tak naik, "mahunya ke gitu".

Thursday, December 2, 2010

Adik Ke MAHA 2010

Hari isnin tu tak bercadang pun nak pegi, saje je tanya kids nak pergi tak ke MAHA, apa lagi masing-masing kata nak lah, lagi-lagi adik, terus je cakap "nak..nak..nak" walaupun dia tak tahu apa tu MAHA.

Akhirya... kena jugak la aku ambil cuti kerana nak bawa mereka. Sebenarnya ini merupakan kali pertama kami pergi, sebelum nie pun bukan tak nak pegi tapi malas nak tempuh trafik yang sesak tu.

Coz..dalam pukul 9.30 pagi lagi kami pun bergerak. Sampai je di laluan masuk ke UPM kenderaan dah mula bergerak pelahan.Ingatkan pergi waktu hari bekerja ni tak sesak, rupanya sesak juga. Hampir dua jam lebih gaklah kami di jalanan, tak senang duduk dibuatnya, macam-macam rasa ada, nak terkucil pun ada.. hehehe.
Trafik sesak
Sambil duk boring tu kami pun belasah kuih cara kak ngah yang dibekalnya. Lebih kurang pukul 12tghari baru la dapat parking, dah tu kena lak menapak lagi ke kenderaan shuttle yang disediakan adoii..ini lah rupanya kalau nak ke MAHA ye?


Selepas je turun dari kenderaan shuttle, adik terus je cakap"bes..bes" seronoknya dia naik shuttle tu.
Booth-booth di MAHA

Mulalah kami menjelajah dari dewan ke satu dewan, banyak juga booth-booth disana dengan produk masing2 tapi yang paling best di dewan agrobazar pelbagai produk makanan hasil pertanian dan ternakan boleh dirasa. Masing-masing duk promosikan produk sendiri sampai tak tau mana da nak pilih sambil tu tetarik juga dengan sata johor. Kak long dan kak ngah kata sedap boleh beli nie.

Ronda punya ronda hari pun dah mula gelap nak hujan. Tak lama tu, turun le hujan dengan lebatnya apa lagi berebut la ke pondok bas tapi tak apa, hujan tu rezeki gak, tak hujan susah le kita kan..kan.

Lepas hujan tu ingat nak bergerak lah balik, beratur tunggu shuttle dtg. Adik pun dah mula tak senang duduk meregek je. Biasanya kalau macam tu mesti ada pekara yang dia suka dia nak beli rupa-rupanya dia

perasankan lori tuk janggutnya. "apa tu..? KFC la." Selagi tak dapat selagi tu tak senang duduk dibuatnya, dah dapat senyum lebar dia. Apa lagi kena le beratur panjang lagi fuhhh..
Adik posing dengan Mr.Bees
Dah habis ronda...nak balik da..
Kemudahan yg tak dilupakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...